Thursday, August 31, 2006

twisted PSYCHOLOGY

Hmm, susah betul hidup dalam keluarga. Semua ade ideologi, semua ade perasaan, semua ade kata masing-masing. Yg kita tahu dan yg kita tak tahu, yg kita alami dan yg mereka lalui, yg kita rasa dan mereka terasa. Kenapa susah nak comunicate each other?

Ini hanyalah teori aku, sekadar apa yang aku lalui, dari seorang yang selalu perhati dan memerhati. Bagaimana perilaku seseorang terhadap orang yang disayanginya. Perbezaan antara sayang keluarga dan sayang kekasih. Kisah apa yang aku rase sebagai seorang anak lelaki.

Aku rase kita sebagai anak neh, selalu nak tunjuk kejayaan yang kita lakukan kepada our parents. Bukan untuk menunjuk yg kita elok sngat, just to let them somehow rase lega dgn apa yg kita dah lakukan. Hmm, ntahlah, kekadang aku rase gak yang keadilan tu kurang sikit antara anak lelaki dengan anak perempuan. Aku bukan apa, aku kesian tengok kakak2 aku selalu dapat sms-sms dari parents aku yang kekadang boleh buat kita terluka bila dibaca. Sometimes aku tak berapa paham kenapa dorg jd way too defensive over anak-anak perempuan sampai the way dorang menyatakan isi hati tuh agak vulgar bagi aku. Aku tahu yang anak-anak perempuan mmg susah untuk dijaga sebab dorg kalau jadi apa2 kan susah, tapi bagi aku doa parents tuh sangatlah penting, lebih-lebih lagi "restu". Bagi aku kalau parents merestui apa-apa yang kita buat surely do bender tuh mudah jer kita lalui.

Adek lelaki aku harituh nak kuar beli brg kat Loyat and planning nak gi Wedding kwn dier afterwards. Tapi mase nak gi tuh, mak bapak aku bising-bising sruh dier pegi besok je. Adek aku mmg jenis selambe, so aku tak kisah apa pun sangat. Nak dijadikan cerita, hujan lebat haritu sampai KL banjir and adek aku lak stay kat umah akak aku since monorail rosak sbb hujan. Pagi besoknya, mak aku ckp sumething abt yg dah bgtau adik aku suruh postponed keluar tapi degil nak kuar gak. Aku diam jer. dalam hati aku cakap, hmm kalau umi ayah tak sound and terus merestui perjalanan adek aku, agaknya hujan lebat tak?

Aku rase jadi kakak-kakak aku dalam keluarga neh adalah perkara yang paling mencabar. Aku rase dorang neh paling kuat dari aku. Mak aku mcm telalu mengharap dapat sesuatu dari kakak-kakak aku. Lebih-lebih lagi bab memasak. Mak aku mcm slalu sangat nak sesuatu "surprise" semacam dier takyah masak dah, sbb kakak-kakak aku masak. Aku mcm pelik gak dgn perangai dier.

Lagi satu mak aku tak boleh tengok kalau kakak-kakak aku mudi. Mesti salah-sangka jer, ingat itu, ingat ini, walhal hanyalah melalui hari-hari yang tak elok jer. Bukan ker normal untuk manusia melalui hari-hari yang sedih? Lepastu kata kakak-kakak aku tak boleh bawak berbncanglah, nanti tarik muka lah. Tapi bukanker kakak aku selalu kalau ader papehal mengadu kat dier? hmmm.......

Then aku teringat kat kisah cinta pertama aku. Even though dah lama putus, tapi tersisa lagi ingatan aku.......

Penah sekali cinta aku tak balas sms, tak on hp sehari. Aku jadi kabut segala. Dalam diam aku marah2, dalam diam aku risau jugak. Macam-macam aku pikir dalam kepala yg terjadi kat dia. Adoi, sakit hati jugak rasanye. Aku tak tahu mcm mana nak ceritakan perasaan tu sebenarnya, tapi mmg rase mcm sakit sangat kat dalam hati sebab merisaukan seseorg. Padahal dia ok jer, just tadak batt sbb takde charger.

Aku nih jenis suka buat surprise kat cinta aku. Aku suka bg barang2 souveir kecik2 yg murah2 supaya dia ingat kat aku. Aku belikan T-shirt murah, aku belikan cicncin. Tapi cinta aku jenis tak reti nak surprise aku. Asyik aku kene mintak je. Even though dier akan buat apa yg aku mintak, tapi bg aku tuh mcm tak surprise dah. Aku mcm kecik hati sbb terase mcm tak disayangi. Tapi even tough dier belikan aku sumething yg aku mintak, aku akan tatap hadiah tuh, aku sentuh hadiah tu kalau bersendirian. Rasa mcm hepi semacam, rasa mcm diingati, rase mcm dihargai. Walhal hadiah tu cume seekor ladybird bergoyang dalam kotak kayu yang besarnya tak sampai segenggam.

Aku kuar ngan cinta aku, tapi haritu dier mcm senyap je. Aku try ini dia senyap, aku try tu dia senyap. Aku mcm bersalah. Aku ker yang buat dier mudi? Aku buruk sangat ker hari tu? Aku lukakan hati dia ke? Lama-lama aku pun jadi mudi sebab dier mudi. Aku ckp pun marah2 lepastu. Tapi aku tahu dier jadi lagi sedih sbb aku marah-marah.

Hmm, maybe semua tuh adalah namanya kasih-sayang. Mcm citer Gubra Yasmin Ahmad tu, "Why do we hurt the most, the ones we love the most?". Kita tak akan paham dengan kasih-sayang. Perasaan yg sangat complex. Aku sedar yand aku semacam umi aku bile berhadapan dgn org yg kita sayang. Tapi mungkin kita kene tukar cara kita concern abt somebody.

Maybe kita kene ubah segalanya. Less meragui, more merestui. Less sharing, more caring. Less taking, more giving. Less bersangka buruk, more berserah padaNya. Less anger, more love. Less take it seriously, more laidback. Yg penting, bila kita sayang seseorg hamba, dan kita mendoakannya, insyaAllah, doa tuh juga akan termakbul. Sbb itu janjiNya.

