Showing posts with label TWiSTED share. Show all posts
Showing posts with label TWiSTED share. Show all posts

Monday, June 10, 2013

[5 Thingy] I HATE in {Muvie}s

This entry dah lama dalam status "draft", daripada dok terperuk better aku post kan jer.

Nak wat project post baru dalam blog, 5 THINGY! :P

Kira mcm top 5 bender yang paling aku suka atau paaaling aku benci. But please, these Thingy things are not meant to be followed or to be taken seriously. It is just my personal preference, my diminutive naive taste. Semua orang tertakluk kepada citarasa dan pandangan masing-masing kan. Lagipun aku nih memang a very very very boring person kaaaaan. gegege.

Meh aku start with 5 Thingy yang aku paling benchiiiii di dalam movie.

[5] Sports Cars & Motorcycles
Tak kira lah apa jenis kereta sport atau motor lebih2 lagi motor kapcai mat rempit. Akuuu paling antiiiiiiii cerita movie berkisah dua mesin nih. Maybe sebab realitinya aku x berapa suka bwk kereta dan rasa motor adalah kenderaan paling menyibuk atas jalan. Rasanya jalan jadi lebih indah tanpa motor, tapi nak wat cane, kang bila semua bwk keta pulak jadi lebih tragis. Lebih2 lagi bila bwk keta mcm bwk motor, ayoo haruuuu.

[4] Sword Fights
Ah goooossssh, lawan pedang memaaaang bosaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan. Ting tong ting tong clash iyaargh. Walaupun aku tau bkn senang nak hunus2 pedang tuh, tapi dah takle nak terima dah, lagi2 kalau citer medieval. Tapi kalau pompuan lawan pedang dengan special effect atau aksi stunt lompat2 bagai, uuuuiiiiiih, tuh takper. gegege.

[3] Battlefield
Tuhaaaaan, tooolonglaaaaah, dah la lawan guna pedang, pastu scene hunus x sudah2. Pastu nak kene ramai2 jerit dan maraaaaaa ke hadapaan. Yang pakai senapang pun aku xleh terima. Tapi kalau ada arrow atau magis ala Harry Potter atau kat angkasa, yang ader pertarungan lain dari yang lain, yanng ituuu aku leh terima sebab dia tunjuk kreativiti berperang yang bukan lazim. Well maybe aku nih hippies kot, "Peace, Make Love Not War". :P

[2] Horse Chase
Tak thrill langsung la tengok 5 kuda kejar satu kuda. Org yg tonggang kuda tuh mungkin rasa macam gah bawak kuda laju2, bukan sume org boleh buat. But come oooon laaah, sian kuda tew. :)

[1] Dua jantan rebut satu betina
Ya Tuhaaaaaan, ingat ni citer Animal Planet kaaah? Tau2 lah cth cerita apa kaaaan, kalau si director Twilight tuh punyer citer semuuuuuuuua la ader cenggitu. Cube kalau si pompuan tuh huduh lencun, mau nyer laki tuh ndak kan? Dalam mubi la kaaan, kat luar tuh lain citer. gegege.

So the worst bila lima2 elemen nih dimasukkan dalam satu muvi! Mmg mcm muvi yang sengaja dibuat untuk sakitkan ati aku kaan. gegege.

Fahy: Bila laaa Malaysia nak ada suspense thriller. Asyik2 gangsterism, mmg indah betul culture Malaysia.


Saturday, June 09, 2012

{Introductory} of the [beginning] of an ENDED (journey)

NEWPORT, Ore. - Agate BeachA 149.6 tons fishing dock of concrete and steel measuring 66 feet long, 19 feet wide and 7 feet high made an incredible journey from Japan tsunami across 5,000 miles (8,050 km) of ocean that ended on a popular Oregon beach.               
CBC News,  June 6          




Just imagine, dengan izin Allah jasad seberat 150 tan tuh boleh travel sejauh 8,050 km tanpa halangan, inikan pula aku yang berat 70 plus minus 2 kg ni kan, lagi senang dibawa arus. gitewwww. Hellow, ai berat tulang hokkay. :P Kalau dock tuh ader blog mesti dia dah tulih "Memoirs of a drifted dock", ala2 pakai cat putih, pelampung merah, algae kembang gituu. gegege. Maka, aku pun rasa tercabar dengan sebuah dock yang mungkin berupaya menulis cerita dan pengalaman yang hebat selama 15 bulan dia belayar. gegege.

Aku sebenarnya agak malas nak bercerita dalam blog dah sebab aku sedar orang lain mungkin ada cerita yang lebih sensasi, pengalaman yang lebih berisi, pengisian yang lebih terperinci dari aku. Tapi pikir balik, lebih baek aku tulis gak, untuk aku simpan, abadikan pengalaman aku si rookie traveler yang tak seberapa nih, untuk aku ingat kembali, sebab bila dah tua nih kita makin cepat lupa. Ye laaah, aku sedar aku dah tuaaaaaaa. Yey tuaaa! gegege.

Lagipun mana la tau, pengalaman aku nih jadi panduan dan pedoman untuk umat akan datang kan, yang kalau idok asyik2 terjumpe blog deco aku yang lama2 tuh kaaaan, ala2 mcm nak bagi signal lah nih, yang aku dah tak wat deco sgt dah skang, dah berubah arah ke travelogue giteww. kaaaan. tui tui. :P

Since aku nih pun tak lah fasih nak bercerita melalui kata-kata kan, bila org tanya "Trip macam mana? Best?", aku dengan jawapan straight forward ikhlas aku, "Okay" jer. gegege. So lepas ni bila orang tanya, aku boleh lah jawab lebih siket "Sila layari blog nasik-lemak-umi untuk cerita lanjut", dengan tangan hayun2 bak gaya pengacara Nona. gegege.

Entry ni kiranya prologue kepada travelogue Day 0 aku. Bnyk tul logue2 nyer. Korg boleh lah berdialogue di dalam komen yer nanti. :P

Begini kisahnyaaa....... (muka ngadap langit ala terkenangkan kisah2 lalu). gegege.

Journey aku bermula pada detik dan saat aku terserempak dengan satu iklan travel tours yang mempromosikan ship cruise dalam paper pada 2 bulan yang lepas. Pada waktu dan ketika itu, melihatkan harga yang terpampang agak berpatutan, maka tergerak hati aku untuk menghubungi si dia, travel agent tersebut untuk bertanyakan di manakah "port of disembark" cruise ship terbabit. Alangkah terkezutnya aku yang kapal tersebut tidaklah berlabuh di Malaysia tetapi di luar negara. Purak-purak aja terkejut, sbenarnya aku berharap cruise ship tuh termasuk dengan flight skali tapi sayang seribu kali sayang, si travel agent itew idoklah semurah itew. Aku lak yang naive ni plak tanya, "Visa macam mana?", lantas si Ahsoo di hujung talian membalas, Malaysian tak perlu visa untuk travel negara Europe. Ini sudaaa baguuuus!

