Tuesday, June 26, 2007

.: t w i s t e d [ S P I R I T ] :.

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
Surah Fussilat, Ayat 36


Lately banyak betul citer2 pasal encounter with makhluk halus. Kak Lin anto citer antu kak Zetty via e-mail, then si Aizat plak rumah dier infested with hantu. Then my turn plak kene; facts, fictional, or just mere scientific reason behind it?


------------------------------------------------------



Si Aizat mula bukak citer pasal rumah dier ader makhluk halus lepas aku berceriter pasal Siri Agak Seram yang aku tengok kat youtube neh. Kawan aku kat Jepun, Aieman yang memperkenalkan aku kepada citer yg simple tetapi agak berkesan la jugak keseramannyer kat aku. Make sure bukak speaker ek. gagagaga....




Then si Aizat mula berceriter pasal rumah dier lak. Siaper Aizat? Aku pernah wat bilik dier yg asalnyer store jd bilik bujang tuh. Refer to makeover lepas.

Nak dijadikan citer, family dier langsung tak perasan anything strange kat rumah diaorg tuh, yang perasan only jiran tetangga and kawan ayah dier yg selalu lepak depan tv rumah tuh pukul 2 pagi ke atas. Yup, kwn ayah dier mmg hampir every night tido kat sofa depan tv tuh, don't ask me why. :P

Aper yg kawan ayah dier alami sepanjang tido kat sofa tuh? Dier selalu terdengar ader org guna toilet dapur yg mmg tak jauh dr living room tuh. Dier just ignore the noise thought of si Aizat yang guna toilet tuh since bilik Aizat jer yg paling dekat ngan toilet tuh. Then, kekdg dier nampak mak Aizat buat kerje2 dapur like mengemop and susun2 kerusi kat meja makan dapur and even bunyi org memasak pukul 2-3 pagi! Tapi kwn ayah Aizat tuh tak pernah tegur mak Aizat tuh and mak aizat yg kononnya bekerja tuh pun tak pernah tegur dier, iyerlah since dah selalu sgt jumpe kan.

Tapi yang paling best, both mak Aizat and Aizat sangkal that they have anything to do with that occurance since dorg anak-beranak mmg tido mati kalau dah kul 2-3 pagi tuh. Mak Aizat kata yang dier tak buat kerje2 dapur kul 2-3 pagi and Aizat mmg jarang bgun tido nak kencing, ader pun mmg jarang sekali. jeng jeng jeeengggg...

Then rupernyer jiran Aizat pun alami gangguan tuh and claim that they even heard org memasak dari dapur rumah Aizat. They also claim that dorg nampak lembaga kurus tinggi ngan budak2 around the area. Aper lagi, one of the jiran pun panggil ustaz to tengok2 kan.

So biler ustaz dtg, dier notice that the whole row of neigbourhood kene kacau. Then dier gie umah Aizat, and break the shocking news. They menyorok kat bilik Aizat. Ya Allah, dlm bnyak2 tempat "dorg" pilih bilik Aizat jd tempat hang out. Mesti "dorang" suke aku hias bilik Aizat sampai "dorg" lepak situ gak. gagagaga... Tapi Alhamdulillah lah, Aizat tak kena anything serious or terserempak anything scary sebelum tuh, even family dier. Tapi dier still tak sure yg kekdg dier bgun pepagi nak gie toilet, dier nampak mak dier mkn yogurt kat dapur, sbb dier tak tegur pun maser tuh. jeng jeng jenggggg...

Then aku plak suatu ari neh aku gie Ikea with Aida, client aku yg lepas. Nak memudahkan aku, aku park lah kete aku kat parking komuter kat UKM sebab nak naik keta ngan Aida jer terus from Kepong Sentral.

After shopping and hantar barang2 ke rumah Aida kat Ampang, member aku ajak hangout ngan dier kat Bangi Kopitiam and offer nak jemput aku kat KL Sentral. Aku aper lagi, dah org offer, aku pun sambut lah, rezeki jgn ditolak kan. Murah and cepat sket perjalanan pulang aku tu kan.gegege... Time aku balik tuh dah already 9 lebih and sampai Bangi Kopitiam around 10 la gak. So, lepak punya lepak kat kopitiam tuh, sedar2 dah kul 11 lebih, almost 12. Aku pun mintak kebenaran nak balik, so polite kan. huhuhuhu.

So, pergi lah ke kereta aku kat komuter tuh. Disebabkan takder parking lot, aku pun park kat tempat berpadang betul2 under satu pokok besar kat pintu masuk parking lot tuh yang bersebelahan ngan bus stop. Maser sampai kat situ ader 2 org dok menunggu kat bus stop tuh, sorg makcik and sorg budak cina laki kalau aku tak silap. Aku tengok jam dah kul 12 and aku pun kuar dari kete kwn aku tuh menuju ke kete aku. Maser aku menuju ke kete, member aku bukak tingkap dier and ckp kat aku "Eh, saper ader dlm kete tuh?", ish cabul betul mulut budak nei la kan. Makcik yg menunggu kat bus stop tuh tengok jer aku gie kat kete yg tak jauh dari dier. Naper la makcik nei tengok2 plak, gerun plak aku, dah lah menunggu bas ker hape tngah mlm2 buta tuh.

Biler aku nak masuk keta tuh aku bacer ayat kursi, takut la jugak tebwk "aper2" balik with me since aku parking bwk pokok merimbun tuh. Just precaution la kan. So far takder ape2 yg tak diingini berlaku maser balik.

