Tuesday, May 26, 2015

[Product Review] TRIO CUISINE WAFFLE MAKER TWM-9017

Well well, aku nih memang pengguna tegar LAZADA. Maybe mostly because it is convenient and banyak barang yang boleh aku compare. Kekadang ada jugak barang-barang yang susah nak dapat kat Malaysia atau tak pernah aku tengok dijual di kedai elektrik runcit. Contohnya waffle maker dan ice cream maker memang aku tak pernah nampak dijual kat kedai-kedai. So, haritu aku pun belilah waffle maker kat Lazada dengan harga yang agak berpatutan.

So, pandangan aku tentang TRIO CUISINE WAFFLE MAKER TWM-9017 nih:


Pros:
1. Harga berpatutan
Time aku beli RM63 (and aku ada pakai LAZADA coupon worth RM25 masa tu) tapi harga sekarang dah RM55 jer. Ciss lagi murah. Aku tak boleh nak compare dengan harga pasaran luar sebab kat luar memang susaaaaah sgt nak jumpe waffle maker. Spesis terancam katanya. Kat UK pun jarang jumpe, maybe sebab tu Malaysia tak dijual.

2. Senang digunakan
Aku boleh buat 12 keping waffle dalam 30 minit jer. Umi pun terkejut bile aku buat waffle cepat. Lagipun iron dia non stick, so tak perlu nak grease sangat lah sebab dalam adunan dah ada mentega, jadi adunan tak melekat kat pembakar.

3. Grid yang agak dalam.
Dulu aku ada pinjam waffle maker cap cokia dari kakak kawan aku and grid dia mcm cetek sikit, so aku tak berapa suka ah. Biasanya grid cetek ni adalah jenis regular waffles yang aku rasa cater for Americans. Aku suka waffle yang dalam macam waffle kat A&W Ampang tuh, sedap weeehh! Jenis grid tebal nih normally merujuk kepada belgian waffles lah, so seswai ngan kehendak aku.


4. Bentuk segiempat sama.
Apa kebaikan bentuk nih? Haa, korang leh reheat balik dalam toaster kalau ada masak lebih yang tak habis. Toaster akan buat dia crispy siket kat luar yang menyebabkan lagi umphhh!

Cons:
1. Pembakaran tak sekata.
Hmm, ni je lah yang tak berapa nak bestnya, dia perang (brown) kat sesetengah tempat dan ada tempat lain tak berapa nak perang. So macam mana nak selesaikan isu nih? So guna lah toaster biasa jer bila dah waffle dah set/masak. Biasanya aku akan terbalikkan waffle tuh dalam grid supaya yang atas pulak dibakar di grid bahagian bawah.

Verdict:
3/5 - Boleh lah untuk beginner, harga pun berpatutan kan.

Nak beli? Click sini cepat! 


So, tunggu ape lagi, pi wat waffle. Nih aku sediakan sekali dengan resepi waffle yang aku guna and Umi suka. Actually resepi waffle nih for regular waffles sebab resepi belgian normally pakai yis or orang melayu kater ibu roti gituuuu. Tapi aku malaaas nak tunggu sejam kan untuk activate yeast, makanya guanalah resepi regular waffle on belgian waflle maker. gitooooooo. :P

2 biji telur (asingkan)
2 cups tepung biasa
4 teaspoons baking powder
1 1/2 cups susu
1/3 cups butter cair
2 tablespoons sugar - suka ati nak pakai gula apa, brown sugar ker, gula batu ker, stevia ker khaan.
1 teaspoon vanilla - aku suka lebih sket sbb nak cover bau telur :)
1 teaspoon salt

a) Ayak tepung dengan baking powder dalam satu mangkuk. Then, masukkan semua bahan lain kecuali putih telur. Kacau sampai rata.

b) Pukul putih telur sampai kembang. Then, masukkan putih telur dalam adunan a) tadi.

c) Panaskan grid, then bakar sampai golden brown.

SENANG GILERR!

Fahy: Pasni nak try resepi Belgian Waffle guna yeast pulak. Nak tengok apa beza.

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)