Tapi bayangkan untuk 8 hari cruise di Mediterranean adalah lebih murah dari 4 hari cruise di Malaysia. Memang tak munasabah betul harga cruise ship kat Malaysia ni, stakat pegi Krabi, Phuket, Penang jer tapi harga macam pergi obersea. Eh, mmg obersea pun. gegege.

Maka aku pun dengan gatal jari pun try lah search for cheap cruises, saje jer lah kan nak selidik cruise apa yang ada di luar sana. Dan tidak semena-mena jumpa lah website Expedia dan aku pun terjumpa lah satu cruise 7-night Eastern Mediterranean Greek Isles from Venice yang melawat beberapa tempat di Greece dan dated from 26 Mei to 2 Jun yang sangat murah berbanding harga pada bulan-bulan yang lain. Terperanjat beruklah aku dengan ketidak adilan harga iteww, maka terasa debar di hati untuk tidak melepaskan peluang keemasan inew. Tapi tup-tup, bila sesajer aku nak try booking kat expedia tuh, dier expect kita nih resident of Canada or US sahajork. Deeemiiit!

Tapi aku taklah cepat berputus asa, aku sedar yg Expedia tuh jadi perantara dengan the real cruise ship, so aku pun bergegaslah meng-google lantas terjebaklah aku ke kancah Norwegian Cruise Line dan harga sama mcm dorg offer kat expedia. Aku mulanya takderlah nak pegi sangat tapi bila tengok harga untuk May 2012 start with $449 (RM 1,400) per person berbanding untuk May 2013 jadi $749, aku jadi tempted gilaaaaaa. Tak leh jadi nih, kang pegi bulan lain dah tak dapat harga tuh. Hellowww, harga tuh untuk bilik dan makan minum percuma untuk 8 hari taw!!!!  Jadi aku pun gatal la tangan google la plak flight to venice, nak tengok berapa harga tiket.

Korek punya korek, ticket Luthansa lah yang termurah RM3,393.19. Hmm, pikir punya pikir rasa mahal la gak ticket tuh, aku pun mula merasakan macam tak jadi pegi dah. Pastu aku saje lah godek2 AirAsia, mana lah tau ader ticket murah gi memaner. Aku ternampak Sri Lanka, and saje jer test tengok harga sebab aku rasa tak ramai orang ke Sri Lanka kan. Aku pun terjumpa dengan harga flight Sri Lanka yang agak murah. Then aku saja carik ada tak flight dari Sri Lanka ke Venice, tup2 ada flight Qatar yang transit kat Doha. Tapi harga ticket flight tu dalam Sri Lanka Rupee la pulaaak, sbb flight dari Sri Lanka kaaan. Aku pun gigih  la menconvertkan duit LKR ke dalam RM kaan; ele mcm la susah sangat kan, skang google jer dah bole dapat nilai. :P Then guess what! Kalau aku amek flight ke Sri Lanka then ke Venice melalui transit di Doha (saja nak wat korang  fikir sket kaan, gegege), harga ticket jadi kurang RM500 dari harga ticket Luthansa tuh! Hellllllooooooowwwww, haruslaaa aku pegi! gegege.

So, first step aku dapatkan ticket termurah untuk AirAsia ke Sri Lanka, so dapatlah pergi pada 20 Mei, dan balik on 5 Jun, lama la gak kaan tapi sbb nak ticket murah punya pasal, return date tuh jer dpt special offer. Asalkan tarikh cruise ship diantara date flight tuh kira okay lah. Actually lagi lama cuti, lagi aku suke kowt. keh keh keeeh. kijaaammm.

2nd step beli ticket Qatar Airways plak. Memula aku ingat, bila dah sampai Sri Lanka (Colombo) nak terus ke Venice on the same day, tapi pikir balik sebab dah alang2 sampai Sri Lanka, better aku singgah beberapa hari kat Sri Lanka. Lagipun aku rasa duduk kat Sri Lanka murah siket berbanding dok lelama kat Italy kan. Bayangkan antara 20 Mei hingga 26 Mei sebelum cruise date, ader 6 hari lagi, kering laar aku dok kat Italy tuh weeih, bilik sehari lebih Euro 50 jer memanjang. huhuhu. So, hati pun berbisik soh beli ticket pada 22 Mei pergi Venice dari Colombo dan balik pada malam 4 Jun, yang ticket balik 4 Jun tuh plak aku amik transit di Doha 20 jam supaya leh la lawat Doha sehari sebelum flight ke Sri Lanka.

3rd step, beli ticket cruise. So basically nanti cruise ship nih akan berlabuh di 4 buah port kat Greece. So, in a way menjelajah la jugak kepulauan Greek tu kan. Aku pun tak tau apa la yang ader kat Greece tuh, aku sbenarnya nak ghase nak kapal cruise jer walaupun dah penah naik oil tanker kaaan. Itu lain hokkay. :P So, bertolak 26 Mei dari Venice akan pulang 2 Jun pun di Venice gak.

Faham ker tak niiiih? Meh aku summarize it in a simpler way. KL - Colombo (2 hari) - Doha - Venice - Greece - Venice - Doha (1 hari) - Colombo - KL.

Jadi, disinilah bermula Pengembaraan Geng (upin ipin kaaah?) aku ke Sri Lanka, Italy, Greece dan Doha. Memang aku tak sangka langsung aku akan pergi tempat-tempat nih sebab semua tak masuk pun dalam wishlist places to visit aku. Pastu normally aku plan for at least a year ahead, tapi yg ni aku start book ticket sume on 29 April and flight ke Sri Lanka on 22 Mei! Maknernyer aku ada kurang dari sebulan untuk plan everything! Panic la gak, sebab aku bukan jenis backpacker yang gi travel gegitu jer kan. Tapi masa tuh aku memang nak sangat kuar office pergi somewhere jauh dari Malaysia, aku tengah dah kurang bertenaga kat office, walaupun tengah bz la gak, tapi aku mcm dah tak bersemangat nak wat kerja-kerja. Mmg passion aku definetely kurus gila, aku tak tau nak perah macam mana lagi dah. Tu yang aku bantai jer pegi, duit ada ker tak pun aku tak sure, nanti korek lah mana2. Giteww, ala2 mcm korek idung leh kuar duet kaaan. gegege.

Waaah, panjang dah nih, nanti korg bosan baca, alasan tak tau nak tulis apa lagi dah kan. gegege. Nanti aku start with Day 0 aku eh. Pastu aku aku citer satu entry untuk satu hari travel yang ader 17 hari maknernyer ader 17 entry aku kene ceritakan. Pengsan lah aku nak menaip weiiih, ader mesin auto type tak? Letak kat kepala terus kuar aper thoughts. gegege.