Dearest diriku. Aku harap aku ingat, bila aku dah ade anak, aku akan tanya dia, "Nak duduk sendiri atau nak duduk ngan ayah?". And aku akan cakap "Buatlah ape yg awak nak buat, tapi yg penting jgn sesekali tinggal sembahyang. Buatlah ape yg awak nak buat, kalau ade problem, jgn sesekali lupakan ayah. I always be there and bantu sedaya.".

Tapi aku sedar mmg tak mudah nak jaga anak-anak.........

mrFarhy: Ya Allah, aku tak terasa aku anak yg soleh, tapi ya Allah, terimalah doa kebaikan untuk kedua umi dan ayahku.

Wednesday, August 30, 2006

snake VS waters

Huh, aku tak tau nak letak apa for BENEATH STILL WATERS, sbb citer tuh so-so-so strange, so end-up letak waters jer kat main title sbb "hantu-hantu" semua berkisar sekitar air jer :P... Owh, SNAKES ON THE PLANE pun strange gak, tapi still bole diterima la. Ayooo, dua2 citer strange...

Both movies jenis thriller gruesome, ala yang bloody horror movie nyer type. Dua-dua mmg pelik. Tapi yg paling penting, tak payah bazirkan duit korg tengok citer Beneath Still Waters la, tak worth it langsung. Tak perlulah aku nak citer sinopsis sbb tak berbaloi langsung untuk difahami dan dimengertikan. Pelakon semua mmg pelik, ade sorg pompuan tu in hampir semua scene nak senyum jer; bila takut pun senyum, bila sedih pun senyum, bila memujuk pun senyum. Dahle semuanya mcm dubbing jer.. Ayoooo..... Kenapala dorg bazirkan duit buat such movies. Nasib baek org banjer aku tengok muvi tu.. huhuhu...

Citer Snakes On The Plane lak, hmm, so-so lah. Citer pasal nak selamatkan sorg murder witness dari dibunuh oleh ular-ular gila disebabkan hormon yang dilepaskan di dalam kapal terbang semasa penerbangan ke perbicaraan pembunuh yang mengambil masa 5 jam penerbangan. Yg strangenye pasal citer tu, ular mana la boleh jd way too defensive towards human, eventhough for hormonal reason sampai sanggup nak kejor manusia semata nak bunuh. Yg pelik sesame ular yg berlainan jenis dorg tak berbunuhan lak. Ayoo, insulting my intelligence looo... ngeee... Tapi kalau for the sake of nak rase terkejut, terjerit or terlompat dari seat, tontonlah citer Snake neh. Member aku siap menjerit lagi tengok citer neh.... Adoiiilaaaahhhhh....

MOVIE tips #2.
Don't watch both of these movies. Ayoooo..... unless mcm nak bazirkan duit sbb dah tak tau nak belanja ape lagi, tengok Snakes pun ckup lah...

mrFarhy: Monster House mmg paling syiok lah this month. Aiyohhh....

Tuesday, August 29, 2006

k i s a h C I N T A d o n g e n g

Kami berjalan, menyusuri pantai, tersentuh kaki pada pasir yg halus, tersapa pada ombak yg telus....

Bila ombak melalui aku, terlerai sudah sebelum mengenai dia. Aku sengaja, membiarkan ombak melepasiku dulu, supaya aku melindungi dia, bila ombak menerjah aku dulu, supaya membawa sesuatu dari ku kepada dia, sesuatu yg dia tak akan tahu dan mengerti....

Bila terhenti seketika, aku sengaja membiar dia menghadap ke laut, agar rambut mengerbang meninggalkan wajahnya, agar terpancar kilauan dari matanya, yg terbalik dari cahaya mentari yg hampir meninggalkan laut...

Aku biarkan sahaja mataku melihat wajahnya, matanya, aku biarkan sahaja dia melihat tepat dalam mataku, jauh dalam sudut hatiku, aku biarkan jari-jemarinya berpaut pada jari telunjuk ku, seakan keanakan, seakan baru lahir, memegang sesuatu bagai tak terlerai.

Kami diam membisu, kami biarkan diam membisu, kami bertutur walau diam membisu. Aneh sekali perasaan ini, bagai terlerai semua realiti dari jasad, kenapa harus sekali perasaan ini halus? Kenapa harus diperhalusi? Kenapa dia terus menghalusi? Semua bagai telah tersusun di sekeliling, satu persatu helaian rambut yg mengerbang bagai di susun walau rambang, semua bagai jatuh pada detik yang sama tapi tak serupa, semua bagai bercahaya tapi hitam gelap.

Aku tau dia cintakan ku. Dia tahu aku cintakan dia. Tak pernah berkata tapi tahu..... Tak terduga akal dan hati, hebat kan cinta?

Huhuhu, ntah tetiba mcm teringin nak tulis sumething yg ala2 romantikus... Hmm, ilham dari aku rase sweetest couple aku jumpe kat internet... hahaha, pelikkan, aku lak yg mcm excited.. Alsham and Ursha, 21st century of Uda dan Dara....

mrFarhy: Oi oi, aku tak penah lagi gi pantai ngan special lagi oi, jgn nak wat citer lakkk... ngeee...

Sunday, August 27, 2006

M . E . R . D . E . K . A .

Hmm, kenapa malaysian gamat nak sambut merdeka? Ada apa dengan merdeka?

Aku boleh dikatakan seorg yg bersifat patrioritik la jugak. Tapi aku bukan jenis untuk negara, aku jenis untuk rakyat dalam negara.

Persoalan aku. Kalaulah negara kita diserang musuh, adakah rakyat bangkit untuk berperang? Adakah org akan berperang dengan niat demi negara atau untuk agama Islam? Ada apa niat berperang demi negara? Kenapa keranamu Malaysia? Mati syahid ke kita kalau niat demi negara?

