Sunday, November 11, 2007

[ 3 ]rd time R E J E C T I O N

Hmmm, mesti ader yg dok pikir, "Frust menonggeng lah mamat nei, 3 kali kene reject cinta".. huhuhu...

Hmm.... kekdg aku terpikir, am I tooooo bad at expressing myself?... cara aku bercakap nampak mcm aku x confident ke? teruk sgt ker being soft-spoken person? kenapa org leh judge kita dari cara seseorg bercakap?

Hmm, I'm feeling down and frustrated with myself bile dah kene reject kali ke-3 nih. Aku sendiri tak tau apa nak jadi dengan aku nih. Kadang2 aku jd hilang confident dgn future aku sendiri. Aku memang akui, aku sendiri tak pasti apa yang terhidang untuk masa depan aku. Kekdg aku rasa semua apa yang aku buat mcm x betul, x pasti, x kena pada tempat.

Hmm, tapi aku tahu aku tak leh mengalah. Alhamdulillah, aku tak rasa depress sgt sejak-menjak ambek ubat doc. Doc prescribe aku ambek Luvox, and aku baca lah sikit2 pasal Luvox nih kat wikipedia. Kat wikipedia (check this link out: Luvox), Luvox nei just inhibit serotonin level dlm brain. Serotonin neh neurotransmitter dlm otak and if serotonin level jd low, seseorg leh jd aggresive or depressive. Yg bgusnya Luvox nih takder side effect yg kuat spt drugs anti-depressant lain mcm kebergantungan kat ubat and ketagihan. Maknanya nanti aku leh berenti mkn ubat biler dah ok.

By the way, I'm not talking about losing love keyh :P, sebenarnya aku dah kali ke-3 gi interview MARDI and kene reject. Aku frust la gak mase dpt surat "dukacita dimaklumkan" tuh, tapi bile mase aku pandang pokok2 kat tingkap bilik aku, aku ternampak satu bunga dari pokok kaktus aku, yg aku rasa selama aku bela kaktus tuh dari umur aku 15 tahun sampai sekarang dah besar giler, tak pernah pun aku nampak kaktus nih berbunga (maybe sebab aku pun takder kat umah maser study UTM dulu kan :P). Aku pun teringat peristiwa aku kat Pusat Kesihatan Bangi dengan doctor pakar kat situ............
__________________________________

Aku maser tuh kali-2 dah wat appointment dengan doctor pakar kat Pusat Kesihatan tuh, Dr. Izzati namanya, rasenyer in early 40's lah, wanita kelantanese yg ader sifat keibuan la gak. Maser jumpe dier tuh aku rase aku still sugul and depress with mcm2 kejadian lately. Then Dr. Izzati tanya aku perlahan-lahan, "Awak tak nak ceritakan sikit ker sebab2 awak depress?..... Sebab kerja ker?". Aku terdiam dulu, then aku ckp yg aku x dpt keje MARDI lepas interview kali-2 baru je beberapa hari lepas aku dpt surat "dukacita" tuh, yup maser tuh aku dah gi interview kali ke-2.

"Laa, ye ker?.... Awak pernah dengar cerita tak pasal sorg lelaki dan pokok kaktus?", tanya Dr. Izzati tuh lemah-lembut mmg mcm psychiatrist. Aku masih tunduk duduk kat depan kanan dia, pandang ke lantai sambil menggeleng kepala dan bersuara kecil, "Tak....".

"Oh, ye ker", Dr. Izzati pun mula bercerita pendek. "Dulu ader seorang lelaki ni, berdoa kat Allah. Dia nakkan sekuntum bunga yang paling cantik kat dunia. Dia pun tekun berdoa kat Allah, sampai satu hari Allah makbulkan doa dier. Tapi dier terkejut dengan apa yg dier dpt tak seperti yg dia doakan. Dier dapat satu pokok kaktus yg biasa jer. Dier pun jadi sedih sbb kenapa Allah tak makbulkan doa dier, dier hanya nakkan sekuntum bunga cantik jer, tapi kenapa Allah bg kaktus yg tak cantik dan berlambak kat padang pasir tuh. Dalam masa dier bersedih tuh, tetiba kaktus tuh berbunga, dan bunganya mmg paling cantik yg pernah dilihat lelaki tuh. So, awak nampak tak, Allah akan bg sesuatu kat hamba dier, dlm bentuk yg tak terduga oleh kita", Dr. Izzati berhenti biler nampak keadaan aku.....

