Tuesday, September 12, 2006

[ d o r m a n t ] S O R R O W

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Surah Al Baqarah ayat 286.


Aku dapat ayat kat atas dari kakak second aku, Kak Cheli. Aku tak ingat dr mane, tapi aku rase dari bulettin board Friendster dier. Ader several ayat lain bersama ayat tuh, yg aku save, aku print dan aku tampal kat cubicle office lama aku. Time aku tengah "gawat" dgn emotional aku, aku bacer balik ayat-ayat yang aku tampal tuh. Just a reminder to me.

Aku pasti, semua org mesti lalui kesedihan dalam hidup diaorg. Ramai kawan aku berkongsi kisah sedih dorg kat aku. Hmm, yg paling sedih bila berkaitan dgn family, sbb ade kwn aku kene "pulau" dgn family sendiri just disebabkan dorg anggap dier anak yg malang. I never thought in my life ader such citer yg semacam citer drama dari TV. Tapi Alhamdulillah, kawan aku tuh makin happy sekarang eventhough dier langsung tak tau mane family dier sekarang.... Ader pulak citer kisah pahit sepanjang hidup di asrama, dimakan oleh org yg dipercayainya. Tapi kisah yang paling kerap aku dengar ialah ayah yang kawin dua atau ader affair. Hmm, bender neh mcm normal jer berlaku...

Tapi betullah ayat tuh, Allah bg "kesusahan" yg boleh diterima oleh org itu. Mcm aku neh, aku tak pernah alami accident yg teruk2 mcm patah kaki or what soever lah yg gruesome. Sbb aku paling tak suka kene bedah.. hahaha.. takut gile. Tapi aku rase aku bnyak alami bender2 yg dalam, perasaan, hati, yang orang lain tak nampak. And even aku pun maybe tak sedar.....

Isnin lepas, aku and Saed gi Darul Syiffa', tempat perubatan Islam yg Dato' Harun Din bukak kat Bandar Baru Bangi neh. Saje jer, aku yg mintak Saed nak gi berubat. Maybe sbb sejak akhir-akhir neh aku rase mcm tertekan, tak bersemangat dan lemah-lemah badan. Aku neh bnyak bender nak dibuat, tapi terbengkalai sbb rase mcm takde semangat nak buat.

So kat sana, Saed dan aku beli air mineral untuk dibaca doa sket. Simple jer cara dier. Org tunggu giliran with air masing-masing, seorang ustaz bacer doa dan urut2 sikit badan pesakit sambil hembus kat air mineral dalam botol yang pesakit bawak tuh (Wah, wah, pesakit lagi, mcm kronik sngat jer aku neh... hahaha :P).

Open jer treatment dier, maknenya sumeorg boleh nampak rawatan yg diberikan oleh ustaz, sbb dier just duduk depan meja, and sorg demi sorg dtg kat meja terbuka tuh and org lain menunggu kat area meja tuh. Takde lah sampai org lain dok nyebok dekat meja nak tengok, tapi dorg menunggu kat tempat-tempat duduk yand mmg dekat dgn meja rawatan yang within range of hearing and sight dorg ler.

So bile sampai time aku, aku salam dan menghadap ustaz tuh. Ustaz tuh aku rase dalam 50-an gitu, ader taik lalat besar kat muka. Ustaz tuh tanya nama aku dan aku buat ape skrg? Aku pun ckplah nama penuh aku dan aku tak bekerja. Then dier tanya aku sakit apa. Aku pun ckp lah, aku rase mcm tak bersemangat, rase lemah-lemah badan, iyelah mcm penyakit hati segala. "Aik? tak kerje pun sakit2 badan? macam mane boleh sakit2 badan? Kalau bekerje tu lainlah. Buat ape kat umah?", ustaz tu ckp kuat-kuat. Alooo, terkedu aku dibuatnya, kalau aku tau kenapa aku sakit-sakit badan, aku tak dtg berubat sini lor... Sabo je lah kene melezer ngan ustaz, tapi aku cam biaser senyap jer, terima jerlahh.. Then dier mcm mengurut lengan aku seraya berkata (hahaha, siap guna "seraya" lagik :P) "Neh kalau berjihad kat Palestin bgus gak neh, tapi kat Malaysia neh takpelah". Aku mengiyakan saje dalam hati sbb aku rase betul ape yg ustaz tu ckp. Berulang kali dier tanya and sebut nama aku, mcm nak kepastian, "Nurfarhi, "h" "i" ye?"... "Nurfarhi", "Nurfarhi"...

Then, dier rapatkan kedudukan dier dgn aku and start membaca sumething sambil mengurut kepala aku. Sesambil membaca doa tu, then dier bukak pulak penutup botol mineral tuh and tiup dlm botol tu. Seakan doa tuh dibuat khusus ntuk aku. Then dier dtg kat aku balik, mengurut-ngurut dada aku sambil membaca doa lagi. Mula-mula aku rase biasa jer, tapi lama2 mata aku start nak berair. Aku mcm terase sedih yg tiba-tiba je. Aku pun tak tau kenapa, air mata aku start mengalir mase dia teruskan mengurut dada aku sambil baca doa.

