Monday, September 25, 2006

twisted DREAMS

Mase aku kat umah Saed di Koyan tuh, macam-macam aku mimpi. Aneh2 belaka. Hmm, tapi setan seme dah kene tangkap malam tuh. Ni membuatkan aku tepikir sejenakk.. chewahh... Tak ah, maybe mainan tido semata, tapi this one dream aku ingat sampai skang.. Mcm menarik..

Aku kat dalam ferry mase tuh. Aku nampak banyak bebudak dalam ferry tuh. Aku somehow tahu yang aku with bebudak dari several sekolah yang tengah buat lawatan. Aku tak tahu lawatan ke mana or hala tuju ferry tu.

Aku mase tuh sedang meninjau kat luar ferry dari tingkap ferry yang aku tak sedar bukak ker tak, tapi tak lah besar maner, cukup-cukup saiz untuk aku keluar dari tingkap tuh. Uih, air kat luar mmg jernih giler. Memang kaler biru air. Nampak mcm terawang-awang jer ferry tuh bergerak kat atas air tuh, sebab mcm takder air.

Then aku ternampak sekor penyu berenang. Pastu another one dtg. Aku rase mcm penyu tuh berlumba-lumba or mcm berenang beriring-iring laju. Bebudak sekolah teruja tengok penyu tuh. Aku pun sama. Nampak mcm penyu tuh terbang dalam air yang jernih tuh.

Tiba-tiba aku terasa mcm ferry tuh terlanggar bender. Aku sure terlanggar bender maser dok perati penyu2 tuh. Then aku sedar air masuk dalam ferry. Ferry tuh sinking. Cepat tul air masuk, sedar-sedar semua dah tenggelam dalam air. The whole ferry totally dalam air laut and aku still dalam ferry tuh berenang dalam air biru. Aku boleh jer berenang keluar dari ferry tu melalui tingkap depan aku. Tapi aku mcm hesitate and banyak berfikir, "Mcm maner ngan bebudak sekolah lain?", "Kalau aku kuar dulu bebudak lain leh kuar ker?", "Brapa bnyak budak tak survive nantih?", "Mcm maner bender neh leh berlaku?", "Macam maner aku nak selamatkan budak lain?" and so on, hinggalah aku sampai tahap the last breath, aku dah tak dapat bernafas.

Then aku terjaga dari tido bila aku tersedak, gasping for air macam orang nak lemas. Tekejut aku. Aku terbahak-bahak keluar air yang banyak dari mulut, kaler jernih mcm kaler biru air laut dalam mimpi tadi. Aku tergamam sendiri tengok baju aku basah dari air laut tuh.. hahaha, kidding.. yg aku terjaga gasping for air tuh betoi, tapi yg terbahak kuar air tuh rekaan jerh.. hahaha... bg gempark skettt.. hehehe..

Tapi truly aku mcm suspen bila terkejut dr tido mcm nak lemas. Uih, mcm real lak aku ghase... Twisted eh??

mrFarhy: Oi, yg basah tuh bukan mimpi basah okay.. :P

5 comments:

Abe Dani said...

hahahaha...adehh budak ni..buat lawak lak..mimpi basah...ishhh tak senonoh...

ahaksss..ingat kan betul kuar air dari mulut...cis tertipu gue...

emmm biasa lah mimpi..saya pernah mimpi kena gigit ngan pontianak..bangun pagi aras tengkuk tu sakit jer...ermm ade lagi satu mimpi i takleh lupa..nanti aku citer ek...

basuh kaki sebelum tido!!!!!

prince d said...

I wish to have a flawless dream everytime i go to bed. being wif that someone... u know, cam lagu peter pan tu... Mimpi yang Sempurna.... huhuhu... but till now, lum lagi menggapainya. sedih.. huhuhu.

selamat bepuasa Farhi... wish you will find your mimpi sempurna.. bukan la karam kat tengah-tengah laut bersama ngan penyu-penyu... tu buat apa... hehe. anyway, kelakar la entry u neh.

rahsia said...

