Crowd kecil atas pantai masih riuh walaupun taklah ramai mana yang sedar budak tuh hilang dari pandangan. Bile aku signal kat kak Lin yg aku pun tak nampak budak tuh dlm air, kak Lin mula bertindak......
Kak Lin mengecilkan kelopak mata dier, aku tahu dier tngah scan laut. Kak Lin mengerdipkan kelopak mata each time dier save view laut dlm otak dia mcm digital camera. Tujuannya, dier boleh nampak each small detail dlm otak dier since dier boleh zoom in at each view in just seconds.
Tetibe kak Lin nampak bubble timbul, lain dari yang lain. Kak Lin syak bubble tuh datang dari budak tu. Kak Lin melambai tgn ke arah aku, sambil tunjuk ke arah kiri aku. Aku terus masuk dalam air laut yang tingginya dah lebih dari ketinggian aku. Pagi tadinya laut jernih, sekarang berkelodak dengan pasir disebabkan ombak kuat, tu yang membuatkan pandangan aku terbatas. Aku pejamkan mata aku dalam air dan mula menumpukan perhatian, buih-buih dari dalam air tertarik ke arah kepala aku. Dari titisan-titisan buih kecil berkumpul hingga membentuk satu belon udara besar yang cukup untuk membaluti kepala aku. Aku mcm pakai space goggle plak untuk membolehkan aku bernafas dan melihat dgn lebih jelas dalam air.
Then, aku depa kan tangan aku plak untuk membentuk belon yg besar dari buih-buih kecil lain. Buih-buih dtg dengan lajunya dari semua arah, menyelinap melalui celah-celah jasad aku, berkumpul di depan aku mcm puting beliung yg berpusar lalu terbentuk satu belon udara besar yg terkawal membuatkan belon tuh tak naik ke permukaan air. Tanpa membuang masa, aku hayunkan tangan aku ke depan lantas belon udara tuh mara dgn lajunya di dalam air laut tuh. Aku tujahkan belon udara tuh dengan harapan melepasi jasad budak tuh.
Tapi usaha aku mcm sia2. Aku still tak nampak kelibat budak tuh. "Kak lin, takder pun??!!!". Kak lin cepat-cepat tarik tgn Huda ke arah pantai. Huda lak mcm dah tahu apa nak dibuatnyer.
Huda masukkan tgn dier yg kecik di dalam air laut sambil bercangkung di atas pantai. Terus dari tgn Huda cahaya terang seakan kilat menyambar menjauhi tangan dier. Org yg berada di atas pantai tak nampak cahaya dari dalam laut since Huda kawal cahaya tuh supaya tak menembusi permukaan laut. Tapi aku yg masih berada di dalam air, tekejut dgn lintasan cahaya tu. Disebabkan cahaya tu, air dalam laut terus seakan jernih berkaca sampai aku nampak hampir semua benda yg berada di dalam air laut. Cantiknya MasyaAllah, ikan2, batu karang2, jasad2 asing dalam laut bagai terapung di udara.
Aku dah nampak budak tuh. Mmg betullah arah yg kak Lin tujukan td. "Kak Sherli cepat dtg sini!!!", aku bg signal kat kak Sherli dari dalam air tanpa melihat Kak Sherli. Kak Sherli terima bisikan aku dalam hati dier dan terus terjun ke dalam laut, berenang ke arah aku seperti tahu aku berade kat mane.
Aku sampai je kat tempat budak tuh dan dia dah terlantar kat lantai laut. Matanya masih tertutup seakan takut dgn apa yg bakal terjadi. Aku merapati dier dan memang dah jadi keje aku membuat belon udara gamaknya, aku pun buat lagi skali di sekeliling budak tuh. Dalam mase beberapa saat budak tuh berada dalam bola udara yg lebih kejab dari td sehingga boleh menampung budak tuh dalam udara tu. Kak Sherli sampai tepat pada masanya, kak Sherli terus menendang bola udara tu ke arah pantai. Kekuatan tendangannya membuatkan bebola udara tuh meluru laju didalam air dan berguling ke atas pantai. Mujur org tak sedar bola udara tuh disebabkan lut sinar menyangka budak tuh dihanyutkan ke laut.
Sebelum budak tuh sampai di atas pantai, Kak Lin dah pun nampak bola tuh meluru laju ke arah laut dan terus berlari ke arah bola tu. Rudi mengekor dari belakang sbb tahu tugasnya bermula. Yerlah, bak kata org "Every seconds counts" :P. Setibanya budak tuh diatas pantai, Rudi menariknya ke tempat yg lebih selamat. Rudi yg sememangnya pandai, mula bertindak bagai seorg penyelamat professional. Dier melakukan CPR kat budak tadi. Aku pun tak pasti apa lg yg dier buat lagi tapi of course untuk menyelamatkan nyawa budak tuh. Aku tahu dier bukan setakat physically cuba untuk menyelamatkan budak tuh, malah mulut dier ber kumat-kamit bagai membaca sesuatu, yg semestinya ayat2 suci Al-Quran yg dpt membantu.
