Thursday, August 17, 2006

WORDS-looks-DEJAVU

Atuk aku penah sebut satu pepatah Arab,
"Luka terhiris pisau senang nak sembuh tapi hati yg terluka dgn kata-kata susah nak disembuh"
Sampai sekarang aku still ingat pepatah Arab ni.......

Kekadang aku rase hati aku ni mcm kaca - keras, berkilat tapi senang pecah. Sebab aku mudah tersentuh and terluka dgn kata-kata.

Yup, WORDS yg keluar dari mulut. Aku pun tak paham kenapa la aku sensitip sngat. Adakah sbb aku hargai kata-kata? Adakah sebab aku terlalu ambil kira apa yg org ckp?

Aku paling sedih bile org "menyuarakan" pendapat diaorg pasal rupe aku.....
"Your hair is too long Farhi, it's ugly, please cut it"
"Besarnyer jerawat kat leher tuh, bisul ke jerawat?"
"Buruknye stail rambut ko."
"Ape jenis fashion ko pakai neh?"

Nak dijadikan cerita, aku nih dah lama hidup dgn kulit sensitif, so muke aku selalu ade jerawat. Jadi org selalu tegur about jerawat-jerawat aku yang grand tuh. Even though kekdg they approach me dgn cara concern, tapi aku terase. Aku tak tahu mcm maner nak explain perasaan dalam hati aku, tapi yang pasti aku terase rendah diri, aku terase buruk, aku terase mcm rupe adelah segala-galanya.

Aku sedih bile terkenang cara ayah aku berkata-kata tentang wajah aku semasa dalam perjalanan nak pergi solat Jumaat. Aku tahu ayah aku concern, tapi kata-kata yang dilepaskan mcm menikan jauh dlm sudut hati. Aku menangis dalam hati mcm tak tahu mcm mane nak ubati diri aku, ubati luka aku. "Muka tu penting. Sapa nak ambik keje kalau muka mcm tu?", ayat yang paling kejab tertanam dlm hati aku. Aku terdiam sepanjang perjalanan ke Masjid....

Petang tu, aku masuk toilet untuk mandi petang. Aku basahkan rambut, aku capai sarung tgn scrub badan aku, aku gonyoh2 sabuh mandi kat scrub badan yg kesat tu.. Dgn linangan air mata aku scrub muke aku dgn scrub bdn tuh, sesuatu yg aku tak sangka aku akan buat. Perasaan hiba mcm dah tak tertahan dah, aku tak terasa sakit kat muka tapi sakit kat hati. Aku bilas muka aku and aku sedar darah2 kecik mengalir dr jerawat-jerawat aku. Bertompok2 kecik darah bila aku lap muka di towel mandi putih aku. Aku tak sanggup untuk even menjeling ke cermin.

Ya Allah, aku tak tahu mcm mane aku boleh lalui perasaan aku dulu tapi aku ingat, betapa aku benci tengok muke aku dalam cermin, betapa aku sedih bile org mention about ubat2 untuk jerawat, betapa aku rase bersendirian bile aku malu nak kuar rumah just because of it.

Alhamdulillah sekarang jerawat2 makin kurang tapi bekas2 mmg masih jelas, lebih2 lagi bekas2 luka kat hati.

Semalam, aku hampir menitiskan air mata..... bila ade org tegur pasal jerawat aku. Aku tahu maybe dia just concern, tapi aku teringat kembali kata2 ayah aku pasal jerawat aku, aku terase mcm DEJAVU, semua terjadi kembali...... Tu lah, kata2 dari org yg kite syg akan selalu kite ingat, lebih2 lagi yang menghiris hati.... Tapi aku cepat2 tenangkan hati sebab aku tau org tu just asking....

Aku rindu keadaan semase aku kanak-kanak dan naive, aku tak ikut rupa paras untuk berkawan, aku tak kesah rupa apa pun yg dtg, aku berkawan dengan semua org. Tapi bile dah dewasa, org semakin prejudis dgn keadaan rupa paras kita tanpa terlintas apa isi hati dan perasaan kita.

