Monday, July 02, 2007

[ U T M ] Universiti Twisted Malaysia.

Lama tul aku berpikir nak citer aper ah kat UTM Skudai maser aku study degree dulu. Hmm, aku nei tak bnyak citer best kat sana sebab aku nyer social life tak berapa best, infact aku rase aku tak berapa social sgt sampai ader this one statenmet dari senior aku yg aku takleh lupakan, "Ko hidup dalam dunia kau sendiri....". Huhuhu, sentap aku, dah la senior aku nei selalu lepak bilik aku untuk spot soklan yg bakal kuar untuk exam, bleh dier ckp gitu kat aku, sabo jer lah. Takper lah at least dier terus-terang kan.. huhuhu... Anyway, aku ader reason for that "behaviour", tapi malas nak citer about that, nanti org ckp, "Arrr, so pity la you", huhuhu. So aku nak citer 1 story yg aku raser agak interesting maser study dulu yang boleh dijadikan pedoman mahupun dijadikan bedtime story anak2 kecil. gagagaga...

Biler aku pikir balik, aku lebih penyabar mase2 time aku study dulu berbanding time2 skang nei. Tahap adat ketimuran aku yg sopan pada suatu masa dulu, kini aku rase mcm tercalit sket oleh "kekotoran" masa yg membuatkan aku bitter. Hmm, kekdg bagus betul jd budak2 naive kan. :)

===============================

Memula aku study kat UTM dulu, umi ayah belikan aku beskal mountain bike untuk "menjelajah" dunia universiti tuh. Maybe terlalu awal nak bg kete, since aku baru sgt menapak kat UTM tuh. Even though baru masuk UTM and umur sebaya aku sepatutnya masuk 1st year pada tahun tuh, aku dah pun melangkah ke alam 2nd year, awal setahun dr bebudak baya aku atas kelebihan yg diberikan oleh MARA untuk bebudak ex-MRSM untuk mempercepatkan proses mendapatkan sekeping ijazah mereka. Pendek citer lepas SPM aku dah masuk 2nd year(of course rezeki yg diberikan Allah). Ala, aku pown mmg tak suke drive and sbb tuh lah aku ok jer dpt beskal tuh. Untuk waktu itu lak, memiliki sebuah basikal di universiti adalah kebanggaan malah sering didambakan oleh org student 1st year lain sbb time tuh bebudak 1st year takleh bwk motor lagi.. gagagaga...

So, suatu hari di kala hujan yang renyai neh, aku pun bwk lah basikal meredah hujan yg rintik2 bak lagu hujan rintik2 itu. Kenapa aku redah hujan tuh? Sbb setelah sekian lama aku menunggu hujan lebat ntuk berenti hari tu, lantas biler tengok hujan boleh diabaikan, waktu tuh jua aku terjah jer ujan. Ehh, tuh kira sabar la tuhh, kalau tak sabar, aku dah redah hujan2 lebat tuh. gagaga... baju hujan? Itu belakang kira. :P

Kawan baek aku, Sim pun miliki kelebihan mcm aku, yaktu membawa beskal di dalam universiti. huhuhu... Nama sbenarnya, Mohd Hafiz bin Puteh langsung tak diguna-pakai oleh aku sejak diberikan gelaran Sim semasa di MRSM Jasin, abbreviation "Simbol" dari Simbol Seks maktab kerna menjadi seseorg pelajar diam-diam ubi berisi yg berkening lebat. gagaga. :) So, aku ngan Sim pun balik lah ke kolej dari fakulti seperti biaser, bersama-sama. Yep, hujan masih renyai, tapi taklah basah bile diredah, cuma suam2 lembap sahaja.

Then aku and Sim sampai di satu simpang-T yg kami perlu ke simpang kiri untuk pergi ke kolej kami, Kolej Rahman Putra. Kolej tercinta? I don't thinks so, I care less about that kolej taklah seperti sesetengah students yg terlalu fanatik untuk "menaikkan" nama kolej mereka yang kekdg aku terfikir kenapa diorang ader such drive untuk menaikkan bender materialistik. Bukanlah ia suatu yang tidak sehat, cumanya aku tertanya aku takder kesungguhan begitu.