Hmm, berbondong-bondong org sanggup pergi KL berasak-asak semata-mata nak sambut Merdeka dgn penuh bersuka-ria, itukah merdeka? Mereka sambut apa? Besday Malaysia? Kene sambut besar-besaran ke?

Aku bukan tak gembira duduk di Malaysia yg makmur nih. Aku bangga duduk di sini. Tapi aku tetap akan sedih dgn keadaan org-org yg besar yg kaya-raya, yg tak memberi lebih untuk negara, sudah kaya lagi nak kaya.... Petronas contohnya, bangga dpt minyak sana-sini, tapi aku tak tahu kenapa diaorg tak boleh buatkan harga minyak negara rendah. Sapa yg kene tetap semua harga minyak? Kenape negara yg ade kekayaan pada minyak tunduk pada harga minyak dunia? Kenapa dorg kene gahkan malaysia dgn membina hospital untuk org kaya-kaya? bina bangunan tertinggi tapi tak sepenuhnya digunakan seperti Sears Towers yg rendah tapi digunakan sebaik-baiknya?

Kita ada kerajaan dan pembangkang. Tapi kenapa kene slalu bercanggah? Kenapa kene slalu memburukkan satu sama lain? Bukankah Islam mengajar kita untuk menutup kelemahan org lain? Kenapa diaorg tak boleh kerjasama? Kenapa pembangkang tak boleh nak menerima kerajaan? Kenapa tak tolong kerajaan kalau ada kuasa? Kenapa kerajaan tak buka mata untuk pembangkang? kenapa tak bg peluang pembangkang untuk bagi idea? Tapi kenapakah kene ade pembangkang? tak bolehkah kita semua bersatu dan dipanggil negara?

Semua persoalan yg aku bangkitkan untuk negara kita yg Merdeka. Merdekakah kita?

mrFarhy: Wah, wah, habes la aku kene ISA lpas neh....

MONSTER vs ant

Hmm kalau ikot realitinya, monster sure do akan pijak-pijak semut kan. :P

Aku dah tengok both movie ANT-BULLY dgn MONSTER HOUSE. Dipendekkan cerite Monster House is the best. Aku akan tengok 2nd time. Ant bully? Hmm, pegi carik dvd pirate je la. :)

Rupe-rupenye both animation bukan dari company yg slalu buat Computer Animation. Yup, bkn dr Pixar nor Dreamworks SKG. Both dari company yg aku tak penah dengar untk Animation. But sure do aku akan tengok production from Amblin Entertainment since dorg yg buat Monster House. Ant bully? i don't care sape yg cipta.. hahaha...

Okay, kenapa Ant Bully tak best? Senang jer, semua character dalam citer tuh tak "life like". Semua mcm katun yg tak reti berlakun. So, bygkan la katun yg tak reti belakon :P Harap suara2 katun jer dr org2 ternama (i.e. Julia Roberts) tapi semua mcm takde karakter yg menarik. Ditambah pulak dgn skrip yg mcm ntah la, rase mcm skrip yg sangat-sangat-sangat biasa. Lepastu that muvi good for 8 second memory jer, pastu kiter just forget abt that. Even aku tak ingat jalan citer camner tah.. huhuhu... Ayoo, citer neh mmg khas untuk kanak-kanak 12 tahun ke bwh...

Monster house pulak? Ayoo, persetan betul org yg buat cerita tuh, maner dorg dapat tah karakter2 katun tuh. Semua karakter dalam citer tuh melekat kat kepale aku. Lawak betul.. Skrip? Duhaii, laen dr yg laen... Aku tak tau kenapa bagus sngat dorg neh... And of course aku akan carik sumething dlm muvi yg tersentuh hati aku. Kalau tersentuh makanya cerita tuh bagus sbb ader msg yg berkesan. Kita tak seharusnya judge anybody sbb kita tak tahu ape yg dia alami or lalui, satu-satunya msg yg terbaek dlm citer neh. Yup, kite tak pernah tahu hati dan perasaan seseorg yg melalui kehidupan dier, maybe disebabkan trauma seseorg tu berubah dan menjadi protective terhadap apa yg disayanginya... Aku sematkan citer tuh dlm hati aku.. Sebelum tengok citer tuh, aku baru je lepas marah keling yg sound kakak aku mase keling tu mop lantai, tapi aku tak tahu ape yg keling tu lalui sebelum neh. Ewahh, nak marah kakak aku lak, aku harap ko ade alasan terbaik nak marah kakak aku, dah la menipu kata tak sound kakak aku... ishh aku mop muka hang kang.. ehh, sabo dek sabo... ngee...

MOVIE tips #1.
Go watch MONSTER HOUSE. Kalau nak tengok sngat Ant Bully, gi hari Rabu time tic murah.. trust me...

MrFarhy: Ayoo, ham lo ko ko sama sa ko to.. Hahaha, Saed suke ajuk neh... hahaha...

Saturday, August 26, 2006

Eyahoooo.... money, money, MONEYY!!!

Alhamdulillah, dapat USD 100 for 1st mth joining swisscash... Wlpun baru USD100 tapi aku gumbira... ngeee.... nak tau gak? Korg pegi this site http://www.swisscashproject.blogspot.com/

Meh le join akuuu... ngeeeee.....

mrFarhy: Uptrend kene tunggu Saed balik wooo... ngeee...

Wednesday, August 23, 2006

HORNETS[from]HELL

National Geographic buat satu dokumentari pasal giant hornets a.k.a tebuan gergasi, lebah madu eropah dan lebah madu jepun. By the way, tebuah gergasi tuh tak bermaksud tebuan sebesar manusia ker hape, just the biggest tebuan in tebuan's world lah. So rephrase "giant hornets a.k.a tebuan besar". :P

Apa yg menarik pasal tebuan neh? Tebuan besar neh mcm killer machine bile nak dptkan makanan untuk larva dorg (or shld I say "dsrang = diaserangga" since dorg for human :P). So it happens that 40 ppl mati every year in Japan shj disebabkan allergy reaction to hornets sting. Pastu 30 tebuan leh bunuh a colony of 30,000 madu lebah eropah in just 3 hours. Brutal gile.