Ni sajer nak letak gambar preview, lama kan tak guna blog, so nak tengok kesenangan post gambar okay ker tak.

Ehhh, senang jer lah post gambar skang, senang keje aku! Drama sangat gambar kaan, giccewwww. :P

Tunggguuuuuuuuuu.........

Fahy: 3 hari weih nak siapkan satu entry nih jer, memandai jer aku janji 17 entry. huhuhuhuhu. gegege.

Thursday, November 20, 2008

camera [oh] camera

Siot tul, camera yg aku slalu guna ntuk tangkap gamba2 deco sudah pun menghembuskan nafas yg terakhir. Mmg dah lama pun camera family ni, miskin betul aku takde camera kan. :P Menyesal aku tak beli camera Olympus ader sedara aku offer hari tu. Takper ah, Abg Zul suami Kak Lin dpt guna ntuk photograph paper dier pun.

Aku ni nak la ambek gamba kipas kecik kat meja aku ni haa. Kipas yg membuatkan aku rajin dok mengarang blog balik. gegege. Then, baru aku teringat video cam umah ader camera. Iyahooo.. leh ah tunjuk eksyen kipas kecik ni kaaann... gegege...

Then lepas aku tangkap gamba, aku pun terus trasfer gegamba dr video cam tuh. Even though resolution dier punyer lah rendah and gamba taklah cantik sgt, tapi ok lah.

Rupanya ader beberapa gamba yg aku tangkap masa kat UK, yg aku sendiri lupa aku ambek. Some sort of unseen footages of my family masa kat UK lah. Wahhh, ade satu gamba tuh aku rasa sgt adorable, yg aku sendiri tak sangka I can be such adorable looking creature. gagaga... perasaaannnnkaaaannn. :D

Aku tengah tangkap gamba aku kat padang rumput kat area Buckingham Palace yg penuh dgn those little white flowers atas rumput that I REAAAALLLYYY lovee.. Cute sgt bebunga tuh melata kontra atas padang, tu yg aku try to capture myself with those lil flowers. I don't know why, that pic would be my first pic that bila aku tengok balik, aku tersenyum sengsorang. Maybe those time I am really really happy. I never been happier in my whole life I guess...

Anyhow, back to my kipas kecik.


Tomel kan, tomel kan kipas tuh. Tengok size dier relatively with my "gud" hand. Kecik2 pun kuat angin dier tau, tu yg aku sedap sket aku mengarang blog. Kalau tak area ni panas sket since angin kipas siling terhalang with CPU yang aku letak bwh kipas siling supaya CPU tak panas. Tengok lah, monitor, keyboard and mouse pun baruu tuu. Rudi yg bg, dulu dier pakai kat UK, la ni aku yg pakai. Masa kat UK, ayah sebok nak letak kat opis dier, last2 aku dpt gakkk... yesss... tenchu Udiii...

Sbenarnye, kipas tuh dah lama dah. Aku teringat masa aku kecik2, kat rumah lama aku kat bangi seksyen 2, aku suke main2 ngan kipas ni. I would carik extension wire and aku bwk keluar melalui tingkap extension wire tuh supaya aku dpt guna kipas kecik tu bwh pokok sambil main tah hape tah bwh pokok. gagaga, tak sangka aku ingat balik.

Bila aku teringat kipas kecik tu, then aku tanyalah Umi mana dier simpan kipas tu kan. Umi sendiri dah lupa dier ada kipas tu and Umi pun tak sangka aku ingat lagi kipas tu. Umi pun tak taulah kipas tu Umi simpan mana, so aku trylah carik dlm kabinet besi kat bilik Umi. Voila, jumpe punnn...

Umi tekejut aku jumpe kipas tu balik. Kipas tu dah penuh abuk and takde kepala plug. Aku pun bersihkan elok2, mandikan dier (wah mcm mandi anak kucing lak :P) and pasang plug baru. And tetiba nyala, aih girangnya aku teringat balik masa kecik2.

I never thought I would see you again my lil friend. :) Tengok tuh kipas aku surf intenet.

GAGAGAGA... gila lahabau aku...

Well, aku terjumpa gamba ni yang aku tangkap kat satu restoren kat UK dlm video cam tuh gak.

Cantik art deco tuu, aku nak try buat ah one day. Sapa nak!!! :P

mrFarhy: Mmg tebiat aku ni citer pasal kipas. :P

Tuesday, November 11, 2008

dead P O E T society

I stumbled upon an old empty exercise book yg lama tak guna and terperap dlm kotak kertas kat bilik aku. Wahh, still empty, eventhough ader sket ayat2 aku coret kat pages depan, leh la buat buku contengan ideas or anything kan since the rest still blank.

Then, aku accidently selak bahagian tengah buku tuh, aku ader tulis some sort of sajak yg dah lama aku lupakan. Aku tak sangka aku ade jugak idea nak menyajak tah hape2 ntah kan, gagagaga. Sajak tuh berbunyi mcm ni;

Jasad menghulur wajah
Tetapi malu untuk menyapa
Siksa mata melihat
Pedih hati tertambat

Bila jasad membelakangi bayang
Masih tak ketemu
Apa yang hendak
Apa yang mahu

Seorang lagi
Pergi diamkan diri

Sedar diri
Tiada warna dalam bunga
Tiada bau dalam kasturi
Tiada isi dalam tempurung

Tinggalkan lagi
Pergi diamkan diri



Wahhhh, menyayat hati seyhhh. Then baru aku teringat bila aku tulis mende ni. Buku nih rupanya buku masa aku still kat UTM, 5 tahun yg lalu. Aku tulis sajak ni to someone, yang aku ade crush on, kiranya aku diam2 jadi secret admirer to that person. I wonder ape jadi kat dier..... :)

mrFarhy: Saja nak letak sajak ni dlm blog, supaya tersimpan and aku leh tengok semula bila aku dah tua nanti, sambil terkekek-kekek gelak :D.

Sunday, January 27, 2008

w o r l d R E C O R D [attempt]

Huney I homeeee!!!!! huhuhu, kosong dah, takder org dalam umah aku. wawawawa...

Aku punyerlah bersemangat nak wat world record ntuk blog paling lama tak berupdate, tapi apa kan daya gagal juga usaha murni aku untuk mengharumkan negara Malaysia tercinta ini. gagaga...

Kenapa leh gagal? Yerlah, mengikut perkiraan aku, aku jadi kesian kat blog reader tegar yang mengikuti perkembangan semasa blog aku yg twisted-tah-hape2-ntah nih, tapi masih setia mengharapkan blog aku terupdate. Tenchhhuuuuuuuu, sambil memuncungkan bibir macam Kak Lin ngan Umi. gegege...

