Sunday, August 27, 2006

M . E . R . D . E . K . A .

Hmm, kenapa malaysian gamat nak sambut merdeka? Ada apa dengan merdeka?

Aku boleh dikatakan seorg yg bersifat patrioritik la jugak. Tapi aku bukan jenis untuk negara, aku jenis untuk rakyat dalam negara.

Persoalan aku. Kalaulah negara kita diserang musuh, adakah rakyat bangkit untuk berperang? Adakah org akan berperang dengan niat demi negara atau untuk agama Islam? Ada apa niat berperang demi negara? Kenapa keranamu Malaysia? Mati syahid ke kita kalau niat demi negara?

Hmm, berbondong-bondong org sanggup pergi KL berasak-asak semata-mata nak sambut Merdeka dgn penuh bersuka-ria, itukah merdeka? Mereka sambut apa? Besday Malaysia? Kene sambut besar-besaran ke?

Aku bukan tak gembira duduk di Malaysia yg makmur nih. Aku bangga duduk di sini. Tapi aku tetap akan sedih dgn keadaan org-org yg besar yg kaya-raya, yg tak memberi lebih untuk negara, sudah kaya lagi nak kaya.... Petronas contohnya, bangga dpt minyak sana-sini, tapi aku tak tahu kenapa diaorg tak boleh buatkan harga minyak negara rendah. Sapa yg kene tetap semua harga minyak? Kenape negara yg ade kekayaan pada minyak tunduk pada harga minyak dunia? Kenapa dorg kene gahkan malaysia dgn membina hospital untuk org kaya-kaya? bina bangunan tertinggi tapi tak sepenuhnya digunakan seperti Sears Towers yg rendah tapi digunakan sebaik-baiknya?

Kita ada kerajaan dan pembangkang. Tapi kenapa kene slalu bercanggah? Kenapa kene slalu memburukkan satu sama lain? Bukankah Islam mengajar kita untuk menutup kelemahan org lain? Kenapa diaorg tak boleh kerjasama? Kenapa pembangkang tak boleh nak menerima kerajaan? Kenapa tak tolong kerajaan kalau ada kuasa? Kenapa kerajaan tak buka mata untuk pembangkang? kenapa tak bg peluang pembangkang untuk bagi idea? Tapi kenapakah kene ade pembangkang? tak bolehkah kita semua bersatu dan dipanggil negara?

Semua persoalan yg aku bangkitkan untuk negara kita yg Merdeka. Merdekakah kita?

mrFarhy: Wah, wah, habes la aku kene ISA lpas neh....

11 comments:

Anonymous said...

Aku pun x sambut Merdeka gak.. setakat nak tengok fireworks kul 12 jer la (tu pun from the frontyard of my house)..

Reality Bites.. secara realitinyer--> dunia nih x pernah nak adil.. mesti tak balancenyer.. rasa geram pun ada kan.. tapi itulah dunia dgn ragamnyer..

There r always 2 sides of everything --> good vs bad, rich vs poor, war vs peace.. kalau nak fikir secara makro, mmg x termampu nak solve all the problems.. aku pun pernah persoalkan menda2 nih dulu.. tapi sampai la nih, mmg camtuh gak.. kenapalah manusia tak gunakan akal fikiran yg Allah dah kurniakan kepada mereka dgn sebaik2nya? (peringatan utk diriku jugak).. then, insya Allah, the world will be a better place to live in..

bout merdeka --> tetiba teringatkan masa belajar dulu.. i met this profesor who is a palestinian (masa tu kena tolong dia type using word for his book).. he said that "Malaysia is Heaven on earth".. emm..byk kali aku pk pasal nih.. rasa cam betul jugak sbb negara kita aman, tak mcm negara Palestin tu... apa2 pun aku rasa bersyukur kerana dilahirkan di sini.. bukan seperti di amerika (tempat aku belajar dulu).. even sebelum 9/11.. org2 kat sana still pandang u semacam just coz u wear tudung (that was somewhere in 96-98, kalo skrg ni camne ek??).. spt kata pepatah, "hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"

Farhi Rosley said...

Fireworks mmg sumething kan. Bile kita tengok mcm terase mcm bebudak balik, seronok tengok fireworks.

