Tuesday, August 15, 2006

[M u m]'s the word.....

"Seal up your lips, and give no words but mum."
2 Henry VI (1:2) Shakespeare

Chewahhh, gempak sey, siap ade kata2 incik Shakes lagi. huhuhu, opening musti grand....

Tapi sbenarnye aku bukan nak citer pasal "keeping secret", tapi more to word "mum". Ha'a. umi, mak, ibu, mama and whatsoever lagi la gelaran untuk seorang perempuan yang sudah melahirkan anak.

Ntah tetibe teringat balik bende nih, and setiap kali aku ingat balik, mesti aku rase sebak.... Baru aku sedar aku takleh tengok Umi aku terluka....

Dah lame dah neh, mase tuh aku kat bilik. Umi ngan kak Sherli (my beloved 2nd kakak) tgah masak lunch. Masak lunch kat dapur la kan takkan kat toilet lak. :P

Tetibe time aku syok2 buat aper tah, kak Sherli jerit2 kat tangga "Fahy!!! Fahy cepat!!!", aku pun bkak pintu sahut "MENDER!!!!" aku mcm biaser ah, angin la gak kalau org kacau aku tngah buat aper tah. "Cpat trun!! Tgn Umi kene parut kelape".....

Ya Allah, time tuh aku tak tau napa bile dengar parut kelape jer aku dah pikir mcm2. Aku terbayang umi punye jari kene teruk ngan parut kelape tuh. Ape lagi berlari la aku ke bwh, sambil mcm tak tahan risau nyer mcm mane pun aku tau and aku tak tau kenpae aku risau sngat.

Aku bukak je pintu dapur blakang aku tengok Umi tengah balut jari dier dgn tisu2 bebanyak.. Aku ape lagi mcm dah gabra seakan-akan gubra lak.. :P Habes darah bertompok2 kat tisu putih tuh. Aku cepat2 sambar First-aid box kat dapur tuh (huhuhu, bergune gak jadik ahli PBSM mase sekolah rendah, aper taknyer kalau tak, ayah aku tak beli first-aid ntuk aku tuh... hehehe).

Time tuh aku dok asyik tanye Umi ok ker tak, Umi ok ker tak, sambil keluarkan minyak gamat ngan kapas dari first-aid. Aku tengok Umi ok jer, sbb Umi pun ckp dier ok jer. Aku pun keluarkan tisu2, letak gamat bebnyak...

Kuku kat jari telunjuk mcm terhancur sket, tapi aku tak ingat severe maner. Tapi yang pasti aku ingat perasaan aku mase tuh, sambil aku sapu ubat tuh, aku tak dpt tahan air mata aku... Makin aku sapu ubat kat tgn umi, makin sebak aku rase... Sampai ke tahap aku menangis tesedu-sedan kat depan Umi sambil kata Umi ok ke nih, umi ok ke nih, maybe nak cover yg anak dier menangis tengok mak dier terluka.. Mmg aku tak tau kenapa, tapi aku mmg surely menangis bagan, bukan sbb tengok darah, tapi sbb tengok umi tercedera.

Umi still ckp dier okay je, jgn risau, umi takde pape.

Lepas siap balut ngan dressing, aku lap muka aku kat sleve lengan pendek baju aku, mcm reaksi biase org yg mengelap muka gune bahu, maybe sbgai tanda yg everything will be okay and I'm fine....

Aku still sebak kalau ingat balik, time umi terluka....

mr Farhy: Ya Allah, bahagiakanlah kedua umi dan ayah ku di dunia dan akhirat. Haramkanlah api neraka ke atas mereka berdua, tempatkanlah mereka di dalam syurga mu ya Allah. Peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku malah gandakanlah ia.

3 comments:

rahsia said...

Assalamualaikum pembuka bicara,
buka tirai bicara kita,
telahku baca setiap cerita,
aku hikmah bila membaca.

Sekarang ni tepat pukul 2.20 minit petang. Macam bisa Farhi, aku leka mengadap PC, sebelum aku latihan vokal untuk persembahan di PWTC nanti, jgn lupa datang ok 29 Ogos 2006 pukul 12.30 tgh.

Oh ya setelah aku baca dan amatinya, aku nampak gerak tari kasih sayang kau Farhi. Aku bangga mempunyai seorang sahabat yang amat kasih akan ibunya, dan sudah wajib kita begitu kan.

Tiba-tiba saja aku teringat, waktu aku kat kampung Farhi. Kampung Air Hitam Darat, Masjid Tanah Melaka. Itulah kampung aku. WAktu tu musim menuai padi. Biasalah Farhi orang kampung, aku sama-sama menolong ke sawah untuk menuai padi yang dah masak. " Baik-baik menyabit tu Min, nanti luka, sabit tu tajam. Ikut cara mak pegang sabit ni, pesan Mak padaku agar berhati-hati. Tak sampai beberapa minit, sabit dah makan jari telunjuk. " Aduh ! Mak tangan along kena sabit" jerit aku, mak terus berlari ke arah aku Farhi. Ditanggalkanya tudung kepala, dan dikoyakkan tudung tu untuk balut jari aku yg kena sabit. Masa mak balutkan luka tu, aku terasa sangat kasih sayang sdeorang ibu. Emak along sayang. Dan semestinya memang aku jaga kasih sayang aku dgn mak dan abah kat kg. tapi billa dah bekerja ni, aku sibuk, aku mesti pastikan setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan aku akan balik ke kampung. Biasalah Farhi, aku ni publik figure, milik masyarakat, aku juruhebah di klasik nasional, hos risensi buku Selamat Pagi Malaysia, Menyanyi utk album, menulis artikel, cerpen, puisi, lirik lagu, puisi tradisional dll. Itulah dunia aku Farhi.

Aku tahu dan aku nampak sifat seni yg kau ada. Aku rasa aku boleh baca ttg sifat dan sikap kau Farhi, sambil aku membaca semua blog kau, aku nampak diri kau didalamnya. Nak tahu kena tanya aku sendiri. ;-P

Anonymous said...

hmm.. at first aku ingat 'terluka' as in figuratively... sbb most of the time aku bace blog org, 'hati terluka' la etc. so i thot it gonna be d same 'terluka'.. then after baca smp abes, br la aku tau yg 'terluka' as in literally... hehehe...

neway, kagum la ngn ko.. syg yg amat kat umi ko... siap leh nangis lagi tu... mesti umi ko bangga ada anak cm ko.. keep it up dude...

Anonymous said...

akceli nangis dpn org baca blog neh...mana bley lupa dat incident!!! n i do still nangis bila ingat every inch incidents dlm family kita... watever it is, akceli tetap syg family akceli! i wouldn't want to trade with others!