Tapi aku skrang sedar, ader hikmah Allah bg ujian tu. Supaya aku lebih berhati2 dgn kata-kata. Supaya aku tak mudah mengkritik paras rupa seseorg. Supaya aku sedar jgn menilai seseorg yg kita tak kenal. Aku tak layak menilai...

Ya Allah, hambaMu ini tiada sebarang kecantikan, hambaMu ini penuh cacat-cela, hanya diriMu ya Allah yg penuh kecantikan dan kesempurnaan.

Mungkin sebab tuh aku cepat terasa dgn kata-kata, walaupun org tak bermaksudkan ape-ape.....

mrFarhy: Kawan aku mintak maaf bile die tersedar yg soalan dier sensitif. Aku sngat-sngat hargai dier sbb dier meminta maaf. "Sorry" adalah ubat untuk luka dr kata-kata.

2 comments:

Anonymous said...

hm...i'm 27 n yet still rasa rendah diri with my outer looks. hm...dgn kulit muka tak licin... bdn pon berlemak2 skrg... dressing pon tak reti... touch muka pon tak reti... kalu ngadu kat kak lin, mesti die akak ckp "akceli dh lawa la". kite adik bradik mesti la bg kite same sdiri kite dh lawa sbb kite masing2 tau inner kite cemane. but seriously... bila kua dgn kwn2, akceli rasa akceli kerdil sgt... kalu sorg2 dlm bilek, quite often akceli nangis sorg2...

Anonymous said...

"kita serupa... kita serupa..."

ingat lagu tu? nak dijadikan cerita, aku ni pun bukan lah jenis yang muka licin. selalu jugak aku terima "nasihat concern" yang sepertinya menikam2 kat dalam. tapi aku terima ajer la. pekak kan telinga. nak buat macam mana kan? kalau selamanya nak sensitif, jadi macam tak redha plak dengan kejadian yang tuhan dah bagi ni... (nasihat)

kadang2 aku wish aku ada superpower and turn back the time ke zaman2 aku berkejaran bogel dengan adik2 aku dulu. aku ni jenis yang lenjan kalau bab2 panjagaan diri. mak selalu pesan, basuh muka sebelum tidur. kurangkan makanan yang berminyak. tapi aku ni degil nak mampus!!! masuk jer tingkatan satu, jerawat dah macam beraja kat muka. siapa yang malu? aku jugak (sambil menunding jari telunjuk ke hidung sendiri)

masa kat universiti (bila self-appearance consiousness dah menebal) aku bantai belanja beli produk rawatan muka yang super mahal siot. bapak aku pulak main hulur jer. no question asked!!! macam2 aku try cuba dan test. tak ada yang mujarab. sampailah birthday aku yang ke-21, seorang hamba Allah tu hadiahkan aku "proactive solution" yang as seen on tv tu. hanya tuhan jer yang tahu betapa remuknya hati aku time tu. terus putus sahabat!!! rasa nak buang jer muka huduh aku ni ke dalam tong sampah. lama jugak aku tak sentuh produk tu, sampai bersawang kat dalam almari. kecik hati a.k.a sensitif punya pasal.

and then one day, aku tergerak gak nak cuba produk rawatan tu. and binggo, hasilnya sungguh menggembirakan hati aku yang dah hampir lunyai tu. aku teruja giler. terus aku dig balik buku telefon (time tu tak ada hp lagi) cari nombor hamba Allah yang hadiahkan aku produk rawatan muka tu. aku nak berterima kasih cukup2 kat dia. tapi sayangnya dah terlewat...

"hello, fidia ada?"

"erm... fidia dah meninggal, accident. siapa ni?" gagang telefon aku letak perlahan, menangis. tak sangka...

like i said, kalaulah aku boleh undurkan masa sedikit. dan kalaulah masa tu aku punya akal fikir yang waras... aku cuma mampu hadiahkan doa untuknya. semoga dia berahmati dan diletakkan dalam golongan mereka yang solehah. amin...


mr. smith