--------------------------------------------------------------------
Time Pendidikan Jasmani dan Kesihatan aderlah time yg aku paling tak suka maser aku study kat MRSM dulu melainkan kalau pegi Swiming Pool. Yup sbb I'm quite a swimmer la gak. Aku neh mcm penyu, flimsy kat darat tapi active kat dalam air... hmm, penyu ker dugong? :P
Owh enuff about swimming. So everytime waktu PJK, ader several kelas yg diselaraskan waktu PJKnya supaya kelas PJK neh dicombinekan beberapa kelas dalam tuh. Tak salah aku, stiap kali PJK mesti ader group max of 4 classes. Tapi dorg asingkan lelaki dengan perempuan. Don't ask me why. :P
So, ader satu masa neh, each class akan menganjurkan sukan yg ditetapkan oleh cikgu PJK. Maknanya, each class akan diberi satu waktu PJK untuk adekan small tournament of sport yg diuruskan sepenuhnya oleh fellow student in each class temasuk hadiah, alatan sports, judging or makan, minum. So kelas aku dapat anjurkan perlawanan hoki antara kelas dlm PJK tuh, kita org diberi masa satu waktu PJK tuh untuk menjalankan perlawanan tuh.
So mcm biaserlah, perlawanan pun diadakan. Aku pun join sama la merasa main hoki and find that sport kind of interesting even though aku mcm budak sengal baru belajo... huhuhuhu... Lepas jer aku main, ketua group or big boss kelas aku yg jd head tournament tuh, soh aku gi ambek air kat Dewan Selera, or we Jasinians (Jasianians lak stands for bebudak MRSM Jasin la kan :P) panggil DS.
Aku ngan best friend aku dulu, si Chempiang tuh (bacer cerita Z A M A N remaja for more detail, tapi time neh dier tak disengat tebuan lagi lar) pergi lah DS nak fetch the air sirap merah. Sampai jer kat DS, pekerje samdol tuh ckp aku kene ader pengesahan dan surat dari kaunselor kat pejabat tuh kalau nak claim air. Celako punye pakcik, birokrasi betol.
Aku pun pegilah office mintak surat tuh and dengan mudahnya dapat la surat yg diinginkan. Alhamdulillah....
Pergi balik jumpe pakcik tuh, kali neh tersenyum aku menghulurkan surat tuh ke pakcik samdol tuh.
Tetiba pakcik tuh kata, "Owh, kalau nak air mesti hantar surat nih seminggu sebelum, baru kami dpt sediakan air tuh". Whut!!???? WTFFFFFF!!!!! Tapi aku cool jer, aku tak panjang akal nak melawan pakcik tua tuh, almaklumlah masih innocence gituh... gagagaga..
So dpt lar aku membawa tong air kaler merah yg mcm baldi berpenutup tuh yang kosong tak berisi apa-apa pun.huhhuhu, kedekut punya pakcik....
Tetiba pakcik tuh kata, "Owh, kalau nak air mesti hantar surat nih seminggu sebelum, baru kami dpt sediakan air tuh". Whut!!???? WTFFFFFF!!!!! Tapi aku cool jer, aku tak panjang akal nak melawan pakcik tua tuh, almaklumlah masih innocence gituh... gagagaga..
So dpt lar aku membawa tong air kaler merah yg mcm baldi berpenutup tuh yang kosong tak berisi apa-apa pun.huhhuhu, kedekut punya pakcik....
Aku tengok jam waktu PJK dah nak habes, iyerlah all the hassle nak dptkan pengesahan surat and mengadap pakcik keji tuh maner tak mau mkn waktu PJK aku. Ayo, dorg nak minum air aper neh? Chempiang dgn siotnya tarik baldi tuh ngan aku dalam toilet lelaki yg mmg dalam perjalanan ke arah padang hoki tuh.
Sruuuuuuppppppppppp........... Chempiang tadah air paip kat tepi jamban toilet lelaki tuh. Aku lak mcm terpukau, tak tahu jer nak buat hape, menurut jer lah. Penuh jer bekas air tuh, aku jengok lah sket dalam air tuh takut ader aper2. Gosh, aku tak tau lah, aku nampak mcm ader keladak sket kat bwh tuh, aku diamkan jer.... huhuhuhu.....
