Monday, February 12, 2007

[S ][U ][P ][E ][R ] s i b l i n g s - The Vacation.

Perghh, dah lama siot tak gi Pangkor just we adek-beradek. But kali neh for the 1st time si Saed mengendeng sama, sebok jer budak neh, semua tempat nak ikot.. gagaga... Aku ader ajak Kak Linda join, tapi dier outstation lak. Sejak-menjak dier naik pangkat kat Talisman tuh, opis hantar dier pegi merata tempat, gud for her sbb dpt travels a lot! :)

Kitaorg baru jer check-in chalet, Pangkor View Village. Aku rase dlm pukul 6.45 ptg la jugak sampai chalet, since we took the last ferry kul 6 ptg dari Lumut. Yup, lambat sket bertolak dr rumah, tetibe aku rasa mcm nak semayang Jumaat dulu lak sblum bertolak dr umah. :)

Time dah nak senja neh seko-seko dah malas nak gi pantai, besok awal2 pagi jer lah gi start aktiviti pantai kitaorg. Lgpun adek-beradek aku neh kalau dah ader makanan, tv and katil dalam bilik, huh, alamat dah boleh jadi tempat melepak fav kitaorg lah dlm bilik tuh. Dah lah ader Astro, naik lemak la lagi sekor-sekor... gegegege...

Disebabkan si Saed menyebok (keh keh keh, kene lagi :P), kitaorg pun sewa lah 2 bilik untuk bilik bujang dan dara. Kalau tak, dah lama kitaorg lima adek-beradek berimpit dok dlm satu bilik jer. Tapi elok gak, Kak Lin, Kak Sherli ngan Huda dok satu bilik, aku, Rudy and Said plak dok bilik chalet bertentangan dgn bilik pompuan sebab tak dapat dok bilik sebelah dorg. Tapi melepak pun kat bilik pompuan jer. Time nak mandi, nak tidur, barula bebudak laki lari balik bilik laki.

Mlm tuh lepas mkn, semua lepak kat bilik pompuan tengok tv reramai sambil mkn cucuk satay ampai-ampai beli kat gerai depan chalet. "Aiyohhh, slalu gak aku yg jd mangse nyamuk dulu. Tahulah aku neh manis orgnyer", sambil menggaru-garu kaki dier, kak Lin mengomel sengsorg diri kat nyamuk, saje jer nak bg org lain dalam bilik dengar. Kak Sherli tetiba terpaku kat depan almari yang ade di hujung penjuru bilik. Mata dier bersinar terbuka tanpa berkelip, tubuh kak Sherli berdiri kaku, dier menumpukan sepenuh perhatian mcm tekun mendengar sesuatu. Kita org sedar perilaku dier, tapi buat2 tak tahu, mcm dah terbiasa. Tiba-tiba dier bersuara "Da kecik!! Tutup pintu toilet cepat!!!".

Huda yg mase tuh kuhsyuk tengok tv sampai ternganga depan tv, mencebik bibir biler dengar arahan langsung kak Sherli tuh. Tapi tak sempat pun kitaorg nampak dier bergerak dr depan tv, pintu toilet terus berdentum tertutup. Budak Huda tuh tutup pintu sekelip mata jer.