Tapi yg paling menarik sebab madu lebah Jepun ade cara nak patahkan serangan tebuan gergasi neh. So, kite pendekkan cerite mcm neh: Memula sekor tebuan gergasi jumpe sebuah sarang lebah, tapi tebuan tu kene tinggalkan feromon kat sarang sbg tanda nak dtg balik with bala tentera tebuan dier. Tapi madu lebah Jepun bijak, lebah tuh jemput si tebuan masuk sarang dulu, bg tebuan tanda feromon die dlm sarang lebah. In the mean time, all lebah communicate each other by passing "tactics" by rubbing ekor and sayap each other and they do it so fast. Bile si tebuan dah mark feromon and nak kuar sarang, tetiba all lebah serang tebuan by bergumpal serentak kat sekor tebuan tu. Tapi si lebah tak sengat tebuan. Lebah yg dah melekap kat tebuan tu bergesel each other sampai they create heat yg bunuh tebuan tu. So si tebuan mati dan membawa lokasi sarang lebah bersama-sama ajalnya(chewah, dramatik seyyy...) Uih menarik kan?

Huh tertarik tul aku tengok, camner binatang sekecil tuh pun Allah bg kekuatan nak berfikir strategi. Okay cube tengok balik:
1. Even madu lebah Jepun pun creative as org Jepun. Ayoooo....
2. Aku tengok madu lebah Jepun tu serang serentak, bukan mcm madu lebah eropah, serang sekor-sekor, tu yg tebuan senang nak bunuh lebah eropah. Betapa pentingnye jemaah.
3. Madu lebah lak tuh communicate sblum nak serang tebuan, yg lebah eropah mcm dah panik jer. Penting to calm down even bala jd depan mata.
4. Madu lebah Jepun solve problem from the mukadimah problem tu, means that dorg bunuh the first tebuan yg jd "marker" tu supaya lokasi sarang lebah tak diketahui. Prevention is better than cure!
5. Yg paling menarik dorg dpt tahu yg tebuan punye highest withstand suhu is 115 degree fahrenheit but lebah punye 118 dgree. Tu yg jd weapon ntuk bunuh tebuan tu by heat yg dorg buat mase bergumpal each other.. Ilmu tuh penting kan...

Hmm, tak ker semua tuh boleh apply kat kehidupan kita melawan zionis? Fikir la sendiri sbb haiwan pun terer. :)

mrFarhy: Ya Allah selamatkanlah org Islam yg teraniaya di seluruh Dunia. Kau Maha Mengetahui yg terbaik ya Allah....

Tuesday, August 22, 2006

R A K S A S A laut.

Hmm, tetibe teringat kisah Tsunami.

Bulan Dec mase tuh. Aku kat genting ngan kengkawan yg baru balik dari US. Saje jer diaorg nak gi tido sehari kat genting. Mlm tu kat aku mcm takde mood nak kuar, so dorg sume kua jejln, aku dok dlm bilik tengok tv. Majalah 3.

Yup, dorg buat documentari pasal Tsunami. Aku teringat kisah sorg bapa ni jer..... Aku teringat kisah anak dier.....

"Dari jauh saya nampak mcm line putih kat laut. Saya tak tau apa bende tuh, jadi saya tengok je lah. Saya pulak mase tuh taklah terlalu dekat dgn pantai, antara rumah dgn pantai. Tapi tiba-tiba saya tengok ombak bergulung lain mcm, sampai naik ke darat. Tinggi hanya Tuhan yg tahu. Saya tahu ombak tu mesti sampai ke rumah, jadi saya berlari ke rumah."

"Sampai di rumah saya terus jerit semua org keluar dr rumah. Saya capai anak saya. Tapi belum sempat buat apa-apa, ombak terus menerjah dinding depan rumah saya. Dinding roboh dan saya dakap anak saya dan saya letak atas meja. Air berputar dalam rumah, saya tak sangka bole jd mcm tu."

"Selpas ombak pertama, saya cepat2 dakap anak saya. Anak saya tak henti2 sebut "Ya Allah selamatkanlah kami, Ya Allah selamatkanlah kami...""

Teresak-esak pakcik tu bercerita. Aku mmg tak tahan sebak. Budak yg masih kecik tapi dah meminta bantuan dari yg paling Berkuasa. Tak pulak dier sebut "papa, selamatkan kami, papa selamatkan kami".....

Aku tak ingat ape jd lepastu, tapi yg pasti ombak kedua yg paling besar did sumething to them...

Aku terbayang air muka budak tu mase menyebut nama Allah....

mrFarhy: Ya Allah selamatkanlah kami semua...

Friday, August 18, 2006

B A R A N

Amarah neh sesuatu yg menakutkan aku... Aku kalau bole, seboleh-bolehnya nak tutup kemarahan aku. Mcm adek laki aku, Rushdi, dier selambe jer. Aku rase jrg tengok dier marah.

Hmm, aku rase sekarang makin bnyak berubah... Dulu aku jenis penyabo, dulu aku jenis tak kisah, dulu aku jenis pendiam. Tape sekarang aku jenis nak cepat, sekarang aku jenis nak marah, sekarang aku jenis cepat melatah.

Kenapalah berubah. Aku rase maybe sejak aku bekerje. Hmm, aku rase bila kiter dah bekerje, kita dah start jd org lain sbb pressure, sbb dah "berani", sbb persaingan... Ntahlah, yg pasti aku berubah....

Waktu neh aku masih bekerje. Aku lak nak balik. Mcm biase kat KL Sentral, aku dah ade "spot" aku kat Platform 6 ke seremban tuh. Pintu masuk komuter slalunya akan berenti kat "Spot" nih, almaklumlah aku neh observant. :P

And mcm biaser sudah, komuter mmg slalu ader saje halnya, maka org pun dah makin meramaikan diri kat Platform 6 tu.. Ramai... terlalu ramai.. mau roboh platform made in Malaysia tuh... hahaha...