Tak ingat citer ape tapi citernyer lebih kurang gini, "Adek dan kakak masih lagi bergaduh pasal bende remeh-temeh,ini itu semua tak kena. Mak pula masih membebel kat ayah, tak tahu ape yg dibebelkan. Ayah pulak tak layan dgn perangai mak, membelek surat khabar yg dipegangnya. Semua seakan-akan masih di dunia sendiri, walaupun kami duduk di atas hamparan yg sama, di atas padang yang sama. Aku masih lagi menatap langit menunggu sesuatu. Tiba-tiba, langit berkilau dengan cahaya bunga api. Kilauannya, gemerciknya, bunyinya, menambat pandangan. Semua terdiam, semua terpukau, melihat tepat ke langit. Aku merasa amat bahagia saat ini, bila semua bersama, semua terdiam, semua merasa sesuatu perasaan seakan keanak-anakan. Aku merasa amat bahagia..."

Anonymous said...

for me, everything is very easy... things happen for a reason! Terus terang saya cakap, saya ni neutral, neither i'm on the left nor right wing. tapi, people always question things due to what they do not know or understand...

for instance:
1. kenapa petronas tak boleh turunkan harga minyak dan tunduk pada kehendak dunia... sebab we are in the second world country. and we had to face the fact that it is the first world country who will decide while the rest of the world follows. diorang yang menentukan kenapa kita terpaksa melalui zaman recession setiap 10 tahun bila harga matawang dijatuhkan. jadi, perlukan kita menyalahkan Malaysia sedangkan Amerika itulah yang telah menyebabkan harga minyak satu dunia naik? jadi bukankah kita patut menyalahkan Amerika? lagipun, bukan petronas yang decide nak naikkan harga, tetapi kerajaan. kalau petronas memberi subsidi, syarikat negara kita sendiri yang akan rugi. walhal kita akan mengkayakan lagi syarikat2 yahudi seperti shell, exxonmobil dan lain2. takkan kita nak tengok ekonomi kita jatuh apabila satu-satu nya syarikat malaysia yang menaikkan dan membantu ekonomi kita dalam banyak hal lain kerugian? adilkah untuk satu syarikat yang jauh lebih kecil daripada syarikat amerika seperti shell ataupun exxonmobil kat malaysia ni untuk subsidi semua minyak kat negara kita? sebab bila petronas buat macamtu, dia terpaka subsidi minyak untuk shell dan exxonmobil (dan lain2) sekali. patut ke? that is why we always have to look at a bigger picture. kerajaan bantu subsidi, tapi jika terlebih subsidi, masyarakat kita (i'm not talking abt me or you, but the majority) yang malas ini, menjadi semakin malas dan naik lemak - akhirnya menyebabkan negara kita yang rugi. apa akan terjadi apabila negara kita rugi? harga barang naik, taraf hidup semakin meningkat, tapi masyarakat terus mundur.

2. kerajaan dan pembangkang. bukankah ini dunia politik? bukankah dunia politik itu tak pernah indah? kenapa tak pernah indah? sebab masyarakat tak akan maju apabila tidak ada yang bersuara. bila masyarakat tak bersuara, maka hiduplah isu komunisme dan hitler. sebab hanya satu pendapat saja yang bersuara dan semua jadi pak turut. itu yang terjadi apabila semua bersatu, tetapi hanya ada satu kepala! tak lah pulak dipanggil pembangkang, kalau mereka tak membangkang, kan? :)

tapi jika kita sedar, ahli2 politik ini hanya bising di atas podium, kempen dan di dewan parlimen. tapi apabila meraka turun daripada jadual tugasan, mereka semua bertegur sapa, malah bergurau senda.

Again, ramai jugak yang tidak tahu, and still cannot see it at a bigger picture.