Said yg memang suka bertanya pun menjalankan tugasnya, "Kenapa Kak Sherli?", tanya Said dgn muka beriya-iya :P. "Nyamuuukkkk.... 2 ekor dah terbang masuk toilet. Tu yg soh tutup pintu tuh.", jawab kak Sherli yg aku pun kekadg pelik kenapa dier tak gemar pukul nyamuk, kalau nyamuk hinggap pun, dier halau jer soh berambus, mesra binatang gamaknyer. "Hek eleh, pasang jerlah ubat nyamuk letrik" jawab Rudy yg lurus, yg tau sgt kak Sherli guna power hearing dier nak dengar nyamuk terbang. "Abes ader lg tak nyamuk dalam bilik?", tu jer lah kerje Said, soal-siasat aje. "Takder dah..", jawab kak Sherli and terus dok atas lantai bersandar kat katil, join tengok tv. "Tenchu Ak Cheli goshhh!!!", kak Lin happy dpt tau nyamuk takkan kacau dier lagi, terus dier keluar dari selimut sbb td ingatkan nak berlindung dr nyamuk2 tuh. Aku mcm biaser, diam jer sambil menikmati satay ampai-ampai fav aku tuh. :) Semua bergelak tengok tv, sekarang waktu audition American Idol kat tv. Rudy lah yg paling galak gelak dan kutuk-kutuk org yg tak sedar diri. Mmmg betul pun.. gagaga...

Besok awal-awal pagi kitaorg dah pegi pantai. Burung enggang bersepah-sepah bertenggek, aku rase mcm kat Serawak pulak. Si Said plak sebok sgt tangkap gambar burung-burung enggang tuh bak paparazzi. Aper kes tah over excited ngan burung2 tuh. Aku nak tergelak tengok Said, teringat kwn Said kate kat Said "Ko neh over acting la, tapi acceptable". gagaga....

Huda lak pepagi dah buat-buat muka masam dier, sekali kene tarji ngan Kak Lin guna ayat power dier, baru nak tersenyum. Pepagi tuh just jalan-jalan dulu, sambil menikmati breakfast kueh2 dari makcik jual kueh ngan nasik lemak tepi jalan.

Time tngah mkn bawah pokok tepi pantai, nampak lah awek cun ngan laki separuh abad berjalan kat tepi pantai. "Hah, tu Said suka lah awek mcm tuh. Bak kata Said, chamber sejambak", sambil aku tunjuk ke arah awek tuh yg mmg ader figure hourglass yg ketara. Semuorg ketawa ngan statement ciptaan Said tuh, Said lak tolak2 aku sbb citer kat sumeorg. gagaga.. Awek tuh plak makin lama jalan makin konfiden, gedik makin melarat. Tengok gelagat gedik dier yg menjadik2 tuh, aku pun jentik kosong dari tempat aku ke arah awek tuh. Jentikan udara mampat aku sampai kat awek tuh dari belakang, tersebam dier kat tanah, berserabai rambut yang panjang mengurai tuh. Terpinga-pinga dier bgun balik dgn ramput kembang semangkuk ditolong oleh teman dier tuh. gagaga, jatuh saham akak... Kitaorg gelak lagi sakan dari jauh, jahat tul aku sakat org... gagaga...

Kedai yg sewa aktiviti2 pantai pun blom bukak lagi, almaklumlah awal pagi lg. Tapi bile nampak jer abg jaga kedai tepi pantai tuh bukak kedai, kitaorg terus serbu sbb nak gi snorkeling. Si Saed first time gi snorkeling, takper aku balun jer dier dlm laut nantih. Aku dah siap beli roti putih yg murah kat pekan Lumut, sbb nak bg ikan mkn.

Hampir 3 jam jugak dok snorkeling dgn ikan2, tak sedar mase berlalu. Takder lah jernih sgt air, but still we're having fun kat pulau yg taklah jauh sgt dari pantai chalet kitaorg. Tu pun kak Sherli yg ajak balik, lapar, nak mkn kat restoren katanya. Said plak yg memula tak gheti nak snorkel, skang dah mcm tak gheti naik dah, excited sgt. Taulah ikan2 suka benar dtg kat dier walaupun dier tak hulur mkanan kat ikan2 pun. Aku pelik, even ikan pun boleh termakan dgn aura Said.. Aiyoohhh.... Kul baper neh? Semua org tak bwk jam sbb jam masing2 tak water resistant. :P

Sampai jer pantai kat chalet naik speed boat dari pulau snorkeling tuh, kitaorg sempat mandi-manda main ombak yg semakin mengganas bila dapat tahu jam baru pukul 12.30. Kak Sherli kata nak mkn tepat kul 1.30 ptg. I wonder why....

