NEWPORT, Ore. - Agate Beach. A 149.6 tons fishing dock of concrete and steel measuring 66 feet long, 19 feet wide and 7 feet high made an incredible journey from Japan tsunami across 5,000 miles (8,050 km) of ocean that ended on a popular Oregon beach.
Just imagine, dengan izin Allah jasad seberat 150 tan tuh boleh travel sejauh 8,050 km tanpa halangan, inikan pula aku yang berat 70 plus minus 2 kg ni kan, lagi senang dibawa arus. gitewwww. Hellow, ai berat tulang hokkay. :P Kalau dock tuh ader blog mesti dia dah tulih "Memoirs of a drifted dock", ala2 pakai cat putih, pelampung merah, algae kembang gituu. gegege. Maka, aku pun rasa tercabar dengan sebuah dock yang mungkin berupaya menulis cerita dan pengalaman yang hebat selama 15 bulan dia belayar. gegege.
Aku sebenarnya agak malas nak bercerita dalam blog dah sebab aku sedar orang lain mungkin ada cerita yang lebih sensasi, pengalaman yang lebih berisi, pengisian yang lebih terperinci dari aku. Tapi pikir balik, lebih baek aku tulis gak, untuk aku simpan, abadikan pengalaman aku si rookie traveler yang tak seberapa nih, untuk aku ingat kembali, sebab bila dah tua nih kita makin cepat lupa. Ye laaah, aku sedar aku dah tuaaaaaaa. Yey tuaaa! gegege.
Lagipun mana la tau, pengalaman aku nih jadi panduan dan pedoman untuk umat akan datang kan, yang kalau idok asyik2 terjumpe blog deco aku yang lama2 tuh kaaaan, ala2 mcm nak bagi signal lah nih, yang aku dah tak wat deco sgt dah skang, dah berubah arah ke travelogue giteww. kaaaan. tui tui. :P
Since aku nih pun tak lah fasih nak bercerita melalui kata-kata kan, bila org tanya "Trip macam mana? Best?", aku dengan jawapan straight forward ikhlas aku, "Okay" jer. gegege. So lepas ni bila orang tanya, aku boleh lah jawab lebih siket "Sila layari blog nasik-lemak-umi untuk cerita lanjut", dengan tangan hayun2 bak gaya pengacara Nona. gegege.
Entry ni kiranya prologue kepada travelogue Day 0 aku. Bnyk tul logue2 nyer. Korg boleh lah berdialogue di dalam komen yer nanti. :P
Begini kisahnyaaa....... (muka ngadap langit ala terkenangkan kisah2 lalu). gegege.
Journey aku bermula pada detik dan saat aku terserempak dengan satu iklan travel tours yang mempromosikan ship cruise dalam paper pada 2 bulan yang lepas. Pada waktu dan ketika itu, melihatkan harga yang terpampang agak berpatutan, maka tergerak hati aku untuk menghubungi si dia, travel agent tersebut untuk bertanyakan di manakah "port of disembark" cruise ship terbabit. Alangkah terkezutnya aku yang kapal tersebut tidaklah berlabuh di Malaysia tetapi di luar negara. Purak-purak aja terkejut, sbenarnya aku berharap cruise ship tuh termasuk dengan flight skali tapi sayang seribu kali sayang, si travel agent itew idoklah semurah itew. Aku lak yang naive ni plak tanya, "Visa macam mana?", lantas si Ahsoo di hujung talian membalas, Malaysian tak perlu visa untuk travel negara Europe. Ini sudaaa baguuuus!
Tapi bayangkan untuk 8 hari cruise di Mediterranean adalah lebih murah dari 4 hari cruise di Malaysia. Memang tak munasabah betul harga cruise ship kat Malaysia ni, stakat pegi Krabi, Phuket, Penang jer tapi harga macam pergi obersea. Eh, mmg obersea pun. gegege.