Owh sambung citer, disebabkan berat bdn aku lebih tinggi berbanding Sim yg kurus tuh, maka daya tujahan kehadapan bersama momentum aku lebih tinggi membuatkan aku berada agak jauh di depan mendahului Sim. Jadi aku dah pun masuk ke simpang kiri yg pada masa waktu itu Sim masih agak jauh dibelakang.

Semasa aku sudah pun membawa basikal di bahu jalan sebelah kiri, melepasi simpang tadi, aku pun membawa basikal penuh slow and steady, gaya seorg penunggang basikal yang sopan dan tidak gelojoh. Tapi sedang aku mengelamun sambil menunggang basikal, berfikir pasal pelajaran hari itu dan apa yang aku nak buat biler dah sampai kolej nanti, aku telah dikejutkan oleh sesuatu yang tak terduga akal aku yang akan ku laluinya secara tiba-tiba hari tu.

Drooommmm, vsrreeeeeeeettttttttttttttttt. Bunyi seretan yang memautkan aku kembali pada realiti bile aku tersedar yang aku diseret oleh sebuah kereta dari tepi kanan basikal aku.

Bayangkan waktu aku menunggang tuh, sebuah kereta lain bergerak terlalu rapat dengan aku sampai sisi basikal aku berlaga seiring dengan kereta yg pastinya bergerak lg pantas dari aku. Tapi yg peliknya aku langsung tak terjatuh dari basikal malah basikal aku langsung tak terhenti dgn seretan tu menyebabkan cermin sisi kereta tuh tercabut dari kedudukannya akibat daya sentakan dari handle basikal aku. Terjatuh cermin sisi tuh atas jalan melepasi basikal aku dan kereta tu.

Aku tergamam, tapi aku seperti tak tahu menahu ape yg terjadi. Aku pun berhentikan basikal, kereta yang aku tak tahu jenama apa sbb aku tengok mcm kereta sporty second hand pun terberhenti setelah beberapa kaki berada di depan aku. Melihatkan side mirror dier dah berada atas jalan dibelakangku, aku pun berpatah balik dengan basikal aku untuk mengutip cermin sisi untuk dikembalikan kepada tuannya.

Pada waktu aku mencapai head mirror tu, kereta yang melanggarku td pun mengundurkan keretanya, dan yg paling penting maser dier reverse kereta, tayar belah kirinya pula melanggar divider batu yg paras buku lali tuh sampai tercalar teruk rim tayar kereta yg taklah cantik sgt tu. Aku pelik dengan keletah driver tuh, tapi aku takder terfikir banyak mase tu, aku nak pulangkan side mirror tu jer.

Aku terus ke tingkap pemandu dengan basikal kebangganku sambil membawa dahulunya sebahagian dari kereta itu. Tingkap terbuka lantas aku menghulurkan side mirror yg ranap itu sambil berkata "Maaf ye bang", sambil memandang muka abg itu dgn penuh sayu. Aku tahu driver muda itu agak marah kerana tertunjuk pada riak wajahnya tetapi melihatkan muka aku yg agak baik dan ayat maaf dari aku tu, si abg driver bersuara "Next time bawak basikal tuh elok2 sikit, jgn bwk tengah2 jalan!", agak tegas tapi masih menutup kemarahan. Aku terpandang kawan2nya disebelah dan dibelakang kereta lantas aku pendekkan ucapan aku, "Salah saya ker bang?" lantas terus aku berlalu begitu setelah melihat satu soalan tak terjawab dr abg driver td yg sememangnya muka2 student.