Setelah sekian waktunya, komuter yg dijanji-janjikan pun berkunjung tiba, sesak-sesak semua berpusu-pusu ke depan... Mak aiii, dlm komuter pun dah penuh... Aku yg panas tuh masih berdiam diri...

Bile komuter dah berhenti, org2 depan berasak-asak nak masuk, org belakang bertolak-tolak kononnya dptla masuk, org kat dalam yang nak keluar pulak terus tersumbat.. Aku dgn hati yg panas slambe sound "Ya Tuhan, Kampungnyeee.... Bagi la org keluar dulu..." ditujukan khas kat org yg berasak-asak. Disebabkan mereka-mereka lah org yg nak keluar dr train jd lambat.

Lepastu bila habis jer org keluar, org belakang yg sebok dok menolak2. Org yg kat depan2 termasuk aku, mcm effortlessly masuk dlm train sbb depa dok sogok dr blakang.

Bile aku dah masuk and aku menghadap betul2 kat depan pintu komuter, org2 kat luar pintu still berusaha menolak-nolak masuk train even though mmg dah tak muat seko pun. Perempuan-perempuan kat blakang aku makin terhimpit, pintu takleh tertutup, aku dah makin angin.

Dengan tak semena-mena, aku keluarkan suara jantan aku yang tak pernah aku keluarkan sebelum neh.... "DAHHH!!! DAHHH!!! BERHENTIII!!! TAK NAMPAK KE DAH PENUH!!!! KE BELAKANG SEMUAA!!!!! Kang ade perempuan yg lemas!!"... Ni bukan tahap marah, ni tahap keluar suara Jantan dah, nada paling tinggi aku pernah buat.

Semua org terdiam, betul2 terdiam.... Org kat luar terus berundur dari pintu komuter. Pintu komuter depan aku terus tertutup. Pintu komuter yg sebelah sana masih tak boleh nak tutup since org still berasak-asak lagi. "Sabar dek sabar", tgn sorg pakcik menepuk-nepuk belakang bahu aku. Aku malu... Nak cover malu, aku pun tegur perempuan2 blakang aku "Semua okay ker?!!". Then aku terus diam.... Beberapa minit baru bertolak sbb pintu laen tak tutup lagi...

Dalam perjalanan aku malu... Aku menggigil... Aku taksub... Kenapa aku boleh jd mcm tu?

Aku berjanji pada diri aku sendiri, aku tak akan keluarkan BARAN aku lg. Aku malu dgn perasaan marah. Aku harus lebih berdiplomasi. Aku teringat Rasulullah S.A.W. sngat malu nak menunjukkan perasaan marah...

Hmm, haritu aku dah menilai org laen... sesuatu yg aku rase tak patut aku buat.... bodoh tul aku.
mrFarhy: Ya Allah, ampunkan aku. Aku teraniaya perasaan org lain tanpa aku sedari....

Thursday, August 17, 2006

WORDS-looks-DEJAVU

Atuk aku penah sebut satu pepatah Arab,
"Luka terhiris pisau senang nak sembuh tapi hati yg terluka dgn kata-kata susah nak disembuh"
Sampai sekarang aku still ingat pepatah Arab ni.......

Kekadang aku rase hati aku ni mcm kaca - keras, berkilat tapi senang pecah. Sebab aku mudah tersentuh and terluka dgn kata-kata.

Yup, WORDS yg keluar dari mulut. Aku pun tak paham kenapa la aku sensitip sngat. Adakah sbb aku hargai kata-kata? Adakah sebab aku terlalu ambil kira apa yg org ckp?

Aku paling sedih bile org "menyuarakan" pendapat diaorg pasal rupe aku.....
"Your hair is too long Farhi, it's ugly, please cut it"
"Besarnyer jerawat kat leher tuh, bisul ke jerawat?"
"Buruknye stail rambut ko."
"Ape jenis fashion ko pakai neh?"

Nak dijadikan cerita, aku nih dah lama hidup dgn kulit sensitif, so muke aku selalu ade jerawat. Jadi org selalu tegur about jerawat-jerawat aku yang grand tuh. Even though kekdg they approach me dgn cara concern, tapi aku terase. Aku tak tahu mcm maner nak explain perasaan dalam hati aku, tapi yang pasti aku terase rendah diri, aku terase buruk, aku terase mcm rupe adelah segala-galanya.

Aku sedih bile terkenang cara ayah aku berkata-kata tentang wajah aku semasa dalam perjalanan nak pergi solat Jumaat. Aku tahu ayah aku concern, tapi kata-kata yang dilepaskan mcm menikan jauh dlm sudut hati. Aku menangis dalam hati mcm tak tahu mcm mane nak ubati diri aku, ubati luka aku. "Muka tu penting. Sapa nak ambik keje kalau muka mcm tu?", ayat yang paling kejab tertanam dlm hati aku. Aku terdiam sepanjang perjalanan ke Masjid....

Petang tu, aku masuk toilet untuk mandi petang. Aku basahkan rambut, aku capai sarung tgn scrub badan aku, aku gonyoh2 sabuh mandi kat scrub badan yg kesat tu.. Dgn linangan air mata aku scrub muke aku dgn scrub bdn tuh, sesuatu yg aku tak sangka aku akan buat. Perasaan hiba mcm dah tak tertahan dah, aku tak terasa sakit kat muka tapi sakit kat hati. Aku bilas muka aku and aku sedar darah2 kecik mengalir dr jerawat-jerawat aku. Bertompok2 kecik darah bila aku lap muka di towel mandi putih aku. Aku tak sanggup untuk even menjeling ke cermin.

Ya Allah, aku tak tahu mcm mane aku boleh lalui perasaan aku dulu tapi aku ingat, betapa aku benci tengok muke aku dalam cermin, betapa aku sedih bile org mention about ubat2 untuk jerawat, betapa aku rase bersendirian bile aku malu nak kuar rumah just because of it.

Alhamdulillah sekarang jerawat2 makin kurang tapi bekas2 mmg masih jelas, lebih2 lagi bekas2 luka kat hati.