Maka aku pun dengan gatal jari pun try lah search for cheap cruises, saje jer lah kan nak selidik cruise apa yang ada di luar sana. Dan tidak semena-mena jumpa lah website Expedia dan aku pun terjumpa lah satu cruise 7-night Eastern Mediterranean Greek Isles from Venice yang melawat beberapa tempat di Greece dan dated from 26 Mei to 2 Jun yang sangat murah berbanding harga pada bulan-bulan yang lain. Terperanjat beruklah aku dengan ketidak adilan harga iteww, maka terasa debar di hati untuk tidak melepaskan peluang keemasan inew. Tapi tup-tup, bila sesajer aku nak try booking kat expedia tuh, dier expect kita nih resident of Canada or US sahajork. Deeemiiit!
Tapi aku taklah cepat berputus asa, aku sedar yg Expedia tuh jadi perantara dengan the real cruise ship, so aku pun bergegaslah meng-google lantas terjebaklah aku ke kancah Norwegian Cruise Line dan harga sama mcm dorg offer kat expedia. Aku mulanya takderlah nak pegi sangat tapi bila tengok harga untuk May 2012 start with $449 (RM 1,400) per person berbanding untuk May 2013 jadi $749, aku jadi tempted gilaaaaaa. Tak leh jadi nih, kang pegi bulan lain dah tak dapat harga tuh. Hellowww, harga tuh untuk bilik dan makan minum percuma untuk 8 hari taw!!!! Jadi aku pun gatal la tangan google la plak flight to venice, nak tengok berapa harga tiket.
Korek punya korek, ticket Luthansa lah yang termurah RM3,393.19. Hmm, pikir punya pikir rasa mahal la gak ticket tuh, aku pun mula merasakan macam tak jadi pegi dah. Pastu aku saje lah godek2 AirAsia, mana lah tau ader ticket murah gi memaner. Aku ternampak Sri Lanka, and saje jer test tengok harga sebab aku rasa tak ramai orang ke Sri Lanka kan. Aku pun terjumpa dengan harga flight Sri Lanka yang agak murah. Then aku saja carik ada tak flight dari Sri Lanka ke Venice, tup2 ada flight Qatar yang transit kat Doha. Tapi harga ticket flight tu dalam Sri Lanka Rupee la pulaaak, sbb flight dari Sri Lanka kaaan. Aku pun gigih la menconvertkan duit LKR ke dalam RM kaan; ele mcm la susah sangat kan, skang google jer dah bole dapat nilai. :P Then guess what! Kalau aku amek flight ke Sri Lanka then ke Venice melalui transit di Doha (saja nak wat korang fikir sket kaan, gegege), harga ticket jadi kurang RM500 dari harga ticket Luthansa tuh! Hellllllooooooowwwww, haruslaaa aku pegi! gegege.
So, first step aku dapatkan ticket termurah untuk AirAsia ke Sri Lanka, so dapatlah pergi pada 20 Mei, dan balik on 5 Jun, lama la gak kaan tapi sbb nak ticket murah punya pasal, return date tuh jer dpt special offer. Asalkan tarikh cruise ship diantara date flight tuh kira okay lah. Actually lagi lama cuti, lagi aku suke kowt. keh keh keeeh. kijaaammm.
2nd step beli ticket Qatar Airways plak. Memula aku ingat, bila dah sampai Sri Lanka (Colombo) nak terus ke Venice on the same day, tapi pikir balik sebab dah alang2 sampai Sri Lanka, better aku singgah beberapa hari kat Sri Lanka. Lagipun aku rasa duduk kat Sri Lanka murah siket berbanding dok lelama kat Italy kan. Bayangkan antara 20 Mei hingga 26 Mei sebelum cruise date, ader 6 hari lagi, kering laar aku dok kat Italy tuh weeih, bilik sehari lebih Euro 50 jer memanjang. huhuhu. So, hati pun berbisik soh beli ticket pada 22 Mei pergi Venice dari Colombo dan balik pada malam 4 Jun, yang ticket balik 4 Jun tuh plak aku amik transit di Doha 20 jam supaya leh la lawat Doha sehari sebelum flight ke Sri Lanka.
