Selangor, 1 Sept. - Dua kejadian jenayah berlaku di sekitar Selangor, dalam dua waktu dan dua tempat yang berbeza. Kejadian samun yang pertama berlaku sekitar Bandar Baru Bangi, telah mengakibatkan mangsa menyerahkan dompet bersama wang yang tak seberapa katanya (hehehe).
Mangsa tersebut Epain, 25, diugut oleh penjenayah dengan mengunakan sebilah parang yang diacukan di bahagian tengkuknya. Mangsa yang dikatakan agak lemah semangat, terus memberi dompet untuk memastikan keselamatan beliau terjaga. "Nasib baek aku letak hand phone kat poket blakang, kalau tak dengan hp-hp lesap," ujar mangsa yang begitu sayang terhadap telefon bimbitnya berbanding dompet (ngeee).
Akibat daripada kejadian tersebut, mangsa mengalami trauma dan beliau terasa seriau apabila kawan serumahnya mengacu-acukan pisau dapur kepadanya. "Boleh si July gelak-gelakkan aku, pastu lagi nak tunjuk2 pisau dapur kat aku. Ader ke patut?", bentak si mangsa yang terpaksa mengambil cuti beberapa hari untuk menggantikan kad pengenalan dan kad ATM di Shah Alam.
Disebabkan kehilangan kad pengenalan, mangsa dikatakan perlu membayar RM100 bagi membuat kad pengenalan baru. Kawan rapat mangsa, Farhi, 23 1/2, yang agak terkejut dengan bayaran tersebut berkata "La, ni bukan penyamun yang rompak ko, government yg rompak adelah," tanda tidak bersetuju dengan penalti tersebut.
Dikatakan kawan mangsa bermimpi bahawa mangsa tidak membayar RM100 tetapi membayar RM60 dan mimpi tersebut menjadi kenyataan apabila mangsa hanya perlu membayar RM50 kerana penalti membayar RM100 tidak dimulakan lagi.
Di dalam kejadian yang berbeza di Pandan Indah, seorang mangsa kehilangan kamera digital serta telefon bimbit apabila kecurian berlaku dirumahnya semasa mangsa keluar dari rumah. Irfan, 26, berkata beliau keluar rumah untuk seketika sewaktu membeli barang di kedai runcit. Beliau yang tidak pasti sama ada memangga pintu grill hadapan dengan sempurna mendapati pintu rumah terbuka apabila pulang dari kedai.
"Pencurik tuh ambik barang-barang kecik jer. Mungkin nak cepat kan. Barang-barang besar dier tak usik," setelah mendapati kehilangan barang daripada biliknya. Selepas kejadian tersebut, mangsa serik untuk meninggalkan rumah degan tidak memastikan pintu hadapan berkunci dengan sempurna.
Kedua-dua mangsa telah pun melaporkan kejadian kepada pihak polis dan berharap pihak polis mengambil tindakan yg sewajarnya.
Persoalannya, mengapa harus ada manusia yang sanggup menzalimi manusia lain dan tidak terfikir bahawa mangsa tersebut adalah saudara kandungnya sendiri. Malah mangsa yang kehilangan duit yang tidak seberapa pula, akan kehilangan duit untuk menggantikan kad pengenalannya demi untuk menyelamatkan nyawanya. Bak kata pepatah, "Celaka ayam, padi masak makan ke hutan" bagai "Jatuh di timpa tangga" yang terkena, kena lagi.
Ahmad Nurfarhi melaporkan untuk Buhlogee.
mrFarhy: Paragraph last tuh mcm Karam Sigh walia.. hahahaha... By the way, both story betul2 berlaku. So ambek iktibar bila keluar rumah even tho just for a few sec.
2 comments:
ermmm sedih tul aku dengar..aku rasa rm100 itu tak patut sebab kejadian mcmtu bukan keinginan kita..dah takdir kan..mahal la..
kesian irfan..harap2 pasni dia lebih peka ek..nasib baik pencurik dah takde kalo ade ntah la ape jadi...ermm irfan 26 ke..mcm kenal la..ke 25???
Good reporting skills...
Keep it up.... Yeah... next karam singh waliah is in the house!!!
Post a Comment