3. kenapa ada banggunan tinggi? saya bukannya alim sangat, tapi, bukankah dah diterangkan bahawa itu salah satu tanda dunia nih dah nak kiamat. kalau kita tak buat pun, orang lain akan buat jugak, kan? walaubagaimanapun, our tourism sector generates money out of it, so besides that it helps to raise our economy, we will also gain recognition, instead of being just the country next to singapore. sebab masih ramai kat dunia yang tak kenal malaysia. tapi mereka hanya kenal singapore dan thailand. sebabnya, negara kita ni masih kabur lagi kat atas world map tuu..

tapi macamana pun, i have to agree with you on the question, will all of us get up and stand for our rights apabila ada kuasa menyerang dan mencetuskan perang. adakah mereka akan bangun dan tidak berpaling? mungkin kesedaran belum cukup dalam diri kita tentang erti kenegaraan. kalau tanya, semua boleh cakap 'saya cintakan negara saya', atau 'saya bangga menjadi rakyat malaysia'. sebab apa? sebab negara kita, walaupun banyak cabaran dan isu2, kita tetap besyukur sebab negara kita adalah negara yang aman. munkin bukan dalam konteks 'aman' yang sepenuhnya, tetapi cukup untuk memberikan kita kebebasan untuk bergerak.

conclusion nya, kita takkan merdeka selagi kita tak menyedari kenapa kita merdeka! sambutan tu tak salah, sebab ia membantu mengingatkan kita yang negara kita nih dah dekat nak masuk 50 tahun lepas daripada tangan penjajah. dan sebagai manusia, memanglah semua orang inginkan hiburan. tapi janganlah sampai lupa bumi yang kita pijak ini... :P

Farhi Rosley said...

Thanks, tak sangaka ada jugak org membaca. Teharu rasanya bile ader org komen. Saya setuju sngat things happen for a reason. 100% setuju.

Sbenarnya Petronas tuh cth jer. Sbb mcm si "pemilik" Astro ngan Maxis pun sama. Pengguna makin ramai tapi rate phone call masih mahal dr rate kat UK. Adek saya ckp maxis kalau topup RM10 utk 7 hari shj, then kene hold. Adoi, kenapa kene mcm tu? Tu lah cth yg kaya makin kaya. Apa, mereka tak boleh ker turunkan rate untuk rakyat kita sendiri? Ade syarikat asing dr Israel ker yg bersaing?

Okaylah, sekarang saya dapat view kenapa Petronas tak boleh nak tlg bg subsidi. Hmm, betoi gak, nanti syarikat lain jd kaya lak. Tapi saya masih tertanya-tanya kenapa kekayaan negara tidak diberikan kepd rakyat jugak? Saya sgt2 pasti Petronas yg pegang minyak mentah malaysia mempunyai kekayaan yg luar biasa. Kalau tidak manakan pekerja2 dpt bonus yg melebih2? Tu tak kira boss2, MD-MD lagi. Dorg tak jd lemak ke dpt duit yg bnyak? Kekayaan tu tak perlu lah nak bg melaui minyak je. Petronas boleh buat bagunan tinggi, buat hospital mahal, tapi tak boleh ker nak upgrade public transport kita? Komuter tuh, ader ker petronas nak tolong? Selalu terkandas, selalu lewat. Petronas tak boleh meh buat kerja2 kebajikan "Ini adalah hasil pemberian Petronas" cthnya. Walhal yg guna transport tu pun pekerja2 Malaysia yg mebangunkan negara. Banyak cara Petronas boleh upgrade negara kita untuk semua rakyat kita bkn tertumpu kat org tertentu shj, sbb bkn semua org guna KLCC and hospital mahal tu kan. :) Yg paling pelik sibuk berita pasal kelewatan kapal terbang, dorg tak ambil kira ker kelewatan komuter? LRT pun sama, sekkali hujan lebat, berpuluh ribu org yg bekerja untuk negara terkandas sampai pukul 9 mlm. Tak kesian ker? Bukan negara untuk rakyat ker?

Bkn apa, Malaysia neh selalu sngat blame America yg sememangnya jahat tu. Padahal Malaysia boleh membangun dgn sendiri. Masa crisis dulu, malaysia tak guna pun IMF untuk survive. Tak ke Malaysia ade kekuatan tu? :)

Malaysia neh mmg aman dan makmur. Cuma keadaan dan orgnya yg buat jd tak makmur. Org merogol, org merompak, org membuli, org menekan. Even saya sayang Malaysia...