3rd step, beli ticket cruise. So basically nanti cruise ship nih akan berlabuh di 4 buah port kat Greece. So, in a way menjelajah la jugak kepulauan Greek tu kan. Aku pun tak tau apa la yang ader kat Greece tuh, aku sbenarnya nak ghase nak kapal cruise jer walaupun dah penah naik oil tanker kaaan. Itu lain hokkay. :P So, bertolak 26 Mei dari Venice akan pulang 2 Jun pun di Venice gak.
Faham ker tak niiiih? Meh aku summarize it in a simpler way. KL - Colombo (2 hari) - Doha - Venice - Greece - Venice - Doha (1 hari) - Colombo - KL.
Jadi, disinilah bermula Pengembaraan Geng (upin ipin kaaah?) aku ke Sri Lanka, Italy, Greece dan Doha. Memang aku tak sangka langsung aku akan pergi tempat-tempat nih sebab semua tak masuk pun dalam wishlist places to visit aku. Pastu normally aku plan for at least a year ahead, tapi yg ni aku start book ticket sume on 29 April and flight ke Sri Lanka on 22 Mei! Maknernyer aku ada kurang dari sebulan untuk plan everything! Panic la gak, sebab aku bukan jenis backpacker yang gi travel gegitu jer kan. Tapi masa tuh aku memang nak sangat kuar office pergi somewhere jauh dari Malaysia, aku tengah dah kurang bertenaga kat office, walaupun tengah bz la gak, tapi aku mcm dah tak bersemangat nak wat kerja-kerja. Mmg passion aku definetely kurus gila, aku tak tau nak perah macam mana lagi dah. Tu yang aku bantai jer pegi, duit ada ker tak pun aku tak sure, nanti korek lah mana2. Giteww, ala2 mcm korek idung leh kuar duet kaaan. gegege.
Waaah, panjang dah nih, nanti korg bosan baca, alasan tak tau nak tulis apa lagi dah kan. gegege. Nanti aku start with Day 0 aku eh. Pastu aku aku citer satu entry untuk satu hari travel yang ader 17 hari maknernyer ader 17 entry aku kene ceritakan. Pengsan lah aku nak menaip weiiih, ader mesin auto type tak? Letak kat kepala terus kuar aper thoughts. gegege.
Ni sajer nak letak gambar preview, lama kan tak guna blog, so nak tengok kesenangan post gambar okay ker tak.
Ehhh, senang jer lah post gambar skang, senang keje aku! Drama sangat gambar kaan, giccewwww. :P
Tunggguuuuuuuuuu.........
Fahy: 3 hari weih nak siapkan satu entry nih jer, memandai jer aku janji 17 entry. huhuhuhuhu. gegege.
Saturday, June 09, 2012
Tuesday, May 01, 2012
2012 first {TEST}run, or [TEST] and run.
OhmaiGee! This new template is soooo COOL! Siap boleh pilih type of VIEW kat belah atas kiri button HOME nun and terus wa jatuh hati kat view "Flipcard". Terus rasa nak blogging lagiiiii wa cakap luuu. Tak rugi wa tinggalkan FB, awwwww. :D
Opsss, ahaks, masuk tak bagi salam, 2 tahun summore. Kejap jer kan masa berlalu. gegegege. Pasni lagi 2 tahun laah korang tunggu. gagagaga.
Arghhhh, tengah xder mood nak wat keje, rasa extremely sluggish. I need new excitement! Sedang merancang seswatu pun, tapi tunggguuuuuuuuu..... gegege..
Eh, how la nak view comment using this template nih weeh? Pening akue.
Fahy: Dulu mrFarhy, skang Fahy jer. gegege. Ader ker org baca lagi neih? gagagaga. Whutever.
Opsss, ahaks, masuk tak bagi salam, 2 tahun summore. Kejap jer kan masa berlalu. gegegege. Pasni lagi 2 tahun laah korang tunggu. gagagaga.
Arghhhh, tengah xder mood nak wat keje, rasa extremely sluggish. I need new excitement! Sedang merancang seswatu pun, tapi tunggguuuuuuuuu..... gegege..
Eh, how la nak view comment using this template nih weeh? Pening akue.
Fahy: Dulu mrFarhy, skang Fahy jer. gegege. Ader ker org baca lagi neih? gagagaga. Whutever.
Subscribe to:
Posts (Atom)