Biler aku blah dr tempat tu, Sim kebetulan menjadi saksi dari jauh dan tau yg aku membawa basikal betul2 dibahu jalan, bukan ditengah2 jalan. Malah jalan tu pulak bukanlah sebesar jalan sehala lebarnya, padahal boleh dimuati 2 buah bas bertembung hendaknya. Seingat aku, cukup untuk dier melepasi jalan walaupun aku berada di tengah2 jalan. Tapi melihatkan cara membawa kenderaan si abg driver semasa mengundurkan kenderaan tuh, sudah tertampak mutu yang sungguh amatur.

Tapi yang terlalu pelik bagi aku, adalah tahap kesabaran dan ketenangan aku sampaikan aku boleh menahan marah dgn kejadian tu. Maybe aku tak marah sebab aku tahu yang aku dah mintak maaf atas sesuatu yang bukan salah aku. Aku pikir balik, kalaulah aku kene sekarang, mau aku lawan balik ckp driver tuh. Tapi aper yg aku buat mase kejadian tu, aku just walk away dari kecetekan manusia yang langsung tak mahu meminta maaf kat aku. Terlalu hina ker nak mintak maaf atas kesalahan sendiri? Pelik betul.... Tapi aper2 hal pun, aku masih tak dapat nak kalahkan ke"cool"lan si Sim. gagagaga....

Aku rindukan kesabaran aku tu. Am I bitter now? :P Takperlah, let me share those bitterness to org yg tak sedar diri. gagagaga....

mrFarhy: Ader lagi satu cerite pendek yg aku tetiber teringat. Nanti aku citer. SABAR ekkk... gegege...

4 comments:

aiem said...

sabar itu separuh dr iman.. sim aper kaba? semoga daya tujahan dier meningkat sket.. teringat time first time blaja bawak beskal

Anonymous said...

this story relates to this theory of mine, the relations between EQ, IQ and utopianism.

EQ = Emotional quotient
IQ = Intelectual quotient
utopianism = philosophy on perfect living

untuk mencapai utopianism, EQ dan IQ kita perlu seimbang. tak boleh lebih dan tak boleh kurang. katakan kalau terlebih salah satu darinya, akan terjadilah bapak yang ada title penting bunuh anak orang pakai bom, mak yang ada bisnis juta2 yang tibai suami pakai pasu so on and so forth. in your case, abang yang ada rupa pelajar tu gagal menggunakan EQnya untuk bertindak waras walaupun tau saiz jalan tu cukup besar untuk pahy dan kereta sportnya yang kurang cantik tu. ekekeke. but then pahy menten cool jer. so pahy, i am so proud of you. you can do it once, i believe you can do it now too :)

pokcik hidney

She said...

salamz..dah selalu lalu lalang kat sini..hari ni tergerak nak tinggalkan tapak kasut, sbb..aku tersgt setuju part yg ko cakap masa dulu2 sgt naive..biler dah besar sikit nih dah mcm dah jadik bitter..

aku pun selalu raser bende yg same. at some point aku terpikir mane la pegi diri aku yg dulu yg jauh lebih sopan, yg selalu positive minded, yg selalu ader pandangan baik2 je kat org, yg tak cepat naik marah, etc..etc..

kengkadang aku raser tu maybe adalah sbgn drp parcel of growing up, tp kan camane lak kat luar tu ade je org yg maintain berhati bersih sampai dah tue2.. =)
macamane la diorg nih terselamat?

anyway..igtkan nak tulis sikit je, tetibe jadik panjang laks. =P

keep writing.

ANF said...

Aiem, tu lah terasa aku, Iman makin menipis kot. gagagaga.. By the way, Sim sehat jer. Dier wat master kat UTM tuh.

Pokcik, pokcik, ader sajer idea bernas kamu nei. Pasnei buat buku psikologi lak ek. gegegge... InsyaAllah, cube sedaya jd cool mcm dulu. Aminnn...

Dear Isleasy, tu lah, ader gak org rase aper yg aku rase. At least dpt share aper yg dirasai. kan kan kannn... Thanks for the moral support!