Aku palingkan mata aku dari Ustaz tuh, maybe aku rase malu lak tetibe jer menangis mcm budak pompuan. Iyalah, tak jantan wei nangis depan org.. huhuhu.. Aku palingkan muka supaya Saed and crowd kat area tuh tak nampak sngat. Tapi aku sedar semuaorg tahu air mata aku mengalir. Air mata aku mengalir perlahan tapi terasa dalam. Air hidung aku pun start nak meleleh. Damn, tak bwk tissue lak. Aku beristighfar sengsorg. Aku tak tau kenapa kene menangis depan ustaz tuh? Is it part of the treatment? Then aku cube to calm down. Aku kesat air mata aku cepat2 ala2 tak nampak dek org.

Ustaz tuh ambik air mineral and hembus lagi skali. Dier suruh aku Baca Bismillah and selawat 3 kali and minum mase tu jugak. Aku tengok pesakit lain tak perlu minum mase jumpe ustaz tu, tapi aku kene minum mase tu jugak.. uih, kronik sngat ker aku? huhuhu.. tapi dier ader tanye yang aku ade kuar malam ker? Aku jawab aku jarang kuar mlm. Aku tak tanya lak kenapa dier tanya such thing. Aku kene ape-ape ker?

So after jer minum air doa tu, dier pesan kat aku supaya minum and sapu kat muka sebelum tidor dan dier suruh aku mandi petang tuh and siram badan dgn sebaldi air yg diletak sikit air doa tuh. Hidung aku lak dah berair, tissue lak takder. Aku pun sedut jer lahh, uikss... ustaz tuh sedar, then dier tanye aku selsema ker? Aku mengiyakan jer lagi. Dier bacer another doa and hembus dalam air aku. Aku rase doa tuh untuk selsema aku.

Tapi aku sedar, Ustaz tuh ade rase kasihan kat aku bile tengok aku tiba-tiba menangis.

Lepas turn aku, Saed lak. Saed saje jer nak merase. Ustaz tuh bg air doa untuk dier supaya bagi dier kemudahan untuk bekerje dan org lain such bosess nanti "senang" tengok dier? Aku mcm, lor...., org lain dah mmg "senang" sgt tengok dier.. kah kah kahhh.... :P

Pastu kitaorg balik. Aku still amaze campur malu.... Tetibe jer menangis mase berubat td... Maybe ade kesedihan yang masih terbuku, yang masih dormant. Aku pun tak tahu yg mana, tapi aku pasti Allah bg sesuatu yg mampu ditanggung oleh hambaNya. Aku sedar ramai lagi org lain yang lalui bende yg paling teruk dari aku....

mrFarhy: Alhamdulillah, sekarang okay dah. Lepas jer balik dr jumpa ustaz, mcm bekobar2 nak buat kerje rumah. Abes aku and Saed bersihkan tanah belakang umah. Ayah balik dari Medan suke jer tengok clear area kebun dier tuh. huhuhu.. I hope bender baik neh berkekalan... By the way, aku neh dermawan sgt dgn air mata kan... huhuhuhu, sadis tulll.. hahaha...

4 comments:

Abe Dani said...

alo...ermmm i know ur feeling..at least u have prayer and air doa tuk di gunakan..
saya ...hhmmm pendam jer..cuma tuhan je yang tau..but at least i got someone to talk to like you..
and i will help you too..
thanks for this friendship ya..
tc and hope u smile and happy always..god blees..
May god be upon you

LiNdA @ Da-Da said...

All i can say is alhamdulillah. You took the right action to heal yourself... which is good.. :) emm.. i do understand what u're going through 'coz sometimes i'm like that too.. orang semua akan tengok k Linda nih cam okay jer, happy jer.. tp perasaan dan jiwa dalaman tiada org yg tau.. Yg paling penting skrg ni u're okay.. Alhamdulillah.. Praise to Allah.. insya Allah, benda yang baik nih akan berkekalan..

Anonymous said...

doa is the best tool. kewl beb

rahsia said...

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Allah itu tidak zalim. Setiap dugaan yang diberikan adalah kerana allah itu sayangkan kita. Jadi, maknanya setiap dugaan yang kita harung itu, adalah dugaan yang sanggup kita hadapi. Ingat Allah tidak akan memberi cabaran kepada hamba-Nya yang tidak sanggup menerima cabaran. Cuma kita belum ketemu kejayaannya. Aku ada sedikit ayat al-Qur`an yang boleh diamalkan agar hati senang dan tenang. Kena telefon aku, tak boleh beri kat sini. Kena jual mahal sikit. Apa-apapun kau dah pun berjaya melepasi sekelumit dugaan hidup. Tahniah dan teruskan lagi. Kasyafallahu khairan.