So berbalik kepada Merdeka. Yup betul Malaysia merdeka dr jajahan, tapi tak Merdeka dr Dunia. Tak gitu? itu persoalannya....

ipen said...

aku tak sambut merdeka n xto cemana yg sebenarnya sambutan merdeka itu..
kerana aku sendiri belum merdeka. masih lagi dibelenggu byk masalah.
adakah aku merasakan erti merdeka bila tibanya detik 31 ogos sedangkan diri masih lagi dijajah?
minda aku bercelaru dengan perkara2 negatif walau ku cuba berfikiran positif..
hmmm

Anonymous said...

hehe. memang betul, syarikat tekomunikasi kita ni letak rate tinggi... nak tahu sebab dia? sebab dalam jangka masa yang tak lama lagi, teknologi telekomunikasi kita ni akan lapuk sebab akan muncul satiu teknologi baru dimana semua orang akan dapat menggunakan phone line secara percuma... (teknologi ni macam pakai skype la, tapi on mobile phone!) jadi, diorang tahu diorang tak lama lagi tak boleh lagi nak mengaut untung, itu sebab sekarang diorang buat duit banyak2!

pasal petronas tuh, again... yes i know that they do contribute, the thing is diorang tak shout out yang diorang bina sekolah, diorang banyak derma kat orang miskin etc2. tapi orang tak tau. pasal bonus pulak... memang lah, anyone would be happy to get bonus berbulan2 dan sebagainya... itu orang memang nampak... tapi kenapa tak nampak syarikat2 lain yang mampu bagi bonus lebih dari 6 bulan , contohnya one of our local newspaper company?

kadang2 derma nih pun nak kena bertempat jugak... sebab takkan dia nak kena derma komuter sebijik pada sebuah syarikat swasta? kenapa syarikat swasta itu sendiri tidak membantu untuk menjadi yang terbaik? adakah lebih baik jika company seperti petronas meng-upgradekan sekolah2, dan rakyat miskin. tetapi, macam saya cakap tadi lah... orang tak nampak. tapi kalau bagi contribution kat 1000 orang, what happened to the other 5 million or 10 million? semua pun terhegeh minta bantuan... habis, kalau dah satu malaysia nih nak kena ditolong, tak ker bankrupt juga company malaysia yang satu tu? :p

pasal lrt, komuter and what not tuh... please lah, itu semua salah kerajaan... tak satukan semua infrastucture pengangkutan kita... kalau lah di bantu pun tak guna... sebab, negara kita ni, kalau buat tak pikir semua.... maka terjadilah infrastructure pembanggunan dan jalan (serta pengangkutan) yang tunggang langgang... tak ada unity dan continuity langsung! baik daripada kawasan perumahan yang kat PJ tuh contohnya (daripada seksyen 3, terus jadi seksyen 16), kepada sistem toll, to busses & trains, and all this jalanraya kita yang tak pernah henti2 berlubang! semuanya tak bersistem! kenapa? sebab kita buat kerja tak pikir dulu overall... contoh terbaru... letak bunga2 kat tengah bandar KL nih... layu jer ganti baru, layu jer ganti baru... lepas tuh, ada convention jer, tukar lagi etc2. sebab apa? sebab masa buat tuh divider tu tak pikir nak pegi tanam pokok tuh dulu... dah lah tu, pegi pulak letak bunga2 yang susah nak hidup kat cuaca kita ni?! sekarang jer baru tukar (selepas lebih sepuluh kali dok ganti!) kepada bunga yang tahan lama sikit... but still i find that a waste anyway!

hehehe, kalau nak berbahas, memang tak habis kan? :p

achik ezam said...

ezam said...."mama...mama...tasha boley pegang bintang la..."

p/s-ada kena mengena ke dengan cerita kamu ni dak farhy..????

Farhi Rosley said...

Uiks, thanks for the idea. Maybe for my next blog..

Roti Kacang Merah said...

Ahy, kaklin rasa tgb tu cakap je dia neutral. Acu kasi dia satu column kat sokkabar Abg Zul, mesti tak cukup satu terus mintak 2,3 column lagi! hehehehe

Farhi Rosley said...

hehehe, buat paper "tgb chronicles" terus.. hehehe...

Anonymous said...

panas panas!!! tgb rock! Pahy pun rock gak. kalau keluar TGB Chronicles, pokcik nak beli.

tak boleh komen pepanjang sebab tgb dah kupas, kikis dan gali habis.


mr. smith