Hmm, susah betul hidup dalam keluarga. Semua ade ideologi, semua ade perasaan, semua ade kata masing-masing. Yg kita tahu dan yg kita tak tahu, yg kita alami dan yg mereka lalui, yg kita rasa dan mereka terasa. Kenapa susah nak comunicate each other?
Ini hanyalah teori aku, sekadar apa yang aku lalui, dari seorang yang selalu perhati dan memerhati. Bagaimana perilaku seseorang terhadap orang yang disayanginya. Perbezaan antara sayang keluarga dan sayang kekasih. Kisah apa yang aku rase sebagai seorang anak lelaki.
Aku rase kita sebagai anak neh, selalu nak tunjuk kejayaan yang kita lakukan kepada our parents. Bukan untuk menunjuk yg kita elok sngat, just to let them somehow rase lega dgn apa yg kita dah lakukan. Hmm, ntahlah, kekadang aku rase gak yang keadilan tu kurang sikit antara anak lelaki dengan anak perempuan. Aku bukan apa, aku kesian tengok kakak2 aku selalu dapat sms-sms dari parents aku yang kekadang boleh buat kita terluka bila dibaca. Sometimes aku tak berapa paham kenapa dorg jd way too defensive over anak-anak perempuan sampai the way dorang menyatakan isi hati tuh agak vulgar bagi aku. Aku tahu yang anak-anak perempuan mmg susah untuk dijaga sebab dorg kalau jadi apa2 kan susah, tapi bagi aku doa parents tuh sangatlah penting, lebih-lebih lagi "restu". Bagi aku kalau parents merestui apa-apa yang kita buat surely do bender tuh mudah jer kita lalui.
Adek lelaki aku harituh nak kuar beli brg kat Loyat and planning nak gi Wedding kwn dier afterwards. Tapi mase nak gi tuh, mak bapak aku bising-bising sruh dier pegi besok je. Adek aku mmg jenis selambe, so aku tak kisah apa pun sangat. Nak dijadikan cerita, hujan lebat haritu sampai KL banjir and adek aku lak stay kat umah akak aku since monorail rosak sbb hujan. Pagi besoknya, mak aku ckp sumething abt yg dah bgtau adik aku suruh postponed keluar tapi degil nak kuar gak. Aku diam jer. dalam hati aku cakap, hmm kalau umi ayah tak sound and terus merestui perjalanan adek aku, agaknya hujan lebat tak?
Aku rase jadi kakak-kakak aku dalam keluarga neh adalah perkara yang paling mencabar. Aku rase dorang neh paling kuat dari aku. Mak aku mcm telalu mengharap dapat sesuatu dari kakak-kakak aku. Lebih-lebih lagi bab memasak. Mak aku mcm slalu sangat nak sesuatu "surprise" semacam dier takyah masak dah, sbb kakak-kakak aku masak. Aku mcm pelik gak dgn perangai dier.
Lagi satu mak aku tak boleh tengok kalau kakak-kakak aku mudi. Mesti salah-sangka jer, ingat itu, ingat ini, walhal hanyalah melalui hari-hari yang tak elok jer. Bukan ker normal untuk manusia melalui hari-hari yang sedih? Lepastu kata kakak-kakak aku tak boleh bawak berbncanglah, nanti tarik muka lah. Tapi bukanker kakak aku selalu kalau ader papehal mengadu kat dier? hmmm.......
Then aku teringat kat kisah cinta pertama aku. Even though dah lama putus, tapi tersisa lagi ingatan aku.......
Penah sekali cinta aku tak balas sms, tak on hp sehari. Aku jadi kabut segala. Dalam diam aku marah2, dalam diam aku risau jugak. Macam-macam aku pikir dalam kepala yg terjadi kat dia. Adoi, sakit hati jugak rasanye. Aku tak tahu mcm mana nak ceritakan perasaan tu sebenarnya, tapi mmg rase mcm sakit sangat kat dalam hati sebab merisaukan seseorg. Padahal dia ok jer, just tadak batt sbb takde charger.
Aku nih jenis suka buat surprise kat cinta aku. Aku suka bg barang2 souveir kecik2 yg murah2 supaya dia ingat kat aku. Aku belikan T-shirt murah, aku belikan cicncin. Tapi cinta aku jenis tak reti nak surprise aku. Asyik aku kene mintak je. Even though dier akan buat apa yg aku mintak, tapi bg aku tuh mcm tak surprise dah. Aku mcm kecik hati sbb terase mcm tak disayangi. Tapi even tough dier belikan aku sumething yg aku mintak, aku akan tatap hadiah tuh, aku sentuh hadiah tu kalau bersendirian. Rasa mcm hepi semacam, rasa mcm diingati, rase mcm dihargai. Walhal hadiah tu cume seekor ladybird bergoyang dalam kotak kayu yang besarnya tak sampai segenggam.
