Tuesday, May 05, 2015

from the OLD [ draft ] - unpublished

Duhai angin,
Dengarkan naskah duka ku,
Dan biarkan aku lepaskan,
Dendam dan rasa berbeda,
Dalam diam ia membisa,
Dari sudut benakku,
Dan bawalah ia pergi.

Duhai hujan,
Titiskan rahmatmu,
Tutup kelemahanku,
Taktala berlinang air mataku,
Terus jatuh di telapakku,

Tenangkanlah raguku,
Biar tak tertampak di khalayak,
Dan bawalah ia pergi.

Duhai mentari,
Sinari kegemilanganmu,
Sentuhi wajah kusamku,
Selarkan semua duka,
Suntikkan aku,
Semangat yang membara,
Supaya hilang terus,
Susah keluh hatiku,
Dan bawalah ia pergi.

Aku tulis or should I say taip sajak ni on 20 Julai 2012 tapi tak pernah publish. Tersimpan di antara 7 draft yang aku karang tapi tak siapkan lagi.

Fahy: Pasni nak publish semua draft. Konon la kaaan. gagaga.  

[TIPS] Toilet training for DUMMIES

Ahah! 2 years since my last blog! A record! YEY! :P

Baru jer keluar hospital 2 bulan dah cerita pasal tandas, yucks! Ceritalah pasal pengalaman 2 bulan kat hospital kaan. Naaah, it will be too depressing, and I don't need your pity. giteew.....

Anyway (mak and adik aku sukaaaa sgt guna "Anyway" bile berciter :P), kenapa aku beria sangat nak letak post pasal ni? Well, mulanya begini....... (pose pandang langit)

Bilik aku ni ade toilet yang kongsi dengan tetamu. Jadi toilet ni ada dua pintu lah, one from my room and lagi satu dari living room. Toilet ni pulak ada dry area and wet area. So, yang tak tau ape dry area or wet area ni, nanti aku detailkan kat bawah. 

Tengah aku syok layan youtube kan, tengok Asia's Next Top Model kat atas katil (ala, aku nak tengok teknik kreatif fotografi jer.... ;D), terdengar orang masuk toilet. Aku pun wat dek je lah sebab ingat family aku kan. 

Tetiba aku dengar mcm org spray air dari hand bidet ke atas lantai dry area. Well, telinga aku ni mmg tajam gitu, org spray guna bidet atas lantai pun aku dapat tau. Aku diam je sbb tau pengguna tu definitely tetamu bile terdengar suara orang tu berckp dgn ayah. 

Then beberapa minit aku dengar ayah memerah air, nampak sangat air berkecah kat atas lantai dry area bahana tetamu tadi kan. Dahlah dry area tuh takde lubang air keluar yer (sebab lubang keluar kat wet area jer), so THANK GOD bukan aku yang mengelap, sebab geli kot nak perah bekas air orang. EWWWWW.....

So, morale of the story is...... rakyat Malaysia ni tak berapa pandai menggunakan tandas and SUCKS big time like fu*king pengotor. Taik hidung takut nak makan tapi toilet kotor tak mengapa katanya. Yes I am particular about kebersihan toilet sebab aku tengok even neighboring country si Singapore tuh ada squeaky clean toilet. Kat UK toksah cerita lah, aku rasa "happy" bila masuk toilet dorg yang bau lavender and toilet seat bersih. Eventhough mat salleh sama la mcm org cina iaitu berak lap sajew (ewww), tapi tahap kebersihan sangat berbeda. Ala, melayu, india pun samalah pengotor, satu Malaysia katanya. 

Jadi, oleh kerana kita pun dah nak puasa pada Jun nih and raya Aidilfitri 2015 pada Julai, meh aku nak bagi tips sikit untuk dummies yang sore loser tak reti nak guna toilet properly. Aku taknak guna istilah "orang kayjee" sbb nanti ada plak org terasa, aku rasa terms sesuai for it mmg Dummies lah (or should I said melantun-lantun peghaknya).

1. Respect Toilet Seats!
Come on, nama pun seat kan. Ada aku nampak ko cangkung atas seat dlm flight or even train ka? Haih, buasir apa kene cangkung. Dulu aku ingat org melayu jer yang cangkung, rupanya orang cina pun samaaaaaa. Kalau iya nak cangkung sangat, angkatlah toilet seat tu kan, tak perlu nak mencangkung atas seat. Mmg lah bahaya, tapi sapa soh cangkung? Lagi satu yang kencing berdiri. Susah sangat ker nak angkat toilet seat? Bagi yang muslim tuh, tahu tak banyak kebaikan kencing duduk daripada berdiri?