Aku sebak biler dengar cerita tuh, aku sedar air mata aku mengalir perlahan kat pipi. Aku cuba nak sembunyikan air mata aku dr pandangan Dr Izzati sbb aku malu. Tapi aku tak terbendung dah, air hidung aku pun start nak meleleh, so aku kesat muka aku kat lengan baju kiri aku. Aku sebak sbb dah lama org tak ingatkan aku mcm tuh, ingatkan aku yg Allah ader sahaja rancangan untuk hamba-Nya. Aku tertunggu2 mana rancangan untuk aku tuh, tapi aku tahu aku takleh putus harapan.

Dr. Izzati carik tissue roll kat meja belakang dier and hulur kat aku. Dr Izzati tanya kenapa aku bersedih and aku jawab tak tahu jer. Biler dier tengok aku mcm tuh, dier pun start bg aku Luvox nei, and Alhamdulillah, setelah kali ke-4 jumpa dier, dier nampak aku happy and dier prescribe ubat tuh berterusan dulu. Aku pun dah lama tak kene depression yg teruk sgt.
__________________________________

Then, maser hari aku kene reject MARDI kali-3 tuh, aku dpt satu gambar yg tak disangka-sangka dr seorang blog reader yg bere-mailkan "prophet five". Katanya dier dpt gamba aku dr link friendster aku. Aku tak sangka ader gak blog reader yg buatkan grafic nei untuk aku, yang wat aku teharu and happy setelah dpt surat rejection tuh. Thanks prophet five!


Ala, eventhough takder lah betul sgt characteristic belah kiri gambar tuh dengan aku, tapi whut the heck, it makes me feel guuuud. gegege. :)

mrFarhy: Umi cerita kat Fahy yg one of the interviewer yg Umi kenal, bgtau Umi, yg interviewer tuh agak frust ngan guys this year yg kurang lantang bersuara. Then fahy ckp kat Umi, eleh, org yang banyak dan pandai bercakap tak semestinya pandai dan rajin bekerja kan Umi. Umi ckp the samething to that interviewer. you go UMIII!!! gegege...

16 comments:

Roti Kacang Merah said...

u know, for some reason, although i felt sad when u told me that it was the third time rejection(i thot it was the second), kak lin tak tahu naper kak lin tak rasa risau pun ke ahy.

i been observing you since you were a baby, and alhamdulillah, sejak ahy's 1st umrah when u were 15, Allah selaaaaaaalu lindung ahy and beri rezki ke ahy dalam rupa bentuk yang kadang-kadang suma orang tak sangka.

sabar, k? ada waktu kita di atas, ada waktu kita di bawah.

sifu kak lin Mr.Voon kata, it's good to be at the bottom sometimes, so that you'll remember that moment once you get on top.

i believe in you... we all do. and you should believe in yourself, too!!!

hugs.

Roti Kacang Merah said...

oh by the way,

COOL GRAPHIC by "prophet five"!!!!

bestnya ada peminats watkan!!!

ANF said...

Thanks Al Linnn, terharu jap bacer komen ak Lin. Maybe sebak biler ak Lin percaya kat Fahy n Allah ader perancgn ntuk Fahy. Thanks... muahs.. :)
Ala, jgn la panggil peminat. uhukss...

.::c!kzUrA::. said...

ait...u must be strong...sume org akan hadapi ujian...tak sume yg kite nk, kite akn dpt, rite?lg 1, msti ader something yg special 4 u yg Allah da sediakn..myb blum masanye lagik...juz PRAY n WORK HARD 2 get wat u want...

gd luck abg ahy... =)

Anonymous said...

Alahai..abang budak2 ni. Jomlah datang rumah jumpa adik2. Hilang depress sikit kut. Bawak diaorang terjun pool tu. Adik sorang tu dah banyak tahi lalat kat muka dia dan dah mula menyakat orang. Bolelah main nyorok2 ngan fahy.

Nak apa pulak? Domino's? Bisa di atur.

Anonymous said...