Aku kuar ngan cinta aku, tapi haritu dier mcm senyap je. Aku try ini dia senyap, aku try tu dia senyap. Aku mcm bersalah. Aku ker yang buat dier mudi? Aku buruk sangat ker hari tu? Aku lukakan hati dia ke? Lama-lama aku pun jadi mudi sebab dier mudi. Aku ckp pun marah2 lepastu. Tapi aku tahu dier jadi lagi sedih sbb aku marah-marah.
Hmm, maybe semua tuh adalah namanya kasih-sayang. Mcm citer Gubra Yasmin Ahmad tu, "Why do we hurt the most, the ones we love the most?". Kita tak akan paham dengan kasih-sayang. Perasaan yg sangat complex. Aku sedar yand aku semacam umi aku bile berhadapan dgn org yg kita sayang. Tapi mungkin kita kene tukar cara kita concern abt somebody.
Maybe kita kene ubah segalanya. Less meragui, more merestui. Less sharing, more caring. Less taking, more giving. Less bersangka buruk, more berserah padaNya. Less anger, more love. Less take it seriously, more laidback. Yg penting, bila kita sayang seseorg hamba, dan kita mendoakannya, insyaAllah, doa tuh juga akan termakbul. Sbb itu janjiNya.
Dearest diriku. Aku harap aku ingat, bila aku dah ade anak, aku akan tanya dia, "Nak duduk sendiri atau nak duduk ngan ayah?". And aku akan cakap "Buatlah ape yg awak nak buat, tapi yg penting jgn sesekali tinggal sembahyang. Buatlah ape yg awak nak buat, kalau ade problem, jgn sesekali lupakan ayah. I always be there and bantu sedaya.".
Tapi aku sedar mmg tak mudah nak jaga anak-anak.........
mrFarhy: Ya Allah, aku tak terasa aku anak yg soleh, tapi ya Allah, terimalah doa kebaikan untuk kedua umi dan ayahku.
7 comments:
Why do we hurt the most the ones we love the most? Sebagai manusia, kadang2 kita x sedar/terlupa kata2 or tindak-tanduk kita akan menyakiti hati orang yg kita sayangi. Maybe jugak coz we take things for granted and kita akan bertindak mengikut perasaan sendiri apabila berdepan dgn sesuatu situasi. Apa yg aku nak cerita nih sekadar nak kongsi pengalaman aku supaya menjadi iktibar buat diriku dan sesiapa shj yg sudi memahami. Ini mmg pernah berlaku kat diri aku sendiri.
Dululah, aku terlalu emosi dan sensitif. Sampaikan family aku sendiri pun dah chop aku camtu. Kalau ada je tak kena, terus naik angin, marah2, kdg2 lepaskan kemarahan aku kat kedua org tua aku. Kalo gadoh ngan adik-beradik, aku mmg akan bertindak agresif. Aku tak paham kenapa aku bertindak sampai begitu sekali. Tapi rasa2nya disebabkan terlalu emosi, sensitif dan terlalu pikirkan pasal diri aku, aku dan aku. Sampai suatu tahap, aku rasa lost sgt2. Aku rasa mcm dah tak kenal aku siapa. Hampir setiap malam aku menangis.
Betul kata2 ini, "sembahyang jangan tinggal". Di tahap kebuntuan yg amat sgt, aku hanya dpt solat dan berdoa mintak petunjuk & hidayah utk berubah.
Mmg betul like u suggested, we have to change. Alhamdulillah, aku telah dpt berubah. Aku berubah bukan sahaja untuk diri aku tetapi untuk org2 yg aku sayangi. Aku cuba untuk 'be selfless', belajar untuk byk sabar, yg sememangnya susah dan memang payah, belajar untuk ikhlaskan hati, belajar utk redha dgn segala ketentuanNya, dan yg paling2 penting belajar utk melawan gangguan emosi yg selalunya dihasut oleh syaitan yg direjam.