Keluar jer dari toilet nak pergi padang hoki, bebudak dah naik dah dari padang, tournament dah habes and dorg tunggu air "special" aku. So bertembung ngan dorg right after aku and Chempiang keluar toilet bwk tong air paip tuh tapi dorg tak sedar aku dari toilet.
"Ini air dari mana neh? Dari Water cooler ke?", tanya sorg budak yg ala2 samseng sket sambil cangkung tengok air dalam tong tuh. Aku mengiyakan shj lantas Chempiang mengulurkan cawan plastik yg dibawa sama dengan tong air tuh.
Kerana percaya dengan wajah ke"innocence"an aku (aku kat Jasin mmg pandai buat muka ala2 tak bersalah... gagaga), yg bertanya tadi terus mencedok air dari tong dan meneguknya dgn lahap. Takder lah lahap mana pun, tapi kira dah tahap haus sakan lepas bersukan la kan :P. Kawan2 yang lain mengekor sorg demi sorg, passing the same cups. Yup dorg share beberapa cwn yg Chempiang hulurkan. Semua seakan puas minum air dari paip jamban tuh... yucksss... gagaga..
Ya Allah, abes licin air dalam tong tuh dorg minum. Sampai tak cukup bebudak lain nak minum. Yg lain tak sempat minum tuh mmg patut bersyukur sbb tak minum air "suci" aku tuh... gagagagaga.... Seb baek takder kejadian masuk hespital beramai-ramai berlaku. Seb baek yg minum memula2 tuh bebudak yg ala2 gangster sket. gagagagagaga.... keji tul aku.
Jahatnyer aku time tuh, ala desperate moment mah!!!! Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku.... :) Jap nak gelak lagi neh... HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA, CELAKO SIAL AKUUU....
--------------------------------------------------------------------
Dulu kat Jasin aku first batch yang start subjek Reka Cipta for SPM. Selama neh Biologi and Prinsip Akaun jer kan, so kelas aku neh yg pertama lah dalam sejarah MRSM yg ader subjek Reka Cipta, bangga taik idung masam la bebudak kelas aku tu kan. Sapa tak kenal kelas "RC" (shorform Reka cipta la kan :P) yg kononnya sekor2 kreatif. Padahal kreatif main game computer jer.... gagaga..
Nak dibuat cerita, bebudak RC neh lah the only kelas yg ader computer khas untuk subjek RC, kelas lain maner ader dowh. Tapi komputer2 tuh diletak dalam library sekolah aku lah kan agar tak dicuri. So kalau bebudak kelas aku nak guna komputer neh, anytime leh masuk satu bilik khas kat library untuk bebudak RC sahaja. Belagak sial bebudak RC nehh.. Aku mcm biaser control low profiler jah... gagaga...
Aku plak rapat ngan kawan2 aku yg kebanyakkan nyer yg jaga library, kira mcm pustakawan a.k.a. pengawas perpustakaan la, tapi aku dah tak ingat gelaran "spesis" neh mase kat Jasin. gagaga... So, aku selalu la gi library awal dengan geng pustakawan aku, since dorg pegang kunci library dan bukak pintu library. Konon nerd lah neh :P.
So harituh member kelas aku yg jugak pustakawan masuk library awal and org lain takder lagi. Since kami budak kelas RC, aku ngan mamat sekor tuh pergilah masuk bilik komputer khas RC yg kononnya eksklusif tuh, hanya untuk mengodek2 komputer kami.. huhuhu.. Ala, aku main AutoCad jer salu, tak pun tengok dorg main game Diablo. gila tul dorg neh... gagaga.. Aku lupa lak nama mamat neh.. aisehhhh.. Owh ingat dah, Kaher namanya. Nama glemer jer tuh :P
Jadi aku ngan Kaher dok dlm bilik bertutup tuh sesambil buat "kerja" kat komputer. Aku lak tetiba rasa bosan dok bilik tuh decide nak kuar dari bilik. Study lagi elok.. gagaga... Yalah, time tuh takder internet lagi nak wat blog ker hapa.. hahaha..
Aku bukak jer daun pintu, aku terkejut... Naper nehhhh......???!!!!
Gelap jer.... Lampu kat library dah bertutup semuanya, org dah takder. Aku panggil Kaher, naper luar gelap. Si Kaher pun dtg kat aku, dia pun gi ke arah kaunter library sambil panggil nama kwn aku librarian lagi sorg yg pegang kunci tuh. Aku ingat dorg buat lawak ker hape.