Aku lak sbenarnya unmotivated nak meng-update blog, tak tau naper. Nak kata aku unhappy tapi aku quite happy gak lah skrang, tak depress mcm dulu. Alhamdulillah, medication doc yg aku ambek tuh berkesan gak. Nak kata aku busy sngat pun takder lah senantiasa busy kan, ader jer maser terluang. Nak kata aku takder citer tapi ader jer bnyak citer yg tah hapa2 ntah nak tulis tapi tak tertulis2 kan. Tah lah, tak tau naper rase takder mood nak berblog mcm dulu2 kala.

Tapi aku rasa aku tau nape aku kene "writer's block".

Harituh aku ader project makeover bilik tidur bebudak kat sebuah rumah nei. Owh, by the way, project nei aku kene siapkan dalam masa satu hari shj since project nei kiranya untuk rancangan dekor RTM ala2 "Casa Impian" lah (aku akan citer about this kendian key). So, nak dibuat citer, tuan rumah tuh pun prepare air sirap sejuk dlm jug plastik ntuk sume krew. Aku yang gigih lah wat keje, tak berkesempatan ah nak minum air lagi, bukan apa, just to make sure that aku dpt siapkan kerje secepat mungkin before midnight.

Then biler rase tekak dah haus semcm, aku pun turun lah kat bwh nak minum air kat meje mkn. Time aku nak minum tuh takder lah org dok kat meja mkn tuh. Aku plak yg dah kehausan nei, capai gelas, tertuanglah air dari jug ke dalam gelas aku, lantas aku terus menghirupnya. Waaahhhh, sedap semacaammm, sebab sejuk kan, dah lah haus. Aku pun habes lah tuang 2-3 gelas lagi. gagaga.

Then, dtg lah seseorg menghampiri aku lantas berkata "Dah tapis dah ker sebelum minum air?", sambil tunjuk penapis oren kecik kat aku then dia pun blah dari meja tuh. Aku pun tertanya2 lah kan, kenapa nak kene tapis lak? Tapi tak pulak aku nak tanya org td tu kan nape nak kene tapis. Aku pun bukak lah penutup jug plastik tuh nak siasat dan walah, berenang-renang semut2 dalam air tuh bagai serbuk teh. Wahhhhhhhhhhh, aku minum air semut wooooo... 40 hari lah bodoh dungu aku nantiii... waaaaaa.... 40 hari kali beberapa ekor semut, mau setahun jadi bodoh... wawawawawa.....

Gagaga, tuh lah sebabnya jd takder mood nak menulis blog kot. Eleh, alasan jer tuh, sbenarnya pemalas. gegegege....

Bnyak gak nak citer. Pasal keje, pasal makeover, pasal perasaan... chewahhh, perasaan laaaaahhhh.. huhuhuhuhu.... Tapi aku makesure aku update gak lelagu dlm playlist imeem aku dlm blog nei. Sebab aku dpt tau kak Linda and adek aku Rudy selalu dengar playlist aku. Teharu lah gak, ingat aku syok sendiri taste lagu2 aku sedap kan. wawawawa.. Ader lah several penyanyi pompuan baru yg aku tak pernah tau tapi sedap lagu and suara dorg mcm Emmy Rossum and Sarah Bareilles. Test ah dengar. :)

Nanti aku sambung citer balik ah. Tak tau biler. wawawawawawa.... :P

mrFarhy: Maybe takder mood sbb takder laptop kowt, boring menaip kat desktop. Ader sesaper nak sponsor Laptop ker? gegegege....

Friday, October 19, 2007

Where have [ y o u ] "been" mrFarhy, you !?

Anonymous said...
"kau ni kejap ada kejap takde, kejap update blog pastu tinggalkan mcm tu je...fed-up la aku masuk blog ko...lama sgt tak berupdate langsung...kalau nak tinggalkan blog pun, taruk la info apa apa ke, so that org boleh expect bila ko update blog ko..."

-----------------------------------------------

I'm supposed to bake cookies tonite, but hell today I'm feeling a bit, hmm... should I say, not into walking away from my room. Dahla kukis org punyer order plak tuh... Alaaaa, lantaklah, besok aku wat kukis tuh. Kang wat maser moody, tak sedap lak kukis tuh nanti.

Damn, rase mcm nak menaip atas katil sambil baring pun ader, but nak seret desktop nei atas katil so lah unappropriate kan. Maner nak letak monitor berhabuk nei, maner nak letak CPU lg atas tilam, as if desktop nei sebesar laptop la kan. huhuhu...

By the way, Selamat hari Raya Aidilfitri dan of course, Maaf Zahir Batin, terutamanya kepada2 yg fed-up dah ngan blog aku nei sebab lama tak ber-update. gagagaga.. I won't blame u guys for hating my blog la kan, but please donch hate me.. gagagaga....

Last Ramadhan would be the busiest Ramadhan ever for me. Dulu (while I was still in oil n gas company), eventhough aku gi offshore mase bulan2 pose pun takder lah sebusy mcm ramadhan baru2 ni. Aper taknyer dulu maser kat offshore, most of the time aku kat kapal jer, and dok dalam bilik plak tuh, tido.. opsss.. kantoiii.. Ala, but still, aku wat keje2 yg aku kene buat kat offshore okay! :P

Sebab tuh la jugak aku tak update blog aku nei sebab takder mase. Waktu siang kalau tak keje kat umah org, aku kene bake cookies lak. Waktu malam plak gi surau for solat terawikh. Yess, aku jual cookies jugak, and I won't be ashamed by that, yalah, an ex-engineer bake cookies for sale. Almaklumlah, org tak bekerje tetap mcm aku nei kene la carik extra income kan. ;)

Time aku gi wat keje kat umah org plak, aku kene make sure balik before 5 pm sebab takut traffic jam, since aku nak reach home before berbuka, nak tolong umi yg lately sakit2 maser puase. Leh ajer aku bebuka kat umah client, but aku tak sampai ati tinggal umi ayah mcm tuh jer. At least aku dpt tolong umi kemas aper2 yg patut and just being there for her. For me, I know how much of a someone presence could give a little "semangat" to one's soul. Hmm, I guess so, and I hope so. Lagi pun kene wat ABC ntuk ayah, kesian laghi kat Umi, takut nak kene layan ABC ayah semata2 kan, then there I came handy. :)

Pastu, after kemas2 meja and pinggan mangkuk berbuka, aku terus maghrib and ready for terawikh. Aku aiming for full terawikh berjemaah this year, sajer jer. Ala, kalau org boleh aim for 16 A1 SPM, why not aku aim for terawikh kan? huhuhu... Abes terawikh, aku selalunyer penat, kenyang and ngantuk sebab ambik ubat anti-depressant, makanya terus tido.