Sebelum crowd td dtg ke arah budak tuh, Said terus berhadapan dgn crowd. "Harap sabar semua, dia okay!", dier bukan sekadar bercakap, malah dier mula memancarkan aura penenang dier to the crowd yg agak kecoh bile tengok kelibat budak tuh. Cahaya aura Said sangat luar biasa besarnya sampai melepasi crowd terakhir. Aura-aura resah dan gelisah crowd bagai terpadam serta-merta. Semua mcm tenang dan mula memerhati dari kedudukan yg taklah jauh sgt.
Mujur semua bergerak dengan pantas start budak tuh dah mula lemas. Bile dengar je dier terbatuk-batuk dan tercungap-cungap mcm kempunan udara, semua menarik nafas lega. Rudi mengusap2 dada budak tuh sambil membaca sesuatu. Budak tuh yg agak trauma mcm nak menangis dah, kak Lin lantas memeluk budak tuh untuk menenangkan dier dgn kata2 semangat. Budak tuh reda dan diam membisu.
Crowd td yg ditahan oleh Said mula merapati budak tuh dan salah sorg lelaki dari crowd tu mengangkat budak tu. Lelaki tu memandang Rudy lalu mengucapkan terima kasih yg ringkas. Walaupun ringkas dari kelopak mata dier terlihat seribu keikhlasan rasa terima kasih yg tak terhingga. Rudi menggangguk dan melepaskan tgn budak tuh dan lelaki tadi membawanya ke arah van teksi berdekatan. Mungkin hendak menuju ke hospital berdekatan. Aku rase lelaki tuh ader talian darah ngan budak tu kot.
Huh, semua rasa lega, tapi semua terdiam membisu dan terus berjalan ke arah chalet. "Tenchuuu everybodyyy!!!", kata kak Lin memecah kesunyian. Yalah, ucapan Terima Kasih selalu bermakna bg semuorg yg telah melakukan kerja dgn baik. Tak gituhhh? :P Semua mula bergelak-gelak sambil berjalan atas pasir pantai yg putih tu.
Semua dah ready nak gi mkn. Jam dah kul 1.50 ptg, terlambat sket sbb plan td nak gi tepat kul 1.30 ptg ikut time yg kak Sherli suggest. Tapi disebabkan insiden td yg mengambil masa sket, so terlambat la plak. "Tak per kan kak Sherli?", tanye kak Lin, dan kak Sherli angguk jer. "Tapi nape beriya nak gie pukul 1.30 pun?", Rudi tiba2 bertanya. Kak Sherli terdiam... Kitaorg pun berjalan ke arah restoren yg kak Sherli nak pergi tuh. Mase berjalan kak Sherli bersuara..
"Ingat tak mlm smlm maser kak Sherli dengar nyamuk dalam bilik?"
Semua terdiam tanda cuba mengingati hal semalam. Tengok [S ][U ][P ][E ][R ] s i b l i n g s - The Vacation kalau ader yg tak ingat. :P
"Takder, maser kak Sherli nak dengar nyamuk tuh, kak Sherli terdengar sampai bilik sebelah."
Semua masih terdiam sbb dah ingat kejadian mlm td dan mendengar kak Sherli teruskan kata-kata dier.
"Kak Sherli dengar, 2 org lelaki dalam bilik...."
"Diaorg nak buat something kat seseorg.."
"Pukul 1.30 ptg kat restoren yg kite nak pegi neh."
"Diorg nak hantar santau kat pompuan tu..."
Semua masih terdiam. Mcm tak sangka. Tergamam pun ada. Mcm2 ader dalam otak... Apa yg perlu kiter nak buat? Sape pompuan tuh? Kenapa nak santau pompuan tuh? Siapa lelaki tuh?..... Semua berjalan lg pantas....
mrFarhy: waduh susah sey nak merealisasikan visual dlm otak into words. I hope you guys get it.
6 comments:
dub-dab.. dub-dab... gituh la bunyi jantungku bila baca citer nih.. yup, i get the story.. and can imagine it in my mind by the details dat u describe. :) really awesome!! Sugoi Ney!!
p/s:berdebar-debar nak tunggu sambungan citer seterusnya...
hidup menjadi2 dengan super power korang ek. best best. tersangatlah best. sungguh aku tak sangka kau pun punya gaya penulisan yang santun tapi songsang macam aku. terlalu mudah untuk aku mengunyah ayat2 telah cuba dipuitiskan lantaran maksud ayat yang terang tapi berani pulak bermain dalam permainan kabur yang mujarab. dan yang paling best, kau dah berjaya menggabungkan elemen keindahan alam dengan kuasa super korang tu. shabas inspector sahab. tak cukup tepuk pakai tangan, aku tepuk pulak pakai kaki.
more more more farhy. aku dah seakan gila dengan kegianan sendiri membaca nukilan imaginasi liar kau ni.
mr smith
G I L E R best!!! and you capture and make use of all the characters (from the existing real world) so so well in this fiction!!! tergelak-gelak kak lin baca! hahahaha
More! More!
hhahah...nak gelak lak aku baca ni blog pahy ni..mana taknyer aku pun turut b'debar untuk membaca babak-babak seterusnya..ayat tersusun siot...ermm al maklum laa aku ni bahasa memang kureng bab2 susun ayat ni..huuh tahniah pahyy!!!
kellass uols....persis JK Rowling temanya...tahni!!! ni first time terpanggil nak wat komen
By the way ahy, you been tagged!!!! Hehehehe
Read here:
http://rotikacangmerah.blogspot.com/2007/02/six-weird-things.html
Post a Comment