Lama jugak aku ambik masa untuk berubah dan aku banyakkan membaca buku2 agama. Itu sahaja yg termampu aku buat. Aku pun banyak berdiam dan mengasingkan diri. Aku cuba untuk treat family aku dgn sebaik mungkin. Then, one day kakak aku tegur "Eh, adik aku ni dah tak marah2 lagi la.. dah cool aje". Masa tu baru kakak aku perasan. Aku hanya mampu tersenyum.. alhamdulillah, alhamdulillah.
Pesananku hanya satu, masih belum terlambat utk kita berubah. 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu sendiri tidak mahu berubah'. Setiap detik yang aku lalui sekarang pun akan kucuba untuk memperbaiki kelemahan diri. Aku tau perjalananku masih jauh.
Berdoa.. Allah pasti mendengar rintihan hambaNya
hmm, Kak Lin dah agak dah UmiAyah cakap macam tu kat rumah abt Udi. Kak Lin bitau Udi pasal apa yang Kak Lin agak, Udi kata "alah buat tak tau je, dah dorang memang macam tu". Cool giler. Tapi deep down Kak Lin tau Udi still risau, takut Umi moody segala bila dia balik rumah nanti. And tepat sekali apa yang kita sangka apa yang akan berlaku di rumah. SOOO bloody predictable.
Thing is, letih betul nak asyik takut je dengan apa orang tua kita rasa over something yang kita tahu adalah so minute, irrelevant and petty, kan? Very emotionally draining...
But Dear Bro, thank you, thank you for selalu emotionally "temankan" Kak Lin and Kak Celi sejak dua menjak ni. You know lah, in the family, we both do not have any male idols other than you and Udi. Syukur pada Allah for the both of you in our lives... *hugs, love, prayers*
Farhy, I guess, when it comes to parenting, everyone has a different approach... but what i do know is, my parents (especially my mom) macam tu jugak, especially to the daughters! tapi, i faham my mom, dia cuma risau ajer... cuma kadang2 tu emotional and over-reacted sikit... tapi, tetap saya try my best to balance up and talk to both my sister/s and my mom. sebab somehow, dia tetap ibu yang mengandungkan kita dan yang melahirkan. itu tetap ingat dalam kepala ngan hati! tetapi rasanya, me and you would think alike, and would be the one yang cuba menyatukan family... and i think that is good :)
abt your love ('cinta') tuh, i rasa orang lain, lain ragamnya... because saya macam farhy jugak, suka buat surprise, tak kisah kalau nak beli present selalu atau spend duit kalau keluar (maybe because we are both capricorn)... tapi tak semestinya 'cinta' itu akan membalas sama seperti yang kita buat... probably due to different approach and style, kan? tapi, yang penting, kita jangan mengungkit and just remain the same. pasal kalau kita dah tak ada dalam hidup dia (cinta) lagi, dia akan sedar, apa yang dia dah lepaskan! :)
emm.. tuan punya blog, sorry ek sbb dah terlebey cerita pasal diri aku. harap2 tak marah.. :) (tu lah, kekdg aku nih asyik terlepas ckp je, bilaa laaa nak ubah nih??) emm.. atau pun mungkin dah sampai seru utk buat blog sendiri.. heh heh.. (tak de nak tiru sesape pun.. and it's definitely better dr aku menghtr emel kat diri sendiri --> owh soo pathetic!)
nak sambung cket je.. sebagai anak, aku rasa x salah kalo kita mendoakan utk our parents supaya dorg pun dpt petunjuk dan hidayah.. (kalau aku salah, cakap ekk..) in my case, my mum pun kekdg camtu, suka bersalah sangka, emosi and cepat terasa.. tapi kitorg dah dpt tahu yg dia sebenarnya sdg melalui pre-menopause syndrome.. so dah paham and tak ambik hati sgt kalo2 my mum buat gitu..
pasal cinta ngan kekasih, erk.. x retila nak komen pasal cinta lovey-dovey nih.. (aku pun masih gagal lagi dlm bercinta.. kisah once upon a time dolu.. most of the time aku la yg terluka sbb selalu jadi mangsa kena marah..)
uih pepanjang comments dlm neh.. nanti nak reply seme ahh.. ngeee... yg penting my kakak2 seme mmg survivor!!!
Yup...memang susah hidup ni...well
i love my parent n also my bro n sis..and my friends...
Treasure them when ur stil alive n they're still alive..
u really can be a script write or a blog wrter la..
i,ll support u always man
Aiyo, how do you know I want to be a script writer? ngeeee....
Post a Comment