Semalam, aku hampir menitiskan air mata..... bila ade org tegur pasal jerawat aku. Aku tahu maybe dia just concern, tapi aku teringat kembali kata2 ayah aku pasal jerawat aku, aku terase mcm DEJAVU, semua terjadi kembali...... Tu lah, kata2 dari org yg kite syg akan selalu kite ingat, lebih2 lagi yang menghiris hati.... Tapi aku cepat2 tenangkan hati sebab aku tau org tu just asking....

Aku rindu keadaan semase aku kanak-kanak dan naive, aku tak ikut rupa paras untuk berkawan, aku tak kesah rupa apa pun yg dtg, aku berkawan dengan semua org. Tapi bile dah dewasa, org semakin prejudis dgn keadaan rupa paras kita tanpa terlintas apa isi hati dan perasaan kita.

Tapi aku skrang sedar, ader hikmah Allah bg ujian tu. Supaya aku lebih berhati2 dgn kata-kata. Supaya aku tak mudah mengkritik paras rupa seseorg. Supaya aku sedar jgn menilai seseorg yg kita tak kenal. Aku tak layak menilai...

Ya Allah, hambaMu ini tiada sebarang kecantikan, hambaMu ini penuh cacat-cela, hanya diriMu ya Allah yg penuh kecantikan dan kesempurnaan.

Mungkin sebab tuh aku cepat terasa dgn kata-kata, walaupun org tak bermaksudkan ape-ape.....

mrFarhy: Kawan aku mintak maaf bile die tersedar yg soalan dier sensitif. Aku sngat-sngat hargai dier sbb dier meminta maaf. "Sorry" adalah ubat untuk luka dr kata-kata.

Wednesday, August 16, 2006

L O, L O, L O V E, whut love is.....

Apa maksud LOVE pada pandangan mata bebudak kecik:

"When my grandmother got arthritis, she couldn't bend over and paint her toenails anymore. So my grandfather does it for her all the time, even when his hands got arthritis too. That's love."
Rebecca- age 8


"When someone loves you, the way they say your name is different. You just know that your name is safe in their mouth."
Billy - age 4


"Love is when a girl puts on perfume and a boy puts on shaving cologne and they go out and smell each other."
Karl - age 5


"Love is when you go out to eat and give somebody most of your French fries without making them give you any of theirs."
Chrissy - age 6


"Love is what makes you smile when you're tired."
Terri - age 4


"Love is when my mommy makes coffee for my daddy and she takes a sip Before giving it to him, to make sure the taste is OK."
Danny - age 7


"Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk more. My Mommy and Daddy are like that. They look gross when they kiss"
Emily - age 8


"Love is what's in the room with you at Christmas if you stop opening presents and listen."
Bobby - age 7


"If you want to learn to love better, you should start with a friend who you hate."
Nikka - age 6


"Love is when you tell a guy you like his shirt, then he wears it everyday."
Noelle - age 7


"Love is like a little old woman and a little old man who are still friends even after they know each other so well."
Tommy - age 6


"During my piano recital, I was on a stage and I was scared. I looked at all the people watching me and saw my daddy waving and smiling. He was the only one doing that. I wasn't scared anymore."
Cindy - age 8


"My mommy loves me more than anybody. You don't see anyone else kissing me to sleep at night."
Clare - age 6


"Love is when Mommy gives Daddy the best piece of chicken."
Elaine-age 5


"Love is when Mommy sees Daddy smelly and sweaty and still says he is handsomer than Robert Redford."
Chris - age 7


"Love is when your puppy licks your face even after you left him alone all day."
Mary Ann - age 4


"I know my older sister loves me because she gives me all her old clothes and has to go out and buy new ones."
Lauren - age 4


"Love is when Mommy sees Daddy on the toilet and she doesn't think it's gross."
Mark - age 6


"You really shouldn't say 'I love you' unless you mean it. But if you mean it, you should say it a lot. People forget."
Jessica - age 8

Tuesday, August 15, 2006

t o h T A N A H

Tanah....
Berjanjilah pada ku,
Aku dari asalmu,
Berjanjilah pada ku,
Terimalah aku seadanya,
Berjanjilah pada ku,
Temanilah diriku.

Tanah....
Yakinlah pada ku,
Ku cuba menjadi yg terbaik,
Yakinlah pada ku,
Ku cuba berbakti pada mu,
Yakinlah pada ku,
Ku cuba memahami ku.

Tanah....
Lindungilah keluarga ku,
Temanilah saudara-mara ku,
Terimalah sahabat-handai ku,
Jagalah mereka yg lalu.

Wahai Tanah....
Kan ku kembali pada mu,
Suatu hari,
Kita kan bertemu dan menjadi satu.

Wahai Tanah,
Ciptaan Tuhan ku,
Biarlah ku berbakti padamu,
Berjanjilah pada ku,
Kau balas bakti ku...

Aku juga tanah....

note: Aku buat nih just to remind myself of kematian and my cita-cita nak jadi petani yang berjaya.. yalah, asyik2 cine jer yg pandai guna tanah.... :P

mrFarhy: Toh adalah bahasa Hokkien yg bermaksud tanah, courtesy of my friend Daniel. Aku ambik bahasa cina sbb aku rase cina paling bnyak jd petani komersil berbanding melayu. Jeles aku...

[M u m]'s the word.....

"Seal up your lips, and give no words but mum."
2 Henry VI (1:2) Shakespeare

Chewahhh, gempak sey, siap ade kata2 incik Shakes lagi. huhuhu, opening musti grand....

Tapi sbenarnye aku bukan nak citer pasal "keeping secret", tapi more to word "mum". Ha'a. umi, mak, ibu, mama and whatsoever lagi la gelaran untuk seorang perempuan yang sudah melahirkan anak.

Ntah tetibe teringat balik bende nih, and setiap kali aku ingat balik, mesti aku rase sebak.... Baru aku sedar aku takleh tengok Umi aku terluka....

