Showing posts with label Kaer - Izinkanku Pergi. Show all posts
Showing posts with label Kaer - Izinkanku Pergi. Show all posts

Tuesday, March 20, 2007

L E T m e L E T g o

Hmm, aku terjumpe video clip neh dalam Youtube. Aku tak pernah pun dengar lagu2 Kaer dr AF sebelum neh, ntah, not really my cup of tea. But this time aku terpanggil nak share this great song from Kaer yg membuatkan aku suke lagu neh. Aku nobatkan best Malaysia Video Clip for 2007. Tu lah, Malaysian still tak tahu the power of a good music video that really could sell song.

Video clip neh sungguh simple but sungguh berkesan. Even aku baru sedar song arrangement pun mcm lagu Indonesia, kudos for that (ek elehh, perkataan pokcik Smith ler neh, "kudos" :P). And lirik plak, hmmm, aku harap Kak Lin, Kak Sherli or Kak Linda tak tangkap meleleh depan pc tengok this video clip with touching lyrics. Mempersembahkan, Kaer with Izinkanku Pergi...


Sinaran mata, cerita segalanya,
Duka lara terpendam, memori semalam;
Tinggal segala cinta, tiada kembalinya,
Abadi kasih kita, kau bawa bersama;
Mimpi indah mekar, saat cinta bersemi,
Sedetik asmara syurga selamanya.

Pergilah rinduku, hilangkan dirimu,
Tak sanggup menanggung, derita di kalbuku;
Pergilah sayangku, bermula semula,
Semangat cintaku, membara kerana dia,
Tiada niatku.

Tersemat jiwa, setia bersamanya,
Cinta murni berdua, beribu tahunnya;
Mimpi indah mekar, saat cinta bersemi,
Sedetik asmara syurga selamanya.

Pergilah rinduku, hilangkan dirimu,
Tak sanggup menanggung, derita di kalbuku;
Pergilah sayangku, bermula semula,
Semangat cintaku membara kerana dia,
Tiada niatku.

Ohh, pergilah sayangku, bermula semula,
Semangat cintaku membara kerana dia,
Tiada niatku.

Maafkan daku duhai kasih,
Izinkan ku pergi.


mrFarhy: Hmm, tetibe teringat citer Mukhsin plak.