Lahai, rupanya dorg semua dah kuar, siap kunci pintu library lagi. Tinggal aku ngan Kaher dalam library tuh terkunci dalam library. Aku ingat lg, pintu tuh dikunci mangga yg berselak dari luar so mmg tak tau lah mcm mana nak kuar dari library tu kan. Aku dah terbayang aku tidur semalaman la kat library ngan Kaher mlm tuh.. Tidakkkkkk!!!!!!
Tetiba kitaorg dengar bebudak bercakap kat depan pintu sbb maybe dorg lalu kat situ since depan library tuh mmg laluan bebudak untuk ke kelas. Kitaorg jerit panggil bebudak tuh dari celah pintu library. Dorg pun dtg la dekat pintu tuh, bebudak junior rupanya, time neh aku senior lar. Si Kaher mintak tolong lah bebudak junior tuh panggil senior soh bukak pintu library tu kan. Bebudak junior tuh mengiyakan jer. Aku ngan Kaher tunggu dengan penuh harapan...
Sialan nya junior, tak leh harap. Kalau la aku tahu saper budak junior tuh kan, aku ketok2 kepala, duku2 lagi. Seb baek tak kenal sapa yg kitaorg mintak tolong tadi sbb tak nampak muka dari celah pintu tuh.. Lama sial kitaorg tunggu, pertolongan tak kunjung tiba gak. Geram tul aku.
Si Kaher memanjangkan akal dier. Dier carik screw driver kat kaunter library yg khas untuk pustakawan tuh. Aku lak tarik kerusi. Dier pun start bukak screw yg sendal both pintu dengan tekunnya. Aku pun tolong sket2 je la kan since idea dier. gagaga... By the way, bukak sendal tau, bukan bukak engsel yg pegang pintu tuh. Engsel maner leh bukak duhhh... :P
Setelah selesai membuka both sendal kat atas and bwh pintu, pintu pun terbukak since pintu tu guna selak jer dari luar. Korg bygkan lah sendiri ek, aku tak tahu nak explain mcm mane. Wah, seakan satu kebebasan dapat keluar dari library. Tapi pintu dah takleh nak kunci dah since both sendal dibukak. So kitaorg biarkan tertutup jer.
Pastu aku gi carik kawan librarian aku tuh, aku citer pasal kejadian tadi. Rupanya ketua librarian arahkan tutup library for that night, dia lak tak sedar aku dalam bilik komputer ngan Kaher time dier nak tutup library, ingatkan aku ngan Kaher dah kuar library. Aku citerlah yang pintu library tak berkunci. Pastu aku ngan dier jumper Kaher kat cafe, nak kunci pintu library balik. Kaher marah kat kwn aku tuh membuatkan Kaher taknak bertanggung jawab mengunci pintu balik...
Damn, aku jugak lah yg kene buat dengan kwn librarian aku yg pegang kunci tuh. Aku lah yg mengscrew balik semua sendal. Adooiii, satu keje lak malam tuh... Sabor jer la... keh keh keh...
--------------------------------------------------------------------
Stiap mlm mesti ader prep malam yg wajib hadir bg kami bebudak junior. Takleh dok dorm time prep malam neh, kalau tidak, mau senior balun malam tuh. By the way, "prep" tuh kira time study or ulangkaji lah kan. Kira mcm "prep"aration la kot. huhuhu.. Prep malam neh slalunya right after Isyak till kul 10.30 mlm.
So, neh antara waktu pertama kalinya dalam sejarah hidup aku kene prep mlm la kan. Sebelum neh maner aku ader prep2 since aku sekolah menengah biaser jer kat umah. Study atas katil jer kat umah. :P
Aku pun dengan tak tahunya membawa walkman bersama-sama untuk study, hadiah dari Kak lin ntuk aku. uhuksss, antara hadiah yg dinanti-nantikan dari aku. So malam tuh aku dengar walkman sambil study dengan kuhhhssyyyooookkkkk nyer... gagaga..
Time aku study neh tetiba sorg senior lelaki masuk kelas dan pergi ke arah aku. Tergamam akuu. Oi, takut gak aku kat senior2 dulu weii... sekor2 mcm hantu... gagaga..
"Siapa benarkan awak pakai walkman neh?", tanya senior tuh yg aku tak tahu nama dier.
