Tuesday, February 27, 2007

[S ][U ][P ][E ][R ] s i b l i n g s - The Spell.

Pergh, sekor2 mcm tak sabar nak sampai kat restoren biler tahu something interesting will happen there. Jalan pun makin laju, semua org mcm dah tak tahu nak borak ape.

Rase sekejap jer kitaorg jalan sampai ke restoren yg terbina atas batu-batu laut yang menghadap pantai. Bayu Laut Cafe namanye, sungguh cliche tapi mmg angin laut mendayu-dayu masuk ketempat makan tu. Restoren tu dibina pulak dengan kayu bakau dan berkonsep roofed-verandah besar yang terbuka dengan view laut yg superb. Ditambah pulak dgn bunyi ombak menghempas batu dgn bunyi pokok2 ru yg ditiup angin kat tepi pantai yg melindungi restoren tuh yang membuatkan restoren tuh bertambah redup, perghh, mahsyuukkk.... neh bwk awek dating neh mesti romantik.. gegege.... Mcm maner la dorg leh dpt tempat bisnes mcm neh, kalau aku gak, mau aku tak balik KL terus. :P

Sampai jer kat situ, boleh tahan ramai jugak org yg bertandang, iyerlah time lunch hour kan. Si Rudi yg slalunya suke memilih tempat duduk pun mula mencari table yg sesuai untuk kitaorg adek-beradek layan borak kuat2. Haa, ader satu tempat kat corner restoren yg mengadap laut dan siap ader divider khas untuk spot tuh.. Yehaa, kami adek-beradek yang nampak meje tuh pun bergegas ke situ, takut org lain dapat tempat tu. gegege...

Aiyoh makanan mcm best2 jer. Harge pun boley tahan, taklah mahal, taklah murah sgt. Menu yg dorg bg tu pun bukan tahap menu cokia yg sekeping A4 di laminate tuh, tapi dah tahap ala2 menu Secret Recepi dah. Wow, kitaorg semua telan air liur jer maser nak pilih makanan, apertaknye tengok gambar makanan yg sedap2. Makanan lak dari makanan Jawa Timur ke makanan Jawa Barat, dari Eastern to Western. :P

Siot tul, aku tak tahu nak mkn aper. Tapi mcm biaser fav aku mee kari lah, kakak2 aku ngan si Huda tuh mcm biaser mesti western ajer. Kalau tak chicken chop, mesti fish and chips. Yg dua ekor lagi, si Rudi ngan Said, yaaa Ampuunnn, neh mmg seko lelaki Melayu Terakhir, yang lagi satu kampung, dua-dua kene mkn nasik jer memanjang. Aku kalau tengok Said mkn Pizza lagi la tak tahan nak gelak, kuis-kuis topping piza lepas tuh suap guna tgn mcm mkn nasik... gagaga.. ops pecah tembelang.. hehehe...

Si waiter pun blah lepas mengambil order dr kitaorg. Mcm biaser, order air lah yg ditunggu sbb selalunya air sampai dulu kan. :)

Warghhhh, semua org mcm dah lupa pasal pompuan tadi!!! Tadi kak Lin mase masuk restoren raser syiok sgt sampai terlupa nak tengok org lain.. gagaga... "Ader dengar aper-aper tak kak Cheli?", tanya kak Lin menoleh ke kak Sherli, tapi kak Sherli tak menjawab, dier maser tuh dah pun dlm keadaan "menurun" dier, dok khusyuk dengar surrounding.

Memula Kak Sherli dengar dulu guna pendengaran biaser. Kalau ikut telinga aku la kan, dengar org dalam restoren galak berborak and having fun, tolak tambah bunyi laut dan angin bagai. Kak Sherli pun dengar bende yg sama pada mulanya.

Then dier tapis suara crowd dulu, langsung dier tak dengar suara org berborak, semua bagai havoc beraksi tapi tak keluar suara. Kali neh kak Sherli just dengar every movements dari crowd, every kerusi bergerak, every meja terjungkit, every kain yg terselak, every bunyi dari pokok2 dan binatang2 kat tepi pantai, every ombak, every angin yg lalu, dan every-every yang sama waktu dengannya. :P

Then, dier tune lagi hearing dier sambil buang noise dari bunyi laut and angin dan unnecessary bunyi dari movements tadi. Sunyi sepi jadinya. Lama jugak kali neh dier menunggu bunyi yg nak dier dengar. Dari mimik muka dier mcm dah nak give-up dah. Maybe semua dah pun berlaku. Aper taknyer, sepatutnya kitaorg ader kat situ pukul 1.30, but skang dah pukul 2 ptg dah. Huh, typical time Malaysia kan. gagaga.. :P huhuhu, terlepas aksi...