Besok pg lak after sahur and Subuh, aku tido balik sebab ubat yg aku ambek buat aku still drowsy, makanya aku selalu bangun kul 10 pagi ke atas. Yaaaaa, whut happen to dat "morning person guy"?... shut up people, I'm just human. :P

So around kul 11 pg to noon aku gi KL wat keje kat umah client and gosh, I HATEEEEEEE driving to KL. Seb baek Umi kasi pinjam those smart-tag thingy. Bangga gak lah lalu kat smart-tag, naik kete aku, si Proton Iswara hijau lama tuh, drive sebaris ngan kereta2 internasional yg besar2 ala2 BMW whut-so-ever tuh, melepasi those cars yg beratur panjang semata-mata nak bayar toll manually :P, and sampai turn aku, tet-tet (bunyi smart-tag tuh kene scan kan), baki RM5.80 jah and kete sebelum aku, like baki RM187.45 gituhhh... gagagaga.... Ala, org miskin pun nak bwk cepat mah! gegegege...

And bnyak lagi sebab-musabab yg menyebabkan lately aku tak menulis sangat dan aku kurang socialize with my friends, yg aku akan citer dlm next entry. je- jenngggggg... Tak best ah cramming all story in one entry, nanti jd tak bnyak entry plak, then dtg komen ngaper tak update blog again... gegegege...
opss, sowwwwwyyyyy... :)

Damn, lama tak dapat "episode" after taking medication, kene plak today. Tak berkesan lak ubat aku nei. :P

mrFarhy: Ala, takkan nak letak, "Maaf, blog tergendala. Sila papar blog ini pada sekian2 tarikh and sekian2 waktu untuk entry terkini." Mcm maner aku nak tau biler aku leh tulis blog... Kesian la kat aku neiii.. Kalau nak sgt, bak no tepon, aku update gune sms.. gegegege...

Tuesday, July 17, 2007

i n g a t A K U r a j i n S A N G A T ?

Semalam aku cuci toilet and otak aku ligat memikir aper la aku nak letak dlm blog. Aku nei kalu cuci toilet mmg berejam gamaknyer, almaklumlah kalau aku cuci toilet punyerlah bersih sampai boleh wat tido dlm toilet. Neh ajaran Umi aku lah, "Toilet tuh tempat kotor, sbb tuh kene lagi bersih", kitab Ummi surah ke-3.5, huhuhu. Ajaran nei sungguh mujarab sampai si Saed biler pindah rumah, dier cuci toilet dier punyer lah bersih hinggakan budak rumah lain envy dgn kebolehannya dan nak toilet dorg sebersih toilet Saed gak, last2 Saed gak kene cuci or tunjukkan cara2 mencuci toilet ajaran Umi. Tak rugi aku marah2 Saed dlm toilet maser dier tlg cuci toilet dulu. gagagaga...

Owh, kembali kepada tajuk, sbenarnye aku terpikir bender2 yang aku paling malas atau benci nak buat tapi suke or excited biler dah selesai bender atau kerja tuh. gegegege...

Okay, nei antara aper yg aku terpikirkan, aku bg 7 jer lahkan mcm 7 wonders la gak :P,

1. Aku paling malas cuci toilet sampai kekdg biar toilet betul2 kotor baru aku nak cuci. Tapi biler dah habes cuci, best tul tengok kekilatan hasil menyental aku. Lagi best kalau toilet tuh boleh tahan bersihnyer sampai sebulan. huhuhuhu...

2. Aku paling benci beratur menunggu giliran, lebih2 lagi biler nak ambek duit kat ATM. Tapi biler dah sampai time kiter, aduhai, best giler, lebih2 lagi time bnyak duit kan. Lagi best kalau dpt carik ATM lain yg kureng org. huhuhuu...

3. Aku paling malas nak simpan baju yg kakak2 atau Umi aku lipat yg dorg susun cantik2 atas katil. Mmg bukannya susah pun nak simpan, tapi malas tul nak memilih and organize baju2 nei. By the way, dorg nei ader degree melipat baju, sbb dorg lipat sungguh kemas and cantik, so tak elok la aku being unapreciative tak simpan baju elok2 kan. gegege. Tapi biler dah abes kemas, uih rase lapang balik katil. Lagi best kalau Umi atau kakak2 aku tlg simpankan terus dalam almari. huhuhuhu..

4. Aku paling malassss nak mengangkut air menyiram pokok2 kat bilik aku nei, bukan aper sbb kena ulang-alik beberapa kali ke toilet semata nak tadah air, sbb bukan se-dua jer pokok kat bilik nei ok, aku rase bilik aku mcm indoor garden lak. huhuhu.. Tapi lega tul biler dpt tengok daun2 bertambah and even bunga2 mekar waktu pagi. Lagi best kalau ader hose garden dlm bilik aku nei. gagagaga....

5. Aku paling malas nak mengorder or membayar makanan, bukan aper suara aku yg halus ditambah pula dengan budi-pekerti aku yg halus (tuuuiii... :P) nei kekdg org tak dengar aper aku ckp. huhuhu. Tapi lega tul biler kenyang and bayar makanan yg memuaskan. Lagi best kalau ader org tolong order and bayarkan untuk aku. huhuhuhu...

6. Aku paling lah malas nak pergi rumah org untuk buat makeover, bukannya malas nak bekerje, tapi aku paling benci driving, kereta and trafic. Aku berjanji kalau ader kete runs on water bkn petrol, aku akan beli punyer. Tapi lega biler dah sampai umah org and dpt siapkan kerje2 yg sepatutnya. Lagi best biler client aku yg dtg ambek aku kat umah. gagagaga....

7. Last but not least, aku paling benci membasuh pinggan sama ada lepas mkn ataupun lepas memasak. Mau aja aku campak pinggan dlm tong sampah terus tak pun pakai tempurung kelapa jer sbb biodegradable. Tapi lega tul biler dpt habiskan kerje2 mencuci, lebih2 lagi lepas memasak sampaikan buat org lapar balik lepas mencuci. Tapi lagi best biler aku tinggalkan pinggan dalam singki and Umi tolong basuhkan and jerit "Saper tak cuci mangkok??!!!", then aku ckp "Ayah lah tuh". gagagagaga.....

Tu jer kot. Hmm, about bgun pagi nak pergi kerje tuh not really bender yg paling malas ah, sbb aku nei morning person. gituuuhhhh.... gagagaga... Eleh fahy, ko tuh keje sendiri bole lah ckp mcm tu kan. :P

mrFarhy:Darn, Umi soh cuci toilet bilik Umi lak. gegege.. Korg lak aper yg paling malas?