Then, dah sampai rumah aku mcm rase nak mandi, tengok time dah nak kul 1 pagi sbb sesampai rumah dok melepak dulu, lepas lelah. Lantak ah, mandi jer lah kul 1 pagi tuh, bdn berlengas dok angkat brg2 siang tadi. Almaklumlah, bayaran service ID aku termasuk mengangkat brg2 yg dibeli dr Ikea. gegege...

So, aku pun gie mandi. Tapi satu ke"pelik"an lah tingkap bilik air aku nei. Tingkap toilet aku jenis bukak tolak keluar and kalau nak tutup kene tarik turun ke bawah. Do u get it?

So, ader dua tingkap, yg belah kiri tangkai dah tercabut membuatkan takleh nak tutup tarik dari dalam, so kalau nak tutup kene tolak dari luar from tingkap belah kanan yg masih elok. So, logically la kan, kalau aku dah tolak rapat tingkap kiri dari luar, for sure kalau angin tolak dari luar pun tingkap tuh takleh tebukak and even lagi rapat tertutup kan. Tapi mlm tuh tingkap belah kiri tuh terbukak sedikit. Aku plak uneasy with that and bertindak nak tutup tingkap tuh.

Korg kan pernah tengok citer2 seram yang biler kiter tengok scene tuh, kiter akan ckp "Don't do that! biarkan jer, don't do that. Bodoh tul!", now I know perasaan those actor yg memberanikan diri tuh. gagaga. Aku pun aper lagi, bukak tingkap kanan, tolak tutup tingkap kiri dari luar through tingkap kanan and cepat2 tutup tarik tingkap kanan tuh. uih legaaa aku... then aku mandiii, and solat, then tidooo.... Aku keletihann sgt...

Malam tuh aku dikejutkan ngan bunyi mcm sms masuk tepon aku, aku nei plak sensitip kalau hp berbunyi. Then my tilam like bergetar as if my hp ader bwh my pillow. Aku dah biaser dah kalau hp vibrate mcm tuh. So, aku pun decide nak bukak mata, but ya Allah, mmg heavy giler rase mate aku. Aku mcm raser terpukau, mata aku takleh nak bukak, and even my body mcm tak react, sbb aku nak gerak tgn to tenyeh mata tak berdaya nak gerakkan tgn.

So aku try to lawan, my subconcious try to Adzan but still even my subconcious pun tak dpt mcm nak Adzan, as if mulut aku takleh nak bersuara. Aku paksa jugak myself to get up, and baca ayat Kursi. The vibration tilam still terasa. Aku akhirnya dpt lepaskan tgn and terus dpt lepaskan kepala and body. Again, lega rasa.

Then aku selak under my pillow, hoping that I found my hp, and for my suprise hp ader kat atas lantai and takder incoming calls or msges. Aku terkejut. What the hell just happen just now? Aku mmg first time rase mcm tu. Aku aper lagi, sbb terkejut aku terus gi bilik Umi, sbb tak tau nak wat aper. Aku tengok jam dah kul 3 pagi, ppl said that "they" become active around 12 to 3am.

Ayah bukak pintu then aku ckp yang aku tak le nak tido. Then end up aku tido sebelah Umi mlm tuh. Aku dah tanak pikir dah aper yg jd tadi.

Besoknya aku pie jumpe ustaz kat Darusshifa', sajer nak mintak pandangan. Ustaz kate, "Owh tak kawen lagi ek, tuh yg panik lebih tuh. Ala, dorg kejut supaya awak bagun solat mlm jer tuh" , yup maybe he's right. gegegeg..

Still kekdg aku rase ader sesuatu yg teman aku. But now aku mcm tak kesah. Cume harapnya dier dpt tahan la dengan mood swings aku nei and maybe kene jd chauffer aku skali-skala. gagagaga..

mrFarhy: Then kwn aku bg explaination abt insiden tu scientifically, yg our brain terlambat connect with body maser kiter nak bagun tuh. Well said.. huhuhu...

8 comments:

aiem said...

uish... seram-nyer entry kali nih. moral of the story is time tidor tuh tidor jela...jgn main2 sms ker call ker.. gagagaga.

Ahmad Nurfarhi Rosley said...

And lagi satu bebaik maser balik dr tempat keje, takut ju-on tumpang kat seat blakang mase naik beskal... gagagaga...

Roti Kacang Merah said...

uish mulut capol neiiiii

ahy, 5hb till 10hb nanti abg zul tak de, dia outstation. teman kak lin kat rumah yok??? kak lin takleh lepak bangi sebab Labu&Labi nanti tak de org jaga..... huakkk

Ahmad Nurfarhi Rosley said...

Oh yeker. will see abt that. tahu2 lah hidung fahy nei sensitip kat bulu. gegege..

Anonymous said...

pokcik ni sceptic sikit dalam hal2 pelik tapi benar ni. i am a big time doubter with capital D. sebab bagi pokcik, everything happens for a reason, solid reason that is.

so pahy... moral of the story is, sebelum tido tu cuci kaki, baca surah 3-kul (the 3 kuls) dan... terus tido. jangan nak fikir2 lagi dah cerita baru apa nak letak dalam blog ko ni. hehehe perlukah?


pokcik hidney

Ahmad Nurfarhi Rosley said...

Ala, sebnarnyer takder pape la kot that night. Me just so darn tired jer. Saje nak try tulis something horror and mendebarkan. Menjadi tak?

kak_ungku said...

errrmmm.. asal dua tiga menjak nih banyak sgat citer-citer hantu...
opis aku pun baru nih ada hantu jugek... seram

Ahmad Nurfarhi Rosley said...

Hah, aper lg kak ungku, story2 ah citer antu tuh. dah kene ker? gegegege...