Tapi biler kak Sherli dah nak start hilangkan tapisan bunyi noise td, tiba2 dtg satu bunyi, yang memang lain dr yg lain, bukan bunyi yg biaser didengar, bukan bunyi dari manusia. Bunyi mcm pelbagai bisikan, bisikan-bisikan halus yg semakin lama semakin gamat dan semakin kuat, seakan lebih hebat dari crowd tadi. Kami adek-beradek tak dengar hape pun, masih dengar crowd and menunggu respon dari kak Sherli.

Kak Sherli semakin seram, bisikan td makin kuat, seakan suara2 ancaman yg berdesing dan seakan angin yg terbang ke sana-sini. Terus hilang bunyi2 lain yg tadinya kedengaran, bisikan menjadi lagi nyata dengan suara gemersik yg menakutkan. Tapi dier masih tak dpt dengar ape yg dibisikkan, dier cuba amati dengan lebih tekun suara tu.

"Waaaaaaaaaaaarggggghhhhhhhhhhhh!!!!", suara jadi jeritan lantang yg panjang bagai siren bomba, bukan sergahan. Kak Sherli terus tersentak dan terus memandang kitaorg dengan pucat-lesi, "Dorang ader kat sini....".

Rudi menutup mata sambil menurunkan mukanya. Bibirnya tak bergerak tapi dier sedang membaca sesuatu. Mcm biasa, ayat2 suci Al-quran menjadi alat penting bg senjata dier.

Dier mulakan dengan membuat pendinding di keliling meja makan untuk melindungi kami adik-beradik. Then, dier cuba untuk memegang salah satu makhluk yg sedang berlegar2 dalam restoren tuh. Rudi yang tak nampak khadam tu ade kat maner, macam nak tangkap ikan di air yg keruh, sebab terbatas penglihatannya (wah, mcm ader kiasan bagai menaguk ikan di air yg keruh plak. Karam Singh Walia sggttt.. gagaga).

Pendinding khadam tuh pun kuat, melihat dari riak muka Rudi yg bersungguh-sungguh untuk menahan sesuatu. Rudi tahu pendinding khadam tu bukan dr khadam tu tapi tuannya yang melindungi dier. Sebab terlalu tertekan dan bnyak gunakan tenaga, tiba-tiba darah mengalir dari hidung Rudi, perkara biaser berlaku kalau Rudi panik, tension or panas. Kak Sherli yg nampak hidungnya berdarah mula memegang tgn Rudi sambil mengesat hidungnya yg berdarah dengan tisu.

Kak Sherli memindahkan sedikit tenaga kekuatannya kepada Rudi melalui sentuhan dier... "Bismillahi Jabbar, Bismillahi Qohar", bisik kak Sherli kat diri sendiri. Satu aliran tenaga mengalir dari tgn kak Sherli ke tgn Rudi lalu meresap masuk ke jasad Rudi. Rudi yg makin bertenaga, menguatkan bacaan dan tekadnya sambil berpaut kuat kat meja mkn.

Tiba-tiba Rudi tersentak kuat seperti umpan mata kail ditarik ikan, Rudy dapat menangkap something.

Dari tempat duduknya, Huda yg memerhati keadaan Rudi pantas mengangkat tgn mcm budak sekolah yg ingin menjawab soklan dari cikgu. Bila Huda mengangkat tgnnya, dibawa bersama satu cahaya bagai dari flash kamera dan bila tgannya terlunjur tegak ke atas, tgnnya bersinar bagai projektor yg kemudiannya menyinari di sekeliling tempat duduk kitaorg. Cahaya dari tangannya tu membentuk imej seakan kami adek-beradek duduk di meja makan sambil menunggu pesanan makanan tadi tanpa apa2 yg berlaku. Mujur org tak lalu-lalang di tempat meja mkn kitaorg since berada di corner restoren.