Kitaorg mmg giler. Ombak maser tuh extraordinary kuat, tapi kitaorg pulak lagi nak main ombak, bebudak semua dah naik pantai. Bukan apa, ombak tuh besar, pastu bergulung-gulung. Kitaorg adek beradek biarkan jer diri "pasrah" berguling-guling dlm ombak bergulung tuh sampai terminum2 air laut. Yg syoknya biler dihempas ke pantai, sekor-sekor di tarik balik masuk laut and bergulung lagi dalam ombak. Gelak sakan kitaorg setiap kali dihempas ke pantai...

Tetiber ader sorg budak laki neh memberanikan diri join kitaorg, nampak seronok gamaknya tengok kitaorg gelak sakan. Dier pun terus terjun dalam ombak bergulung tuh. Kitaorg pun perasan dier terjun dgn harapan dier pun enjoying the madness.

Then, agak-agak dah kul 1 ptg kitaorg pun naik pantai, since nak get ready to have a lunch. Tapi tetibe ade beberapa org atas pantai mcm riuh.. Baru kitaorg sedar, budak yg terjun tadi tak timbul2. Kak lin bg signal kat aku soh check-out budak tuh sbb dier tak nampak any sign yg budak tuh ader. Aku pun terus terjun dlm laut, ombak still bergulung. "Kak lin, tak nampak pun!!!??" aku berbisik dlm hati Kak Lin sambil menghadap dier dari laut.....

mrFarhy: Hmm, aku sedang cuba untuk menulis citer dongeng. Jd kerhhh? Kalau tak best aku tak sambung citer neh.. :P

5 comments:

Anonymous said...

adeh...cerita dongeng ker semua tu? iyer2 jer aku cuba membayangkan korang main2 ombak bergulung2 tu (macam munki) dan snorkeling dengan ikan2 yang maha jinak (dan miang) tu. but kudos lah aku bagi sebab citer ko ni tak pernah lack dengan fun untuk akal aku ni makin tembam dengan keje yang bertambah2 ni.

sekurang2nya kau dah berjaya membakar semangat aku untuk aku melunaskan semua hutang 'selesa' aku ni dengan ber'gila2' dengan percutian sakan macam mamat omputeh yang selesa pakai selipar jamban jalan2 kat shopping complex sambil tanya2 peta kat awek yang perasan jelita bila omputeh bertanyakan sesuatu kat diorang. walaupun jawapan yang dibagi tu jatuh dalam kategori siot sedih, dibanjiri dengan bahasa yang lumat lunyai dimamah akal yang cuma sejengkal dalam perbendaharaan kata negara uncle sam tu. pergh...

walaupun citer ko ni hanya dongeng, dan tiada yang dongeng melainkan hanya dongeng semata2, aku nak kau sambung gak story ni. tapi cuba gabungkan elemen keindahan alam dengan super power korang adik beradik k. mesti super fun punyo. aku nak beli pop corn jap. cepat tau... :)

mr smith

Anonymous said...

la apa kesudahannya budak tu??? betul ke tak ni????

LiNdA @ Da-Da said...

Daya imaginasi yang baik sekali dgn pengolahan cerita yg tersendiri dan diperhalusi dgn perincian yg khusus. Chewah, ada gaya profesor dak?? hehehe..
Yup, it's really fun reading ur story.. Just let ur creative ideas flow.. sure ada byk lagi citer menarik lepas nih :)
Sambung jangan tak sambung....

Anonymous said...

wah suspens nih...adakah citer nih sebenarnya thriller drama?

Roti Kacang Merah said...

siut, je. menggagau kak lin cuba nak ingatkan balik, bilanya yang kita berenam pernah pi pangkor sesama??? chaisss. tertipu beta.

shows how good your story-telling is *grins* muahs.