Dah lame dah neh, mase tuh aku kat bilik. Umi ngan kak Sherli (my beloved 2nd kakak) tgah masak lunch. Masak lunch kat dapur la kan takkan kat toilet lak. :P

Tetibe time aku syok2 buat aper tah, kak Sherli jerit2 kat tangga "Fahy!!! Fahy cepat!!!", aku pun bkak pintu sahut "MENDER!!!!" aku mcm biaser ah, angin la gak kalau org kacau aku tngah buat aper tah. "Cpat trun!! Tgn Umi kene parut kelape".....

Ya Allah, time tuh aku tak tau napa bile dengar parut kelape jer aku dah pikir mcm2. Aku terbayang umi punye jari kene teruk ngan parut kelape tuh. Ape lagi berlari la aku ke bwh, sambil mcm tak tahan risau nyer mcm mane pun aku tau and aku tak tau kenpae aku risau sngat.

Aku bukak je pintu dapur blakang aku tengok Umi tengah balut jari dier dgn tisu2 bebanyak.. Aku ape lagi mcm dah gabra seakan-akan gubra lak.. :P Habes darah bertompok2 kat tisu putih tuh. Aku cepat2 sambar First-aid box kat dapur tuh (huhuhu, bergune gak jadik ahli PBSM mase sekolah rendah, aper taknyer kalau tak, ayah aku tak beli first-aid ntuk aku tuh... hehehe).

Time tuh aku dok asyik tanye Umi ok ker tak, Umi ok ker tak, sambil keluarkan minyak gamat ngan kapas dari first-aid. Aku tengok Umi ok jer, sbb Umi pun ckp dier ok jer. Aku pun keluarkan tisu2, letak gamat bebnyak...

Kuku kat jari telunjuk mcm terhancur sket, tapi aku tak ingat severe maner. Tapi yang pasti aku ingat perasaan aku mase tuh, sambil aku sapu ubat tuh, aku tak dpt tahan air mata aku... Makin aku sapu ubat kat tgn umi, makin sebak aku rase... Sampai ke tahap aku menangis tesedu-sedan kat depan Umi sambil kata Umi ok ke nih, umi ok ke nih, maybe nak cover yg anak dier menangis tengok mak dier terluka.. Mmg aku tak tau kenapa, tapi aku mmg surely menangis bagan, bukan sbb tengok darah, tapi sbb tengok umi tercedera.

Umi still ckp dier okay je, jgn risau, umi takde pape.

Lepas siap balut ngan dressing, aku lap muka aku kat sleve lengan pendek baju aku, mcm reaksi biase org yg mengelap muka gune bahu, maybe sbgai tanda yg everything will be okay and I'm fine....

Aku still sebak kalau ingat balik, time umi terluka....

mr Farhy: Ya Allah, bahagiakanlah kedua umi dan ayah ku di dunia dan akhirat. Haramkanlah api neraka ke atas mereka berdua, tempatkanlah mereka di dalam syurga mu ya Allah. Peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku malah gandakanlah ia.

Saturday, August 12, 2006

SureORnot?

Saed: Hello.....
Pompuan Cino: Helloo......
Saed: Yess....
Pompuan Cino: Who are you? (ngan pelat cinonyer yg terunik).
Saed: Who are youuu?! (nada mcm bengang sket ngan pelat melayunyer yg tersendirik... hahaha).
Pompuan Cino: Can i speak to Lam? (kasor sket caranye)
Saed: Sorry wrong number... (penyabo orgnyer)
Pompuan Cino: Are you sure this is your number?
Saed: Haaa??? Of course (nak marah pun nak tegelak)
Pompuan Cino: Soli arr... (terus letak)....

Aku mcm konpius gak, ader ke org tanya sure ke tak ni no tepon ko?

Wednesday, August 09, 2006

|Na|+|wai|+|tuu| = Niat

Aku belajar sumething yg bagus tday... Niat...

Allah S.W.T mmg Maha Mendengar isi hati hambaNya.

Semalam, aku gaduh besar dgn Saed over business dier. Aku mcm bengang sbb dier mcm tekejar2 dgn keje dier tuh. Aku mcm kecik ati sbb time aku sakit la dier dok sebok2 wat keje. Aku lak mcm biase (genes from my parents... hehehe) cpt ah melenting.

Saed terase...And tetibe saed for the 1st time menangis tersedu-sedan, sebak-menyebak, tersekat-sekat citer pasal why dier bersungguh-sungguh nak wat business dier tuh. Dier citer pasal harapan dier and determine nak hantar mak ngan bapak dier gi Umrah. Dier citer pasal family dier yang dier pikir porak-perande. Dier citer pasal dier envy ngan family aku yg such pandai jg solat and membuatkan dier jaga solat. Dier citer kat aku yg aku slalu bg dier dorongan untuk dier buat sesuatu. Dier citer kat aku dier harap aku paham dgn keadaan die...

Saed menangis teresak-esak... sesuatu yang tak pernah dier buat sblum nih... sesuatu yg dulu aku slalu lepaskan kat dier time aku keje jd engineer... sesuatu yg terkesan dalam hati aku...

Time tuh aku still ala-ala marah ngan dier... So, aku just ckp "Dah lah tuh, dah lah tuh" dgn nada marah.... Tapi Ya Allah, ko Maha Mengetahui... Dalam time aku marah tuh aku berdoa dalam hati "Ya Allah, mulianya niat seorg anak... Ya Allah, aku dengarkan seorang anak membuat sesuatu untuk ibu bapanya.. Ya Allah yg penuh kasih-sayang, aku masih dalam kesakitan, dalam dugaan mu (time ni aku mmg tngah demam panas), Kau telah berjanji doa kami yg diuji akan termakbul... Makanya Ya Allah, aku berdoa agar kejayaan menimpa ke atas abgku ini. kejayaan yg aku tak dapat berikan ya Allah.. kejyaan yg hanya kau sahaja mengerti Ya Allah.. kejayaan yg hanya ko sahaja mengetahui Ya Allah.. TuhanKu.."

Pastu dier pun smyg and baca Yassin nak tenangkan hati dier. Pastu dier mintak izin kuar nak jumpe downline dier.