2. Respect Others!
Nak tau kenapa wujud orang-orang yang pemalas nak angkat toilet seat nih? Sebab mereka nih sangat tak prihatin kat orang lain. Sikap "yang penting aku lepas" jer. Aku punya lah concern about pengguna lain selepas aku, aku siap lap toilet seat lepas aku guna kalau ada air sikit kat bahagian depan. And sometimes bile aku guna banyak tissue paper (opss, sorry environment! tapi since toilet seat sangat kotor kaaan, terpaksa guna more tissues), aku akan simpan till the end dan aku guna sisa tisu tu untuk lap lantai kalau ada bekas tapak kaki or berkecah dari air cuci seat yg kotor tu. YES, I do to that extent! Bukan nak lap lantai sampai kering pun, just to make the water evenly so supaya senang evaporate kaaan daripada puddle of air atas lantai. Tapi kalau banyak sgt aku tak buatlah, just memadai dengan amount tisu yang aku jari tak basah dari tisu mengelap. Tak lah sampai basah lencun tisu yang aku pegang beria mengelap lantai kan. Tapi kalau lantai toilet tuh dah sedia sgt kotornya, aku biarkan saja lah. Ewwww..... So please rakyat Malaysia, tolonglah fikirkan about others too.

3. Be Attentive! 
Tengok sekeliling sama ada toilet tu bersih atau tak. Sekiranya bersih, please keep it that way. Makin bersih toilet, makin less org gunakan tissue papers and that is good for the environment. Kenali apa "Dry area" and "Wet area". Yang tak paham konsep dry wet area nih senang jer, macam dry kitchen wet kitchen la lebih kurang, dry area adalah tempat yang kering atau minimal ada air di atas lantai and wet area nih mcm tempat boleh basah lenjun. Untuk public toilet, dry area adalah kawasan dimana sinki dan blower berada. Bila basuh tangan tuh, renjis dulu dalam sinki, bukan renjis kat luar sinki sampai terpercik ke muka org sebelah. 

Untuk rumah orang pulak, tengok for kain alas/lap kaki and shower curtain atau glass door tempat shower. Sekiranya ada kain atas lantai, maksudnya tempat tu sepatutnya kering. Wet area di kawasan di dalam shower curtain/glass door yang tiada alas kaki. So kalau nak ambik wudhu' kat rumah orang, berhati-hati bila gunakan bidet atau spray air basuh berak tuh. Sbb normally bidet berada di kawasan dry area. And please kurangkan ambil wudhu guna bidet, kotor kot org guna untuk basuh berak kaaaan.... ewwwwww.... 

Sekadar gambar hiasan.

4. Be a Shy Person.
Nampak sangat aku tak tau nak translate sifat pemalu in english kan. Takkan embarrassed kot? :P The point is, sila tanam sifat malu kepada orang lain dengan memastikan tiada najis yang tertinggal selepas meninggalkan tandas. Kalau hangpa tak malu nak kentut kuat-kuat masa berak takpa, tapi yang penting tolonglah maluuu nak tunjuk najis anda seperti anda malu nak tunjuk kemaluan anda di khalayak ramai. Yang aku geli ni, sisa-sisa yang ada di luar mangkuk tandas lebih-lebih lagi untuk jamban cangkung. Haih, jiruslah bagi semua masuk or pam lah bagi betul hilang. Ini muka kacak cantik rupawan, tapi taik terapung-apung. Ewww.....

5. Be Responsible.
Selepas berak ada tak orang datang nak cucikan dubur or qubul anda? Takda kaaan. So respect cleaners yg menjaga toilet tu. Sifat tipikal orang Malaysia "ala, kang dorg takder kerje la pulak" toloooonglah buangk. Ingat senang ke nak cuci toilet menghadap najis orang tiap hari. Kalau tak reti nak cuci tandas sendiri, maka beradablah di tandas orang lain. Jangan nak mengharap orang lain nak clean up your mess. Be responsible and clean up your own mess! Samalah untuk buang sampah ker, lepas makan kat restoren ker or even shopping trolley yang korang tinggal bersepah kat parking lot nak harapkan orang pungut. Be mindful, bila anda memudahkan kerja org lain, InsyaAllah org lain akan memudahkan kerja anda. 

Well, tu jer lah tips aku. Maybe banyak lagi tips yang lain tapi kalau benda semudah 5 perkara ni pun tak mampu nak achieve, tak guna aku nak tulis panjang-panjang kaaan. Harapnya ada lah orang yang ambil iktibar kalau tak reti gak, lebih baik jadi mcm kucing, korek lubang bawah pokok jer.

Fahy: Tetiba teringat plak buku Dato' Shahnon Ahmad.