Kak lin mengangguk kat aku. Aku paham. Aku tarik nafas dalam2. Aku pandang tepat pada bekas tisu atas meja. Aku cuba nak concentrate. Aku dalamkan suara aku dalam otak aku, lantas aku lepaskan perlahan2 keluar dari mulut. Semua adek beradek aku tak dengar suara tu kecuali kak Sherli since suara tu aku tujukan khas buat khadam yg di pegang oleh Rudi yg sedang tersentak-sentak cemas pada meja mkn seperti menahan sesuatu sambil matanya tertutup rapat.

Bergema suara pertama aku di dalam restoren. Kak Sherli shaja yang dengar, satu restoren tuh mcm bergegar. Dari gema yg seakan terpantul2 dari semua arah akhirnya bersatu menjadi suara low tone yg dalam, "Wahai makhluk Allah yg dipergunakan, dari mana dtgnya kau", suara aku yg didengari kak Sherli, kak Sherli menunggu jawapan dari Khadam tuh and dier akan bgtau ape yg dier dengar since kak Sherli jer yg boleh dengar suara Kadam tu.

"Tuann.... mereka tak lepaskan akuuuuu", Kak Sherli yg mendengar makhluk tuh bersuara lantas memberitahu kitaorg "Dier masih bercakap dgn tuannya, dier tak jawab soalan Fahy"...

"Wahai makhluk Allah, ciptaan Allah, bertuankan Allah, siapakan yg menghantar kau?",
gema suara aku lg.

"Lepaskan akuuuuuu...... tuannnn, tolong lepaskan akuuu.....", gertak sambil rayu khadam tu.

"Dier mintak tolong dari tuan dier, lepaskan dier", kak Sherli cuba menjadi pengantara.

"Kami takkan lepaskan selagi kau tak bgtau siapa yg menghantar kauu..."

"Kenape nak tahuu?? Ko boleh buat apaaa??? Apa yg aku dapattt???"


"Dier tanye kenapa nak tahu, ape balasan kalau bgtau?", kak Sherli bersuara.

"Kami akan lepaskan kalau kau bgtau."

"Tuanku akan marah, aku akan kena. Tuanku memegang semambu, nanti aku dipukul, ... tuanku masih menungguuu di sini....",
teriak nya...

"Katanya tuan dier ader kat sini, kalau bgtau gak, tuan dier pukul dgn semambu", mengigil suara Kak Sherli sbb dengar suara makhluk tu.

"Kenapa pompuan tuh? Dier dtg dengan siapa?"

"Aku tak tahu. Lepaskan aku!!!!"


Rudy dah tersentak-sentak memeluk meje mkn menahan khadam tuh. "Kiter dah takder mase!!!", tiba-tiba Kak Lin bersuara sebab tahu yg makhluk tuh takkan give up anything more than that and Rudi tak dpt nak pegang makhluk tu lagi lama.

Kak Lin terus berdiri dari kerusi dan mata ligat meninjau setiap penjuru restoren, setiap org, setiap meja dalam restoren tu. Tiba2 dier ternampak seorg lelaki yg duduk di meja membelakangi semua org dan terhadang dengan pokok hiasan di dalam restoren. Disampingnya ternampak satu tongkat dan tgnnya seperti mengetuk2 sesuatu di atas meja. Nampak seperti sekeping kertas. Kak Lin syak lelaki tua ni lah yg menghantar khadam tuh since kak Sherli bgtau yg khadam tuh takut dgn semambu yg di bawa tuannya.

Kak Lin suruh Said pergi kat org tua tuh dan selidik dier. Said yg bagai seorang spy, mula bergerak ke arah lelaki tua tu. Lelaki tua yg muka mcm indon dan beruban, berbaju batik lusuh dan berseluar hitam sedang berkumat-kamit membaca sesuatu dengan mata tertutup. Tgn kanannya bertongkatkan kayu buluh yg selalu digunakan sbg tongkat dan tgn kirinya mengetuk2 sekeping foto di atas meja. Said tak lepas peluang melihat apa yg berada diatas meja pakcik tua tuh dan dier melihat sekeping foto gambar perempuan berbaju merah.