Bile dier dah kuar, aku msg dier yg aku nak ikut.. walaupun time tu aku tngah demam sket (dah ok dah) and sakit2 badan sikit. Dier boleh patah balik ambik aku, aku terharu. jadi aku pun kuatkan diri nak bg dier semangat.

Dalam kete dier citer yg Group dier mcm paling pesat membangun.........

Dalam hati aku "Ya Allah, kau lagi cepat Maha Mengetahui niat hambaMu", aku tahu, sebb niat dier lah dier cpt berkembang... wallahua'lam....

mr Farhy: Alhamdulillah, dah lame aku tak kene demam, rase mcm Allah ingat gak kat aku, sobs (teharu)...

Monday, August 07, 2006

Beauty Tips#1

Hahaha, concern jugak aku kat beauty erk... Bukan ape, aku neh jenis kulit yg sensitip sngat. Mak aku ckp aku mase kecik2 pakai sabun2 mahal jer. Adek-beradek laen pakai Johnson and johnson jer, aku pakai Seba Med yg grand.. Ayoo, kecik2 dah high maintenance.

So skang aku mcm mencari bender untuk kurangkan jerawat aku without spending so so so much money kat beauty product. Biaserla, kalau murah2 maner berkesan ye dak...

So I'm looking at naturale beauty product yg bleh kite buat sendiri, yg tadak chemical.. So, yok start officially... hehehe....

Beauty Potion#1:
Jd neh first tips for muka berjerawat. Gunalah Habbatus Sauda! So beli habbatus sauda ngan olive oil. Just mix a bit of habbatus sauda and olive oil together, ala ckup2 ntuk letak kat jerawat yg kecik tu lahh... Pastu tepek la kat jerawat. Sblum tido pun okay gak asalkan kome tak tido gasak sana sini lah.

Alhamdulillah dgn InsyaAllah jerawat aku lebey cpat kering. Tapi yg Islam tuh, yakin yek kat Allah, bukan Habbatus Sauda yg keringkan..

Habbatus Sauda (atau bahasa mat salehnyer Black Seed) neh bnyak kelebihan. Sebab aper bnyak kelebihan?, sebab dah ade hadis sahih yg menyatakannya:
"Tetaplah kamu dengan Al-Habbatul As-Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat segala penyakit
kecuali As-Sam (maut)"
Riwayat Bukahri dan Muslim

So kalau ader riwayat neh, tak perlu lah nak sangsi dgn keupayaannya sbb aku yakin apa yg Rasullullah S.A.W sampaikan adalah benar belaka.

Kalau nak tau dgn lebey lagi, gi kat
http://www.themuslimwoman.com/herhealth/blackseeds.

Yg neh siap dlm bahase indon lagi, hehehe
http://www.mail-archive.com/jamaah@arroyyan.com/msg00892.html or
http://vbaitullah.or.id/index.php?option=content&task=view&id=561&Itemid=43

Yg neh lak ader la testimonial skettt,
http://norhalizah.multiply.com/market/item/11

Harap tips aku neh berkesan ntuk kome amalkan... InsyaAllah...

mr. Farhy: Eh, aku bukan nak promote ubat neh ek, jgn ko ingat aku jual lak... tapi murah jer.. satu bekas besar gila harga RM30 jer, tapi pakai mcm 1/4 sudu jer. masyaAllahhh...

Whut Am I Doing maaa???!!!!

Yup, now I think I should work... Yeah I'm ready worlddd!!!!!

No way to government... LOL... Bukan ape, aku rase mcm tak layak keje Gomen, with all the Interviews and Courses, ayoo, aku takkan lepasnyer interview. Aku mmg lemah bab interview. Alhamdulillah aku tau aku bole buat kerje, tapi kalau start with interview aku tak yakin bleh lepas. Thanks Allah, selama aku keje, interview aku mcm kijap and senang jerh.. hehehe....

No way to engineering... ngeeee... Aku tak sukeeeeeeeee jd jurutera!!! Tapi Alhamdulillah ader pengalaman menjadi jurutera and Alhamdulillah my cita-cita mase kecik nak jd jurutera tercapai jua... Tapi tak tahhannnnn... hehehe....

No way to oil and gas... yup... Aku against working with oil. Aku rase mcm manusia neh bodoh sngat, with all the technologies bersusah payah nak korek tengah laut, why dorg tak bazirkan duit over things yg senang dapat, buat la kajian enjin air ke hape. And aku rase manusia neh terlalu bergantung harap kat minyak.. Kalau tadak minyak kete tak jalan lah.. Adoii... Lagi satu org yg pegang Minyak mcm tak reti nak buat sumething yg berguna dari kekayaan minyak tuh untuk other ppl.. mcm Petronas, mcm Arab saudi, kaya dgn minyak, tapi dorg je kaya, tak pandai nak guna kekayaan. Yg malunya dorg neh semua Islam... huhuhu...

Tapi skang aku tanak kijer dgn org ler.. Aku tanak 8 to 5 lagi la... Cita-cita aku nak bukak business...

So this is my plan! InsyaAllah saje lah...
  1. Buat passive income. So aku join Swiss Cash.. Bgus gak mende neh, dari savings aku tak berkembang dok dlm bank, lebey baek aku invest kat Swiss Cash. Kalau nak tau lebih lagii pasai Swish Cash, click aku!
  2. Buat active income dgn Saed. Saed my bset buddy, mcm abg aku dah. Aku ngan dier set-up Uptrend2u. Aku rase mender neh bgus gak.. Hari-hari duit dpt masuk bank. RM200-300 gak.. Nak tau pasai neh? Call Saed kat 012-2501314.
  3. Then projek Mega aku... Aku nak bukak business Amarus project kat kedai mak aku...

Aku tawakal jer kat Allah, tapi kene usaha gak la kannn.... InsyaAllah.. Ameennn...

mr Farhy: Yg business 1 and 2 tuh org ramai yg laen leh join ek, just call us kat no.2 tuh. Strictly for business..

Sunday, August 06, 2006

Bermaen dgn picasa...


First timer nehh... chantek ahhh.. Ni gamba kat offshore.
 Posted by Picasa