Tuesday, August 29, 2006

k i s a h C I N T A d o n g e n g

Kami berjalan, menyusuri pantai, tersentuh kaki pada pasir yg halus, tersapa pada ombak yg telus....

Bila ombak melalui aku, terlerai sudah sebelum mengenai dia. Aku sengaja, membiarkan ombak melepasiku dulu, supaya aku melindungi dia, bila ombak menerjah aku dulu, supaya membawa sesuatu dari ku kepada dia, sesuatu yg dia tak akan tahu dan mengerti....

Bila terhenti seketika, aku sengaja membiar dia menghadap ke laut, agar rambut mengerbang meninggalkan wajahnya, agar terpancar kilauan dari matanya, yg terbalik dari cahaya mentari yg hampir meninggalkan laut...

Aku biarkan sahaja mataku melihat wajahnya, matanya, aku biarkan sahaja dia melihat tepat dalam mataku, jauh dalam sudut hatiku, aku biarkan jari-jemarinya berpaut pada jari telunjuk ku, seakan keanakan, seakan baru lahir, memegang sesuatu bagai tak terlerai.

Kami diam membisu, kami biarkan diam membisu, kami bertutur walau diam membisu. Aneh sekali perasaan ini, bagai terlerai semua realiti dari jasad, kenapa harus sekali perasaan ini halus? Kenapa harus diperhalusi? Kenapa dia terus menghalusi? Semua bagai telah tersusun di sekeliling, satu persatu helaian rambut yg mengerbang bagai di susun walau rambang, semua bagai jatuh pada detik yang sama tapi tak serupa, semua bagai bercahaya tapi hitam gelap.

Aku tau dia cintakan ku. Dia tahu aku cintakan dia. Tak pernah berkata tapi tahu..... Tak terduga akal dan hati, hebat kan cinta?

Huhuhu, ntah tetiba mcm teringin nak tulis sumething yg ala2 romantikus... Hmm, ilham dari aku rase sweetest couple aku jumpe kat internet... hahaha, pelikkan, aku lak yg mcm excited.. Alsham and Ursha, 21st century of Uda dan Dara....

mrFarhy: Oi oi, aku tak penah lagi gi pantai ngan special lagi oi, jgn nak wat citer lakkk... ngeee...

5 comments:

ipen said...

yup.. kisah cinta dongeng..
dan tersangatlah dongengnya bagi aku..
cinta hanya dongengan buatku??
aku xto.

Anonymous said...

you really like pantai so much don't you? hehehe :)

Anonymous said...

keindahan pantai mmg sesuatu yg meninggalkan kesan yg mendlm buat diriku.. entahlah, setiap kali aku berada di tepian pantai, aku jadi terpesona, aku jadi terpegun seketika, hilang di dalam keasyikannya..

melihat laut yg biru seluas-luas mataku memandang.. di kejauhan, suatu garisan halus yg membezakan langit dan bumi.. tanganku seperti ingin menggapai garisan itu.. langit juga biru, cerah dengan gumpalan awan putih yg bergerak dgn perlahan.. mendengar deruan ombak ke pantai yg membawa melodi yg sungguh merdu di telingaku.. tiupan angin yg menyapa mukaku sungguh lembut sekali.. melihat dedaun pokok kelapa menari-nari mengikut rentak bayu.. dan terus-menerus aku hilang di dalam keindahan pantai...

aku rindukan saat2 itu..

begitu indah ciptaanMu.. kurasakan begitu kerdil diriku di dunia ini..

Anonymous said...

hehehe u really la bro..really like ths one..so beautiful each line..
with special meanings inside..
I like beach when im sad..
when i feel lonely..
and when im blur..
hahhaha...
i miss penang so much...

ANF said...

rahsia, kita baru jer balik dr Pankor last week.. ngeee...

wah wah, menghayati tul abe daniel ek... hahaha..