Hidup mati rezeki jodoh pertemuan semuanya diatur oleh Allah....only Allah knows the best utk hamba2nya...Be strong...Fahy kena selalu ingat, jika fahy rasa fahy depressed, sebenarnya di luar sana lebih ramai org yg lebih depress dan hadapi masalah lebih besar dari fahy...(sekali sekala farhy berdamping dgn org yg ada masalah lebih besar dlm hidup, it might help u feel better about yourself)...tapi mereka ttp kuat, hidup ini tetap perlu diteruskan...

Allah tu maha pengasih dan maha penyayang...kasih sayang Allah pada hambaNya melebihi kasih syg sesama manusia...Mungkin hari ini Allah tak beri farhy rezeki ini, tidak bermakna Allah tak syg Farhy, tp sebab Allah ada perancangan yg lain utk Farhy...disamping tu, kita sebagai hamba yg tak sempurna ini kena tgk juga sikap kita pada Allah...maybe sebelum ini kita tidak jaga Allah, lupa Allah bila diulit keenakan dunia, dan buat perkara2 yg dibenci Allah....semua manusia tak terlepas dari dosa...Jika kita jaga Allah, Allah akan sentiasa sayang dan jaga kita...

Bykkan berdoa, cos doa is the best tool...Kalau diikutkan, kita ini hanya taraf hamba je tak berhak nak minta lebih2 dari Pencipta kita, mungkin itu boleh ajar kita utk bersyukur dgn kurniaan Allah dan tidak upset bila apa yg dihajati tidak dimakbulkan...Kita boleh berusaha, tp jika Allah tak kurniakan, kita jgn putus asa dgn hidup...sebab saya yakin , Allah itu maha Adil dan ada hikmah disebalik apa yg berlaku....

Its not about kenapa Allah jadikan kita mcm ni atau mcm tu, tp life is about how we handle this life dan menjadi yg terbaik di mata Allah...dont u believe, Allah tu maha adil...Ada sebab dan tujuannya kenapa diri farhy yg farhy kenal ini wujud di muka bumi ini...
Wallahualam...

-hamba Allah yg penah dtg umah fahy-

Anonymous said...

Dominos!!!!!!!!!!!!ummi, nana pun nakkkkk...dun worrylah fahy, kalau kena reject dengan mardi maksudnya that is not a suitable place for you....nana pun dulu pernah apply bermacam2 kerja gomen...pernah apply income tax 3 kali lagi, sekali pun income tax tak panggil nana for interview....sabarlah ye...continuelah antar resume tu.

Anonymous said...

Kurusnye Abg aku??!! Ape sudah jadik?? X cukop makan apa?? hehe...btw, found this..might be useful to reduce your stress if suddenly u out of lubox..The cartoon can be quite funny...can try google in BBC website too if u like: hehe..

1. http://www.phdcomics.com/ (free cartoon)
2. http://www.lol.com/

Tcare bro!!Luv u n the rest loads!!

Anonymous said...

farhi, i agree with kak lin. semua tu dugaan. ade hikmah di sebalik setiap kejadian. Allah mungkin nak menduga kesabaran hambanya. be patient k..one day mungkin rezeki farhi lagi lebih kan?? hanya Allah yang tahu...

ANF said...

Thanks you guys for the support, terharu rase. Fahy ok jer skang, takder ah depress sgt mcm dulu2.

Lagi tak depress biler ader org nak banjer Dominos. gegegege...

.::c!kzUrA::. said...

erm...okla kalu da tak depress agie... :P

njoy ur life....

Encik Ayie Yang Garang said...

fahy, jgn putus asa okeh. kalau kali ketiga kena reject, maka jgn putus asa, walaupun kena rejek tiga puluh kali tetap mesti cuba. atau kali yang ke tiga puluh tiga. berapa banyak tiga la nih....

ekceli kan, rejeki mmg allah yang tentukan. tapi kita kena usaha dan cari.. kan kan kan.

kita mmg hamba, sebab tuh kita kena meminta tanda kita membesarkan kekuasan Dia. kalau kita tahu kita hamba pas tuh feeling2 pulak tak mo meminta, isk isk isk tuh dah salah tuh... huHuHuhu.. so fahy kena doa, mintak sungguh2, pas tuh usaha pun sungguh2.

kita boleh rasa sedih, sebab rasa sedih itu anugerah. kalau tak, takkan la Allah jadikan rasa itu. tapi yang lebih penting, macam mana nak tukar rasa sedih tuh menjadi sesuatu yang positif. bangkit berlari berenang berusaha kehadapan.. kan kan kan...

jgn depress lagek okeh...