Said yg mudah menangkap imej wajah org, dapat recall pompuan tuh dengan pantas. Rupe-rupenyer pompuan yg aku sakat pagi tadi kat tepi pantai... Perempuan tuh berada 3 meja shj di sebelah kanan meje kitaorg. Dia duduk sorg jer kat meje tuh.

Tiba2 Rudy tak dpt menahan khadam tuh lagi. Terlepas khadam tuh dari pegangannya. Tapi timing Said tepat, dipegangangnya belakang kerusi pakcik tu dan Said melepaskan aura nya. Kali neh berbeza dari yg lain. Bile disentuh tgnya di kerusi tu, bergegar molekul2 kerusi tuh mengikut auranya, lantas berlaku perpindahan tenaga aura dari molekul2 kerusi ke pakcik tua dan bergerak hampir keseluruh restoren dgn pantasnya. Semua org bagai terlena dari tempat duduk masing2, tapi masih keras dari posisi masing2, bagai masa terhenti padahal semua hanya terlelap beberapa minit disebabkan getaran aura dari Said td.

Rudi terus menyuruh aku membaca doa mengikutnya. Aku ikut ayat yg dibacakan satu demi satu, sepatah demi sepatah disebut, bila sampai ayat terakhir aku hembuskan satu gumpalan udara termampat kepada perempuan tadi dari tempat duduk aku.

Gumpalan udara yg berupa udara termampat dengan bacaan ayat-ayat Rudi td meluru tepat pada meje perempuan tu tanpa mengusik persekitaran lain bagai peluru berpandu. Dan bila udara termampat tuh tiba di tempat perempuan tu, terjadi satu letupan berupa hembusan udara yg kuat disebabkan udara termampat tuh meletup di atas meja perempuan tu. Habes terurai rambut perempuan tu dan jatuh bunga2 dari pasu diatas meja. Tiba-tiba gelas air atas meja pompuan tu pun pecah berderai, habes air minum pompuan tuh bersepah atas meja. Aku agak bomoh tu hantar santau through air minum perempuan tu gak.

Kak Sherli menekup telinga dier untuk memulihkan pendengaran biaser nyer bile Kak Sherli dengar teriakan makhluk halus tadi yg begitu kuat bersama bunyi api spt membakar sesuatu. Ternyata semburan td pun terkena makhluk tu.

Said pun lepaskan kerusi yg dipegangnya tadi dan semua kembali kepada keadaan asal. Semua org sambung menjamu dan mersuka-ria tanpa sedar apa yg berlaku. Waiter baru saja sampai ke meja mkn untuk memberi air minumamn yg dipesan. Said pulak kembali ke tempat duduk seperti baru je balik dari toilet. Padahal semua org baru lepas terlena untuk beberapa ketika yg pendek.

Org tua tadi, yg aku rase bomoh, nampak geram. Dier tahu ader org mengganggu kerje dier tapi tak tahu siape dalangnya.. Kiteorg wat dek jer... Nasib baaaikkkk.... :P

Perempuan tadi lak terpinga-pinga sebab tempatnya bersepah dan gelasnya pecah berderai. Lantas dier bgun dan pergi ke tandas. Kak Lin yg nampak dier menuju ke tandas pantas mengekorinya. Agaknya kak Lin nak bagi amaran pasal org tua tu. Nak buat aper plak pasneh? Org tua bomoh tuh nak hantar santau lg ker? Aiyohh, mcm2 jd dlm sehari jer....

mrFarhy: gagaga, aku raser mcm lebey2 lak story kali neh... okay ker? adoii, mcm maner la aku nak stop this story.. gagaga...

11 comments:

Anonymous said...

ayooo dah citer santau laks..hehee..imaginasi sungguh pahy ni ..enway aku dpt gaks merasakan "keberkesanan" citer ni..tp kan nak citer member aku penah gaks nak terkene santau ni..minah ni memang snetiasa mengambil langkah berjaga kalo makn kat luar je mesti baca doa b4 minum or mkn..smpaikan satu ketika gelas die minum pecah berkecai k..bukan retak ke ape..ermm wallahualam...ape pun cite pahy ni memang pandai die berimaginasi..kalo aku laa confirm failed..ehhehee..