Assalamualaikum.

Sebenarnya mimpi ini ada peranannya dalam hidup kita. Menurut pendapat hukama` mimpi itu terbahagi kepada 3.

Pertama : Rukyah Malaikah ( Pertunjuk )

Contohnya seperti mimpi bertemu nabi, pada kategori ini, amat beruntung. Kerana Allah akan memilih sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Pilihan Allah sudah semestinya tepat. Untuk menjadikan anda lebih baik daripada sebelumnya, dan insan yang diredhai Allah. Biasanya, selepas mimpi bertemu nabi, sesorang itu akan mengalami perubahan dalam dirinya secara sedar dan insaf. Bergantung kepada tahap keimanan seseorang. Ada juga mimpi bertemu nabi ke atas mereka yang bergelumang dengan dosa, kerana Allah inginkan yang terpilih itu berubah. Maksudnya ingin menambah kekuatan imannya. Selepas daripada kita tidak boleh ingat rupa paras baginda.

Kedua : Rukyah Syaitan ( Gangguan dan usikan Syaitan )

Kategori yang kedua ini, adalah permainan Syaitan. Biasanya permainan Syaitan ini tidak memilih manusia. Dia akan masuk ke dalam semua jiwa manusia untuk menyesatkan keimanan mereka. Selepas mimpi ini, kita akan teringat-ingat, dan ini adalah cara Syaitan untuk menimbulkan perasaan riak, takbur, bangga dan hebat lebih daripada orang lain.

Ketiga : Rukyah Nafsi ( Permainan Tidur Pengaruh Persekitaran )

Mimpi kategori ini adalah berpunca daripada peristiwa yang dialami oleh pemimpi. Contohnya seperti dia mendengar kisah-kisah nabi, atau cerita orang lain bermimpi bertemu nabi, sehinggakan cerita itu terbawa-bawa ke tempat tidur. Situasi ini, dinama mimpi rukyah Nafsi, iaitu mimpi akibat persekitaran.

Tentang mimpi Farhi ni, rem...sekadar tafsiran semata-mata ya Farhi. Biasanya jika kita bermimpi tentang tabiei alam dan tidak bertentangan dengan kejadiaannya, maka ia adalah petanda baik. Contohnya seperti memancing ikan di atas tanah. Dalam kehidupan biasa kita, keadaan itu wujud ke tidak. Tidak kan Farhi, jadi maknanya menentang arus tabiei kehidupan kita. Mimpi seperti itu membawa petanda buruk. Saya nak Farhi fikirkan sendiri ya, dan bila berfikir itu biar kerana Allah, sebab pahalanya besar, sama seperti kita melakukan solat sunat 1000 rakaat. Jadi berfikir ok.

Biasanya petanda baik adalah yang tidak menentang arus tabiei kehidupan kita, seperti air membawa maksud rezeki, ilmu, kemudahan dan kemurahan rezeki. Jika kita sesak, lemas, air menyimbah muka atau seumpamanya, mungkin membawa makna untuk memperoleh rezeki itu kita akan berhadapan dengan dugaan, jadi Allah memberi kita mimpi untuk bersedia menghadapi dugaan itu. Kapal itu mungkin membawa maksud diri Farhi sendiri, sebab itu Farhi ada di dalamnya. Dan kanak-kanak itu adalah antara dunia Farhi ( ini kena selami diri dulu, kalau dalam istilah dipanggil renungi diri atau muhasabah diri ) dan yang lain tu Farhi kena borak dengan saya.

Wallahu'alam Bissawab.
Yang Baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri.

Anonymous said...

La memacamlah kau ni Farhey,

Tengok ni pulak:

http://kepokgondel.blogspot.com

Ahmad Nurfarhi Rosley said...

Dah tengok dahhh... Kim salam bebudak opis yg ingat kat saya lagiii..