Wednesday, February 21, 2007

t w i s t e d TAGGED t w i s t e d DO

Aiyoh aku pun tak tahu per kejadah tagged2 neh until my sister tag aku dlm blog RotiKcgMerah Kak Lin. Aku ingat tagged tuh biler blog aku jadi famous or kene saman or jadi controversy ker hapa, rupenyer kene citerkan 6 weird thing about me. Damn...

Huh, perkara kecik jer neh, sbb aku neh mmg weirdo... gagagaga.. Tapi aku citer 6 ckup arr. :P

1. Tak kencing berdiri.
Sejak aku tau yg org kencing berdiri tuh menolong Syaitan sembuh dari luka-luka, cacat-cela dan menyambungkan tubuh badan dorg, aku langsung tak kencing berdiri. Aku taknak ahh baik hati sgt nak tolong syaitan yg bnyak menolong aku untuk masuk ke neraka.. gagaga.. Walau bagaimana urgent pun aku nak melunaskan hajat, aku takkan kencing berdiri. Sampai sekarang aku rasa aku dah lupa mcm mana nak kencing berdiri. :P

2. Korek hidung lantas merasa.
Haaa, shuddup, jgn gelak, aku tau ader yg gelak tuh. Setan tul. Aku kencing berdiri kat ko kang... gagagaga.. Dulu maser kecik-kecik aku syg kot kat taik idung, penat2 korek pastu buang, so aku mkn je lah.. Tu yg buat jd pandai tuh :P Biler besar neh takder la sgt sebab jarang korek idung, tapi kekdg terlupa la gak.. gagagaga...

3. Meludah reti, cara nak meludah, hampeh.
Aku kekadg jeles tengok org meludah mcm sejemput keluar dari mulut dan tui mcm cantik jer kuar. Aku kalau meludah gak harus bersepah. Sebab tuh kalau aku nak meludah, aku cari longkang, aku bongkok badan ke bawah dan ludah dengan penuh istiadat dan sopan.. gagaga.. setan ader org gelak lagi... aku pancut kencing kang... gagaga..

4. Attach to barangan yg ader sentimental value.
Aku neh bukan la kedekut ker hapa, tapi aku neh penyayang org nyer... gagaga. Mcm hp Cokia aku skang neh, aku boleh jer tukar, tapi aku syg nak tukar sebab kakak aku yg bg, so aku hargai tepon tuh untill the last breath tepon tuh. Biarlah org nak kata hape aku pakai hp lama, tapi aku ader sbb nak jaga hp tuh lagi. Malah ader pen2 yg abes dakwat maser aku study kat UTM pun aku simpan lagi sebab aku rase pen2 tuh bnyak berjasa kat aku. Even deodorant aku yg dah habes aku simpan bekas2 dier dalam satu laci aku sampai ader yg design lama2 punya. (aku pakai Speed stick, yup Ladies speed stick to be precise, sbb bau dier lg besh :P, huh, shuddup okay.) Korang ingat tak karangan maser kite sekolah rendah mcm, "Aku Sebatang Pen" or "Aku Sebuah kereta". Aku terbyg pasal tuh arr.. gagaga...

5. Choosy memilih toilet.
Haa, aku bukan choosy memilih pasangan, tapi choosy memilih toilet.. Ahakss.. Kalau toilet tak lawa, aku sanggup tahan buang air semata-mata nak toilet yg boleh diterima akal dan wahyu untuk menurunkan hajat yg besar ituh... gagaga.. Aku lagi suka toilet duduk dari toilet cangkung sbb aku tak suke kasut or kaki aku basah kene air. Kalau toilet duduk plak, aku pasti membawa tisu dari luar dan aku tekan sabun cair cuci tgn kat dispenser tepi sinki supaya aku boleh basuh seat toilet duduk tuh until aku rase seat tuh cukup selesa untuk berada di bwh punggung. gegege...

6. Suka mkn sorang-sorang.
Aku neh mmg suka mkn sorg2. Kalau family aku mkn kat meje aku suka mengadap depan TV dari dok kat meja sama2. kalau kat opis, aku bwk bekal dr rumah and mkn kat opis walaupun ramai yg ajak aku mkn sama2. Kalau kat hostel kat UTM dulu, aku mesti tapau makanan dan makan kat bilik sambil mengadap komputer tengok VCD. Aku rase tuh time solitude bg aku untuk menikmati dan mensyukuri makanan tanpa diganggu oleh org lain lantas dpt memberi kenikmatan yg mendalam atas makannan tersebut... gagagaga..

Yezzer, kejap jer siap. Tapi nak cari org lain plak neh payah la plakk.. Wokeyh, sapa yg jd mangsa!!!! Aku tagging Kak Linda, mr. Smith, kak Zetty, Epain, arghh saper lagi dua aku nak letak neehhhh? Hmm, aku korek lah sesaper.. Daus and Ashraf.. yehaaa.... Aku nak tau korang punyer rahsia plak.

Rules of the game: Each player of this game starts out by telling 6 weird things about themselves on their own blog, as well as state the rules clearly. At the end, you will need to choose 6 people to be tagged and list out their names. After you do that, leave them a comment on their blogs letting them know you tagged them.

mrFarhy: Tambahan rules of the game, kalau tak jawab bedosa, kalau menipu lagi bedosa besarrrrr... gagagagaga.. gelak syaitan maner lak tuh...

Monday, January 08, 2007

SANTAI [ twisted ] CARTOONS!

Kenaper erk ader Car in Cartoons? huh, takder kene-mengene. Gagaga, sajer nak update jap pasal launch buku katun abg ipar aku neh.. Wahhh, siap Anwar Ibrahim yg launch lagi tuhh..




Wah siap boleh beli online lagikk.. Wohhhh, check-out dis site mahh!!! Yg RM29 tuh beli buku skali mahhh...

Nak lagi detail abt this, go to my sis's site yg best gak untuk dibacer..

Nak pakai baju aper? dier punyer theme "Biar bergaya, asalkan bukan duit kita."... gagagaga, kidding.. hang pi tanya kakak aku lor....

mrFarhy: Pergi jgn tak pergi, pergi jgn tak pergi...

Tuesday, December 26, 2006

TWiSTED [looney-toones]

Kepada peminat kartunis Zunar (owh i couldn't help it, abg Ipar aku tuh, suami Kak Lin... gagagaga...) nanti ader launch dier nyer buku koleksi kartun. bukan untuk mewarna ek, tapi untuk santapan rohani dan jasmani.. gagaga... Ayah aku siap bacer dlm toilet lg selain paper2 yg berlambak.. hehehe... aku pun tak tau kat maner, yg aku tau tunggguuuu... keh keh kehh...



mrFarhy: Wah, siap ader launch lg...

Sunday, November 26, 2006

TWISTED [ s a d S o n g ]

Last night I think of you,
Again...

First time we met,
I gaze upon an angel,
That I thought you are,
Aren't you?