Anonymous said...

Alah, lama tak baca blog Fahy.. tup2 banyak dah update. Hmm camner kak Amy nak cakap ek? Semua apa yg diaorg dah cakap kat atas semua benar belaka. And yes, the story about cactus tu buat kak amy sebak gak. The only depression I had now is not being able to be pregnant yet..been waiting for 4 years Fahy. Tuhan je tahu apa kak amy rasa, the dissappointment every month, month after month. Hati kena kuat ingat yg Tuhan ada aturkan sesuatu yg lebih baik untuk kita, insyallah.
*nak hugs Fahy tak bleh, kak amy hugs kak lin je la bleh dak?* :D

Anonymous said...

sabar le pahy. mcm cerita kaktus doktor tu la. kadang2 kita berdoa dan meminta. tapi lain plak yang kita dapat. sebenarnya tuhan ada aturcara utk kita.

i believe pahy akan dapat apa yang pahy nak dalam hidup ni. cumanya sekarang, pahy kena perlu banyak bersabar. pahy ada famili yang superb dan kengkawan yang menyayangi. you'll make it through... be strong k :)

Anonymous said...

hello.. im yasmin , ur silent reader.. dont be sad.. cheer up! u sangat talented! seriously. i like your style.

Anonymous said...

"Bila Allah makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.. Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.. Bila dia tidak makbulkan doamu, maka dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik buatmu..oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada takdirmu, kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanya..." -quoted-

kadang2 saya juga terfikir mengapa sangat berat untuk kita mendapat apa yang kita hajati sedangkan jika kita lihat orang di sekeliling kita sentiasa mendapat sesuatu, dan kita sangka itu lebih baik daripada kita hingga menyebabkan kita berasa berlaku ketidakadilan Allah terhadap kita. saya pernah cerikan cerita yang sama tentang kaktus tu pada seseorang yg saya sayang, tapi bila hati dah tak sayang cerita yang sebenarnya penuh dgn maksud tersirat pun tak dapat dihayati. dijawabnya "saya bukannya kaktus dan bunga seperti yang tersebut dalam cerita tu,jangan samakan saya dengan lelaki tu.." macam tu labunyinya, saya x ingat apa ayat yg sebenarnya, tapi cubalah bayangkan betapa hancurnya hati saya pada waktu tu, tp setelah beberapa lama saya cuba berserah dan bertawakal supaya yang terbaik akan Allah rancangkan untuk masa depan saya.... insyaallah... tapi saya lihat fahy ada inner strenght dan family serta kenalan yg byk menyokong fahy dari belakang samada secara fahy sedari atau tidak.. syukur kepadaNYA... semoga sekarang hidup fahy akan lebih bermakna dengan kehidupan baru dan mungkin kekosongan ruang dihati fahy telah dapat dapat diisi selayaknya, hati kita walaupun hanya satu tetapi terdapat beberapa ruang kasih sayang yang terbahagi untuk diisi dengan pelbagai bentuk kasih dan sayang. mungkin sebahagian dari ruang tersebut telah fahy isikan dan simpan dengan kasih yang family curahkan especially umi... mungkin juga sebahagian lagi telah terisi dengan rasa sayang dari kenalan dan juga klien fahy yang sgt supportive.. dan sebahagian lagi telah fahy khaskan istimewa kepada puteri yang bakal mencuri hati fahy yang juga bakal menjadi ibu kepada zuriat fahy nanti... insyaallah... dan pastinya sebahagian besarnya telah fahy serahkan kepadaNYA.. tawakallah..



“ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS”


I've learned that sometimes in life
What's not said is loudly heard

And the bottom line you will find
Is that actions speak louder than words

The "I love you" that people say
Or I'll be there for you
Are merely words that your ears have heard
But sometimes far from true

So always remember in troubling times
When your heart feels so disturbed
It's not what people say to you
It's the action that speaks louder than words.......

-knowing u are one of the precious things i ever had... Hazif M.Y-