"Dorm kapten saya kata boleh pakai", jawab aku mcm spontan tapi penuh santun.. huhuhu.
"Awak dorm mana?", tanya dier lagi tegas.
"Saya dorm B bawah kanan", jawab aku tersiput-siput.
Senior tuh terus blah lepas tuh. Aku terus cabut walkman seakan terus tahu yg tadi warning buat aku. Member2 kelas aku yg lain senyap jer. Habes lah aku malam neh......
Every night sebelum tidor, dorm captain yg merupakan senior akan buat taklim, ala2 kumpul nak dengar ilmu agama dari buku. Tapi right after taklim sebelum tidor, mesti senior dtg buat "aktiviti" tah hape2 ntah kat kitaorg, mcm soh berlakon lah, soh eksesais lah, soh bernyanyi lah, kira light ragging lar. Kalau tak bernasib baik, sampai kul 1-2 pagi lar baru lepas. hanjeng tul.
So lepas taklim dorm captain aku tanya bebudak dorm yg berkumpul tuh, saper yg dok dengar walkman maser prep mlm. Aku dgn ikhlasnya angkat tgn. Semua org pandang aku. Aku pun jalan ke depan setelah dipanggil sambil buat muka ke"innocence"an aku lagi. Dorm captain tanya aku lagi skali kat depan, tapi dier mcm tak sampai hati nak punish aku, dier serahkan hukuman aku kat kwn senior dier lagi sekor.
Kwn dier tersengih. Dier pun carik idea nak soh aku wat ape. Aku terbayang habeslah aku kene wat bender2 yg berat... takut sialll.... Dier pun soh aku buat eksesais, star jump pastu push-up ala2 PJK sebanyak yg mungkin. Aku pun buat lar. Satuuu..... Duaaa......... Tigaaaaaaa...... Empaattttt.... tapi tak pun sampai ke sepuluh kali dier pun soh aku berenti. Dier kata dah okay lah, aku boleh duduk...
Aku mcm, huh, tu jer???? Alhamdulillah, berhasil gak mimik muka innocence aku.... gagagaga..... Tapi tul la, dulu kalau aku kat Jasin, senior and cikgu2 mcm mudah kesian jer tengok aku. Tapi skang org tak heran tengok aku... waaaaa, sedey siotttt... gagaga..
mrFarhy: Rambut botak nampak mcm penjenayah kot, tuh yg org tak kesian dah.. gagaga...
4 comments:
aku mintak satu story, tapi kau bagi 3 story. pergh... ni yang buatkan aku tambah2 sayang kat kau neh.
hanjeng nyer pakcik kat Ds tu. seb baek si chempiang tu panjang akal. tersenyum aku bayangkan kerakusan samseng tu teguk air suci ko tuh. wakakaka...
komputer punya pasal, ko terkunci kat dalam lebri. dulu2 aku tak reti pung ngan komputer ni. nak switch on pun ralat. kira ko ni lagi genius dari aku la neh. bagus bagus...
story last ko ni paling aku suka sebab aku pun ada pengalaman ngeri gak ngan senior time belajar dulu. siap suruh gigit selipar jepun yang aku pakai mandi and berak lagi tuh. disebabkan aku ni jenis yang lurus selurus lurusnya time tu, aku sanggupkan jugak. lagi tuh, aku disuruh gilapkan kasut diorang pakai tie yang aku pakai. syial!!! sampai sekarang aku dendam kat senior tuh. and aku percaya tuhan itu maha adil. sekarang senior tuh still dengan projek tanam anggur besar2an nya. rasa nak jer aku tabur duit gaji aku tuh kat mukanya tuh. aku ni kejam gak kalau nak tau...wakakakaka (gelak hanjeng)
mr. smith
hahahaha!
We want more... we want more... we want more!! more stories babe! :p
sronok nya zaman skolah kan? kan? :D
ha'ah.. imej baru fahy nih dah menampakkan kebrutelan diri farhy yg sebenar.. abes seme citer jadik brutal.. hik hik, just kiddin' ;)
ekceli xde aahh rupa cam penjenayah yg jejahat sgt pun.. tp ada sket iras2 cam michael scofield (wenworth miller) dlm prison break tuh.. brutal2 pun, baik apa.. hehe.. =)
seronoknya dpt baca cerita2 zaman sekolah yg mcm2 kisah nehh....
Post a Comment