Why do you have to change so much?
Do I take you wrong?

I know how much I love you,
But still I know this would never be long,
I know I will never hold you down,
But still I'm gratefull I didn't let you down,
I know I did wrong,
But still you never tell me wrong.

Please keep my heart in your box,
Keep every memory that I gave you,
I know I won't belong,
You know again,
No one ever love you forever greater than I am,
At least keep that box where it belongs,
Because you'll never know who ever love you this long.

I know how much I love you,
But still I know this would never be long,
I know I will never hold you down,
But still I'm gratefull I didn't let you down,
I know I did wrong,
But still you never tell me wrong.

The promises that I made,
The heart that you break,
The point that I take,
The lies that you make,
We did talk, did we?
Did you remember?

I'm sorry, I thought I did you wrong,
But hell no, I'm the one who are strong,
You faded me, you jaded me,
I'll try again, but I'm still jaded.

I know how much I love you,
But still I know this would never be long,
I know I will never hold you down,
But still I'm gratefull I didn't let you down,
I know I did wrong,
But still you never tell me wrong.

I thought I've already forget about you,
But again,
I think of you.....

mrFarhy: Aku terjumpe balik lyrics neh (lyrics kerh? :P) dulu aku buat after aku dengar lagu James Blunt, Goodbye My Lover tuh. Pasnih nak compose lagu lak.. huhuhu, perasannnn.... :P

Monday, October 09, 2006

Busy [ R A M A D H A N ] Bee

Uih, lama gak aku tak tulis blog. Aper tak nye, bulan neh, ramai lak dpt jemputan mintak tolong decor rumah, almaklumlah nak sambut raya.. hehehe. Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan kan.

Adoi, artwork ntuk member aku tak buat-buat lagi. Seb baek aku dah buat DVD rack kakak aku yg aku janji-janji kan, tapi tak sempat nak tolong dier make over apartment dier lagik.

Adoi, kueh raya tak start aper lagi. Aku punyerlah berangan nak menjual kat ex opismate aku melalui Kak Linda, tapi bahan-bahan pun tak terbeli lagi.

Adoi, tirai kat umah sewa mak aku tak tergantung-gantung jugak. Dah ler aku janji nak buat kat org rumah tuh, tapi batang idung aku pun tak muncul-muncul gak.

Adoi, business planning yang aku war-warkan nak buat dengan Saed tak terbentang-bentang lagi. Idea dah ader, contoh dah ader, layout dah ader, tapi mase and idea mengayat lak takder.

Adoi, siling umah yang bocor akibat aku jatuh dari attic tak tampal-tampal lagi. Papan siling dah ade, paku ngan hammer pun ader, tapi kerajinan nak memanjat-manjat tuh belum ader.

Adoiii, aper aku buat nehh???

Aku skang tengah tolong decor sebuah rumah kawan Saed, Badrul atau nama manjanya Bad yang dok kat Seri Kembangan. So, aku mcm terguna masa kat umah dier and dier even sanggup hantar kunci rumah dier ke rumah aku. Tak siap lagi neh, dah 2 hari dah start buat keje2 kat umah dier. So neh gamba sneak preview rumah dier dengan keizinan si Bad. Wah-wah, siap Sneak Preview lagi tuh. Bukan aper, just to bagitau you guys aper yg aku buat sbb dah lama tak tulis bog kan.

S N E A K p r e v i e w B E F O R E


S N E A K p r e v i e w A F T E R
So nanti dah siap aku update everything okay.

mrFarhy: Adoi, aku rase mcm perlu assistant lak.. huhuhu...

Monday, September 25, 2006

twisted DREAMS

Mase aku kat umah Saed di Koyan tuh, macam-macam aku mimpi. Aneh2 belaka. Hmm, tapi setan seme dah kene tangkap malam tuh. Ni membuatkan aku tepikir sejenakk.. chewahh... Tak ah, maybe mainan tido semata, tapi this one dream aku ingat sampai skang.. Mcm menarik..

Aku kat dalam ferry mase tuh. Aku nampak banyak bebudak dalam ferry tuh. Aku somehow tahu yang aku with bebudak dari several sekolah yang tengah buat lawatan. Aku tak tahu lawatan ke mana or hala tuju ferry tu.

Aku mase tuh sedang meninjau kat luar ferry dari tingkap ferry yang aku tak sedar bukak ker tak, tapi tak lah besar maner, cukup-cukup saiz untuk aku keluar dari tingkap tuh. Uih, air kat luar mmg jernih giler. Memang kaler biru air. Nampak mcm terawang-awang jer ferry tuh bergerak kat atas air tuh, sebab mcm takder air.

Then aku ternampak sekor penyu berenang. Pastu another one dtg. Aku rase mcm penyu tuh berlumba-lumba or mcm berenang beriring-iring laju. Bebudak sekolah teruja tengok penyu tuh. Aku pun sama. Nampak mcm penyu tuh terbang dalam air yang jernih tuh.

Tiba-tiba aku terasa mcm ferry tuh terlanggar bender. Aku sure terlanggar bender maser dok perati penyu2 tuh. Then aku sedar air masuk dalam ferry. Ferry tuh sinking. Cepat tul air masuk, sedar-sedar semua dah tenggelam dalam air. The whole ferry totally dalam air laut and aku still dalam ferry tuh berenang dalam air biru. Aku boleh jer berenang keluar dari ferry tu melalui tingkap depan aku. Tapi aku mcm hesitate and banyak berfikir, "Mcm maner ngan bebudak sekolah lain?", "Kalau aku kuar dulu bebudak lain leh kuar ker?", "Brapa bnyak budak tak survive nantih?", "Mcm maner bender neh leh berlaku?", "Macam maner aku nak selamatkan budak lain?" and so on, hinggalah aku sampai tahap the last breath, aku dah tak dapat bernafas.

Then aku terjaga dari tido bila aku tersedak, gasping for air macam orang nak lemas. Tekejut aku. Aku terbahak-bahak keluar air yang banyak dari mulut, kaler jernih mcm kaler biru air laut dalam mimpi tadi. Aku tergamam sendiri tengok baju aku basah dari air laut tuh.. hahaha, kidding.. yg aku terjaga gasping for air tuh betoi, tapi yg terbahak kuar air tuh rekaan jerh.. hahaha... bg gempark skettt.. hehehe..

Tapi truly aku mcm suspen bila terkejut dr tido mcm nak lemas. Uih, mcm real lak aku ghase... Twisted eh??

mrFarhy: Oi, yg basah tuh bukan mimpi basah okay.. :P

Monday, September 04, 2006

Maggi for BREAKFAST

One day, siew pau and maggi mee had a big fight. Maggi mee beat siew pau up until it had bruises on its pau body.

