Tuesday, September 19, 2006

cerita Z A M A N kanak-kanak

Terbaring seorang anak kecil di atas katil yang sudah bersedia untuk tidur petang.

Amah indon menyarungkan baju kerja milik majikannya yang masih tersisa bau badan dari majikannya. Si manja cepat terlena bila terbau badan Uminya dari baju tersebut. Mungkin sudah biasa dengan dodoi Uminya sebelum ini. Mungkin sebab merindui Uminya yang masih belum pulang mengerjakan haji.

"Umi balik bila?" tanya anak kecil dengan manja dan separuh terlena. "Besok pagi baliklah," Amah yang berada disisinya membalas sambil menepuk-nepuk perlahan pinggul anak kecil dengan ritma yang semakin lama semakin perlahan, bagai alat hipnosi untuk melelapkan mata anak kecil itu. Anak kecil mula bernafas perlahan, tanda sudah terlena.

--------------------------------------------------------------------------------------

Umi membuka pintu pagar untuk membenarkan kereta masuk ke perkarangan rumah. Anak kecil berlari keluar pintu untuk menyambut Uminya yang baru balik mengerjakan haji. Dari pintu pagar Umi tersenyum melihat anaknya. Semakin kurus sekarang. Umi tahu anak kecilnya "makan dalam" bila merindui seseorang. Tidak diluahkan dengan kata-kata cuma tertunjuk secara fizikal.

--------------------------------------------------------------------------------------

Pagi ini Umi sudah mula ke dapur. Mungkin rindu untuk menyediakan makanan anak-anaknya. Umi mulai dengan memarut kelapa. Nasi lemak sudah terbayang di dalam kepala. Anak kecil berlari mendapatkan Uminya di dapur. Berpaut ia pada baju Uminya sambil melihat Uminya memerah santan di sinki dapur. Dilihatnya Umi membuang hampas kelapa ke dalam tong sampah. "Kenapa Umi buang kelapa yang dah bersih tu? Kenapa simpan air kotor dari kelapa tuh? Kenapa tak guna kelapa yg dah bersih tu?," kata anak kecil itu dengan manja. Umi ketawa kecil, melihat anaknya memerhati dengan tekun.

mrFarhy: Entry neh sajer dibuat ala2 skema sket. Nak test market bule ke tak aku tulis cerpen. :P By the way, anak kecil tuh snenarnye aku mase kecik. Umi citer kat Saed maser dalam kete nak gi makan malam.

8 comments:

rahsia said...

Erm...nanti tangan umi terkena parut kelapa lagi. Apa lagi ya...erm...nanti rasa gelisah dan menitiskan air mata.

Untuk menjadi seorang penulis berbakat kita kena banyak membaca. Pemerhatian kita mesti peka dan tajam. Kena menikmati setiap kata yang tersusun daripada aksara-aksara, hingga jelas akan gerak lakunya.

Aku pernah melihat bagaimana sang bayu berlari-lari sambil memetik daun-daun kering dan menaburkannya semula ke tanah reba. Waktu itu pasti ketap mulut berbicara, kenapa laman rumahnya bersepah dengan dedaunan kering.

Kena banyak membaca Farhi.

Setiap apa yang ditulis bukannya hanya mengambarkan perasaan tetapi juga pemikiran.

Panjang pulak hkutbah aku kali ni.
Nanti kita borak lagi ya.
Alamak dash pukul 3 dah. Aku belum solat lagi.
Bye Farhi.
Assalamualaikum
SEnyumlah dulu.
Terima kasih.

Abe Dani said...

hahaa...ermm ntah la nak komen mcm mane..aku pun bukan pandai...sajak ok la kot tu pun biasa je..ermm..k la aku tak tau nak kate ape..yang penting kamu berbakat n perlu banyak membaca seperti yang "rahsia" cadangkan
chao

Anonymous said...

yea betul...jadilah penulis yang menjadikan tulisannya sebagai medium untuk meluahkan pemikirannya dan ketidakpuasan hati....mata pena lebih tajam dari mata pisau...

-boley gitu-??

Prince D said...

Kreatifnya... keep it up fahi!

bila ada sambungannya.... maybe nasi lemak tu dikomersialkan ke?? hehe... ok la tuh!

tgb said...

first things first, i like the way you write, cause memang saya tak suka tulisan berbunga2. bukan sebab saya tak faham tulisan berbunga2, tapi dalam era serba moden ni, ayat berbunga itu membosankan. it's enough with details being put it, yet with simple language, it becomes attractive.

anyway, i'm stuck with this story, and since you have started it, you better finish it up!!! :p hehehehe!

LiNdA @ Da-Da said...

WoWZeSSss.. dah ada peminats-peminats skrg neehh.. very jolly gud.. keep it up!!

Roti Kacang Merah said...

hahahaha amah indon tu, bukan amah indon lah ahy. tu amah jawa pontian (ke, benut?) nama "Raminah Wagi" a.k.a kak ram. Rambut kerinting2, kulit gelap, big sized... back then she was 18, and I 12. Farhi pula 2+ yrs old. Kakak dia 4+, Rudi 6 mths.

Masa Umi Ayah pi haji, memang kak ram either kena sarungkan baju tu ke Fahy, or kak ram sendiri yang pakai baju umi supaya fahy boleh tido waktu petang.

Waktu mlm, fahy tido dgn Ba & Ma (atuk nenek) yg dtg menjaga. Sherli and Rudi pulak tido dgn kak lin kat katil besar. sebilik dgn kak ram.

Masa sebulan umi ayah tak da tu, betul2 mengajar kakak sulung jadi mature: kena tolong siang ikan udang segala bila Ba & Ma balik dari pasar; kena pandai rebus botol2 susu adik2 lepas cuci; kena bangun malam buat susu adik2; kena ganti pampers Rudi kalau dia jaga malam sebab wee-wee. W'pun kami ada maids, we were never spoilt. Kerja rumah masih kena buat juga.

sebab itu, ladies and gentlemen, adik2 lelaki saya ni dua2 pandai ngemas rumah, hias rumah DAN memasak...! cuba buka almari dorang and tgk how teratur the bajus are... you ladies out there would cry in shame lah i tell you.

And do you know that Farhi makes THE BEST (AND EXPENSIVE) choc cookies in the world??? Haa, tanya ar dia. leh tempah woh.

hehe

Adha ops said...

Keep it up bro....missing you here in the office...he..hee