LiNdA @ Da-Da said...

Yey!! Super siblings had saved the day again.. :)
terpesona la bila baca this story.. i've read it twice dgn khusyuk sekali.. cam real aje fahy tulis, like it really happened..
Eniwei, besh aaa story neh.. Tp, naper pulak pompuan tuh kena kaco?? Sape yg upah bomoh tuh tuk htr santau kat pompuan tuh??
Apa yg nak jadi pas neh?? Alaaa, naper tak sambung aje lagi?? Nak tau la wats goin to happen next.

p/s: saje aje fahy ni biarkan story neh tergantung ek.. saje aje suh org suspen tuk tunggu continuation nyer.. :P
citer la lagi... citer aaa lagi... citer la cepat2 tau!

Farhi Rosley said...

Saed, actually gelas pecah tuh based on ur story lah.. gagaga... tapi pompuan neh kitorg yg slamtkan... gegege..

Thanks kak linda sbb suke entry neh.. tak panjang sgt ker? gegege...

owh, ader la sbb pompuan tuh nak kene santau, ader la org tu yg hantar... kene tungguuu.... gegege...

alahai takut lak expectation org dah tinggi neh... gegege..

Anonymous said...

cerita super siblings ni makin panas ni. macam kak linda, aku baca cerita kali ni dengan lebih khusyuk cuba menzahirkan imaginasi superb kau tu, yang kadang2nya terpinga2 aku oleh tamparan ayat masyuk dan berani. kheles la kau farhy. dalam masa singkat jer kau leh come out dengan story yang cam ni. aku tak bleh buat ni...

memandangkan kau dah bertanya, aku ada cadangan cam ner kau nak teruskan cerita ni. cuba kaitkan dengan insiden kemalangan kak linda dulu (ingat pasal nenek tua tu?). everything starts from there. then story should end happy. ummi cam berkenan jer ngan perempuan baju merah tu, then cuba kenen2kan kau dengannya. then u all kawen, live happilly ever efter dengan kaya rayanya, sebab aku hadiahkan kau kedai makan kat tepi laut tu kat kau. kebetulan plak kedai tu aku yang punya. amacam? sesuai ker?

mr. smith

Farhi Rosley said...

Ish takder singkat aku buat citer neh, mau mkn seminggu sbb beku otak.. gagaga..

hahahahaah, hampeh la ko, tanak arr kawin ngan pompuan baju merah yg gedik tuh.. gagagaga... haaa? nenek tua maner plak neh? musykil aku... Eleh, yg sbenarnye ko pan nak ader dlm citer aku neh kan.. gagagaga.. Aku buat ko jd bomoh indon tu lah.. gagagaga...

Roti Kacang Merah said...

ish macam citer trilogy lah plak. (kalau empat, apa plak? Quadrogy ke?)

best, best. cepat ar, kak lin nak tahu naper kak lin kejar minah tu!!!

Anonymous said...

yang penting interfrem...

mr smith

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

ahy,nnt ahy check post yg zmn dinosour ek? akceli ada tambah komen... ngeeeeee... akceli nk wat blog. tp u know la me... i'm a good listener, not a good writer. watever it is, kite adik bradik mmg suka memerhati/observant. n sbb itu lah...akceli takut dah nk bwk kwn2 pompuan dtg umah sbb kwn2 haku byk yg muda2 dr haku. pehtuh dorgnyeh upbringing bkn mcm kite. hehehe. alah awak fhm2 sdiri lah. neway, akceli byk dok dpn pc lately sbb wat kije. pls do pray for me for watever i do k? akceli jadik mcm abg usop lak...tend to keep things myself n buil walls around me. kak lin knows bout dat. she said ada kene ngena ngan character sagi...

Anonymous said...

waaahh..x sangka ini rupanya cerita jerk.. igtkan bebetol tadik..tp memula baca..serious igt citer real..1st time baca dis blog..niwei..congrat for u ahy coz dpt karang citer bez canni..smbg la lagi yerk

~idyllic_bluish~

Anonymous said...

ni crite bowl ek ag fahy??

menarek..boley jdik drama ke film ke..haha..tp btowl ke tgn huda bercahaye?? huishh~


xpe2...kite jmp nnt ulas lah lebeh lnjot~ haha~