Siew Pau lost the fight and went back to tell all the pau family; - kaya pau, tau SA pau, curry pau, and etc.

So together?.. all paus went to find maggi mee for revenge. On the way... they met Spaghetti?.. . so all pau ran to Spaghetti and BEAT the hell up on Spaghetti that Spaghetti can't say a word,

Spaghetti then screamed... "WHAT DID I DO? I don't even know you all"???.

Then the siew pau say??.. "HEH! MAGGI MEE! Don't think I can't recognize you after you do REBONDING!"

mrFarhy: Courtesy of my best-online-gurlfriend missy Karen... :)

Saturday, August 26, 2006

Eyahoooo.... money, money, MONEYY!!!

Alhamdulillah, dapat USD 100 for 1st mth joining swisscash... Wlpun baru USD100 tapi aku gumbira... ngeee.... nak tau gak? Korg pegi this site http://www.swisscashproject.blogspot.com/

Meh le join akuuu... ngeeeee.....

mrFarhy: Uptrend kene tunggu Saed balik wooo... ngeee...

Wednesday, August 23, 2006

HORNETS[from]HELL

National Geographic buat satu dokumentari pasal giant hornets a.k.a tebuan gergasi, lebah madu eropah dan lebah madu jepun. By the way, tebuah gergasi tuh tak bermaksud tebuan sebesar manusia ker hape, just the biggest tebuan in tebuan's world lah. So rephrase "giant hornets a.k.a tebuan besar". :P

Apa yg menarik pasal tebuan neh? Tebuan besar neh mcm killer machine bile nak dptkan makanan untuk larva dorg (or shld I say "dsrang = diaserangga" since dorg for human :P). So it happens that 40 ppl mati every year in Japan shj disebabkan allergy reaction to hornets sting. Pastu 30 tebuan leh bunuh a colony of 30,000 madu lebah eropah in just 3 hours. Brutal gile.

Tapi yg paling menarik sebab madu lebah Jepun ade cara nak patahkan serangan tebuan gergasi neh. So, kite pendekkan cerite mcm neh: Memula sekor tebuan gergasi jumpe sebuah sarang lebah, tapi tebuan tu kene tinggalkan feromon kat sarang sbg tanda nak dtg balik with bala tentera tebuan dier. Tapi madu lebah Jepun bijak, lebah tuh jemput si tebuan masuk sarang dulu, bg tebuan tanda feromon die dlm sarang lebah. In the mean time, all lebah communicate each other by passing "tactics" by rubbing ekor and sayap each other and they do it so fast. Bile si tebuan dah mark feromon and nak kuar sarang, tetiba all lebah serang tebuan by bergumpal serentak kat sekor tebuan tu. Tapi si lebah tak sengat tebuan. Lebah yg dah melekap kat tebuan tu bergesel each other sampai they create heat yg bunuh tebuan tu. So si tebuan mati dan membawa lokasi sarang lebah bersama-sama ajalnya(chewah, dramatik seyyy...) Uih menarik kan?

Huh tertarik tul aku tengok, camner binatang sekecil tuh pun Allah bg kekuatan nak berfikir strategi. Okay cube tengok balik:
1. Even madu lebah Jepun pun creative as org Jepun. Ayoooo....
2. Aku tengok madu lebah Jepun tu serang serentak, bukan mcm madu lebah eropah, serang sekor-sekor, tu yg tebuan senang nak bunuh lebah eropah. Betapa pentingnye jemaah.
3. Madu lebah lak tuh communicate sblum nak serang tebuan, yg lebah eropah mcm dah panik jer. Penting to calm down even bala jd depan mata.
4. Madu lebah Jepun solve problem from the mukadimah problem tu, means that dorg bunuh the first tebuan yg jd "marker" tu supaya lokasi sarang lebah tak diketahui. Prevention is better than cure!
5. Yg paling menarik dorg dpt tahu yg tebuan punye highest withstand suhu is 115 degree fahrenheit but lebah punye 118 dgree. Tu yg jd weapon ntuk bunuh tebuan tu by heat yg dorg buat mase bergumpal each other.. Ilmu tuh penting kan...

Hmm, tak ker semua tuh boleh apply kat kehidupan kita melawan zionis? Fikir la sendiri sbb haiwan pun terer. :)

mrFarhy: Ya Allah selamatkanlah org Islam yg teraniaya di seluruh Dunia. Kau Maha Mengetahui yg terbaik ya Allah....

Wednesday, August 16, 2006

L O, L O, L O V E, whut love is.....

Apa maksud LOVE pada pandangan mata bebudak kecik:

"When my grandmother got arthritis, she couldn't bend over and paint her toenails anymore. So my grandfather does it for her all the time, even when his hands got arthritis too. That's love."
Rebecca- age 8


"When someone loves you, the way they say your name is different. You just know that your name is safe in their mouth."
Billy - age 4


"Love is when a girl puts on perfume and a boy puts on shaving cologne and they go out and smell each other."
Karl - age 5


"Love is when you go out to eat and give somebody most of your French fries without making them give you any of theirs."
Chrissy - age 6


"Love is what makes you smile when you're tired."
Terri - age 4


"Love is when my mommy makes coffee for my daddy and she takes a sip Before giving it to him, to make sure the taste is OK."
Danny - age 7


"Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk more. My Mommy and Daddy are like that. They look gross when they kiss"
Emily - age 8


"Love is what's in the room with you at Christmas if you stop opening presents and listen."
Bobby - age 7


"If you want to learn to love better, you should start with a friend who you hate."
Nikka - age 6


"Love is when you tell a guy you like his shirt, then he wears it everyday."
Noelle - age 7


"Love is like a little old woman and a little old man who are still friends even after they know each other so well."
Tommy - age 6


"During my piano recital, I was on a stage and I was scared. I looked at all the people watching me and saw my daddy waving and smiling. He was the only one doing that. I wasn't scared anymore."
Cindy - age 8


"My mommy loves me more than anybody. You don't see anyone else kissing me to sleep at night."
Clare - age 6


"Love is when Mommy gives Daddy the best piece of chicken."
Elaine-age 5


"Love is when Mommy sees Daddy smelly and sweaty and still says he is handsomer than Robert Redford."
Chris - age 7


"Love is when your puppy licks your face even after you left him alone all day."
Mary Ann - age 4


"I know my older sister loves me because she gives me all her old clothes and has to go out and buy new ones."
Lauren - age 4


"Love is when Mommy sees Daddy on the toilet and she doesn't think it's gross."
Mark - age 6


"You really shouldn't say 'I love you' unless you mean it. But if you mean it, you should say it a lot. People forget."
Jessica - age 8

Sunday, August 06, 2006

Bermaen dgn picasa...


First timer nehh... chantek ahhh.. Ni gamba kat offshore.
 Posted by Picasa