Thursday, September 14, 2006

Hospita[lity] HOSPITAL

So, nak share lak pengalaman aku jd Abg Misi plak (abg nurse lahhh :P)... hehehe....

Ni adelah sambungan dari cerita Z A M A N remaja. So recap balik citer tuh, aku dan kawan aku Chempiang dikejarkan ke Hospital Melaka dari Pusat Kesihatan Jasin setelah kawan aku disengat tebuan dan mengalami allergy reaction yang menyebabkan aku membawa dia berjumpa warden sekolah, lalu kami berdua dihantar ke Pusat Kesihatan Jasin, tanpa diketahui oleh pelajar lain. Huh, satu citer yg panjang tuh aku ringkaskan dalam satu noktah jer. Nampak sngat citer asal tuh elaborate giler... huhuhu.. tapi semua tuh cerite benar okay, termasuklah cerita ni...

Ralat: Warden yg menghantar kami ke Pusat Kesihatan Jasin tersebut adalah cikgu Hamzan, bukan cikgu Adnan seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Terima kasih kepada kakak saya Kak Lin, yang juga merupakan bekas pelajar MRSM Jasin. Sebarang bentuk kesulitan amatlah dikesali. (Walaupun aku boleh edit original citer, tapi aku nak bagi gempak sikit dengan adenye ralat ini... hahahaha... :P)

Ceriteryer aku terpakse ikut Chempiang ke hospital Melaka sbb dier langsung tak bawak i.c and even dompet mase emergency tuh. So, aku pun tolong register dier dalam Hospital tu. Aku ingat after that aku nak naik bas or teksi balik ke MRSM Jasin, tapi aku singgah masuk jap nak tengok condition Chempiang.

Dier dah okay dah, badan dah kurang lebam2 lepas kene inject dgn air ubat tuh. Aku pun lege sket tengok dier, tapi aku sedar yg semua org baru lepas abis mkn. Aku tengok jam kul 6 lebey, owh, rupenye nurse dah bg makan malam kat pesakit. Aku pun decide stay lah satu mlm sbb nak belikan chempiang makanan, kesian kat dier tak makan ape2 lagi, dah lah tak bwk duit langsung tuh. Adoii la Chempiang oii...

Aku teringat lak yg haritu my mom and my brother pegi UK melawat my sister. So, mcm biaser kalau ader tragedi mestilah kita call our mom dulu kan, tapi nak buat camner, Umi pulak takder. Aku pun call ayah aku and aku bgtau lah aku kat Hospital Melaka dgn kwn aku, tu je. Aku tak citer detail, malas nak citer. Almaklumlah, maser tuh masih zaman public telephone okay, bukan cellphone. huhuhu...

So, lepas tuh aku call MRSM Jasin untuk inform pasal aku di hospital Melaka. Aku dpt no tepon sekolah dari kad Matriks yang tersangkut kemas kat poket baju aku. Yg pastinya aku mmg budak skema sbb pakai kad matriks, tapi tengok ader hikmah gak pakai kad matriks kan... hahahaha... Tapi malangnya, aku call diluar waktu pejabat, so takder org yg angkat. :P

Aku tak ingat sngat detail aper yg aku buat kat sana. Yg aku ingat nurse suruh aku ambik pass dari pak guard kat bawah supaya aku boleh stay over night kat hospital tuh. Aku pun ambik lah pass tuh, and secara tak langsung berkenalan ngan Pak guard tuh.

Mlm tuh after solat Maghrib, aku decide nak gi beli mknan sket sbb aku dah lapo. Aku pun keluarlah dari hospital menuju ke warung2 depan hospital. Aku beli burger daging special yang kaya dengan cili sos, mmg giler banyak cili sos... huhuhu. Aku belikan jugak chipsmore untuk Chempiang sbb aku tau dier suke Chipsmore.

Iklan kejap: Mase kat maktab, aku neh malas nak gi Dewan Selera waktu rehat jd aku slalu bekal Chipsmore bwk kat kelas and bebudak kelas lak suke pau aku, lantas aku dpt gelaran "As cute as Chipsmore" dari budak pompuan kelas aku. :P Hmm, maybe sbb dah terbiase bwk bekal umi aku dari darjah satu hingga tingkatan 3.

Sambung balik: Balik dari warung, aku terus sajikan Chempiang dgn dinner yg tak seberapa tuh. Tapi lapo punyer pasal, kitaorg pun mkn dgn penuh nikmat.. hahaha.. Mase tuh aku sedar ader pesakit baru masuk dok sebelah katil kitaorg. Time tngah shiok mkn tetibe pesakit kat sebelah batuk2 kuat...

Buuuweekkkkk, pesakit kat sebelah muntah darah pulak. Habis lantai penuh kaler merah, aku pun gerun tengok dan yg pastinya merah same kaler ngan sos cili kat burger yg kitaorg dok jamah tuh.. Chempiang tergamam, dier tenung darah, pastu dier tengok burger kat tgn dier, then tengok darah balik, dia terus tak lalu nak makan. hahaha.. Aku neh semangat kental, mkn jer lah, wat dek jerh.. hehehe... Si Chempinag mkn Chipsmore yg aku beli td. Bak kata kakak aku, "mujur" aku beli.

Mlm tuh aku rase mcm the longest night ever. Aku bosan gile. Chempiang tengah tido, kesian kat dier. Aku pun ape lagi, menjelajah la seluruh pelusuk hospital. Jalan sana, jalan sini, almaklumlah ader pass. Habes seme "pak-pak", "mak-mak" guard kenal aku. Aku tak terpikir langsung ape kisahnya kat maktab skrang.

Mlm tuh kat maktab mmg kecoh. Dorm aku kecoh aku takder semalaman, dorm Chempiang pun lagi la kecoh almaklumlah dier lagi famous dr aku. huhuhu. Org buat spekulasi yg aku melarikan diri dari maktab dgn Chempiang. Ayooo, perlu ker? hahaha.. Senior yg jd Dorm Captain both dorm aku and Chempiang report kat ustaz warden lg sorg (Alamak tak ingat lak nama ustaz neh!). Ustaz warden neh plak tak approach another warden yg hantar aku tuh, cikgu Hamzan, maybe sbb tuh dier tak tahu aku gi Hospital Melaka. So, si ustaz neh buat special search and rescue for both of us.

For the 1st time in Jasinians history, ustaz bg bebudak senior naik motor dier carik kitaorg around maktab. hahaha.. Dorg search kat dorm senior, and dlm locker each senior. Dorg search kat pavillion kat pdg jauh nun dlm maktab, dorg carik kat tangki air maktab, dorg carik dlm stor each dorm, dorg carik dlm longkang besar and dorg carik dalam swiming pool takut kejadian student lemas berulang (citer sensasi student lemas dalam kolam kotor mase time batch kakak 2nd aku, kak cheli. Nak tahu lebih tanyer kak cheli.. huhuhu). No sign of Chempiang and me. Dengar citer, lama gak dorg mencarik till dorg call off the mission.. ewahhh....

Mlm dah berlabuh tinggi (hahahaha ayat bunga), aku pun dah mengantuk. Aku decide nak tidor atas bench kayu kat luar dorm pesakit tuh sbb betul2 bwh kipas. Bila dah mengantuk tuh, semua tempat bole jd tempat tido kan. Aku ingat nak tido kat surau, tapi penakot sket sbb surau mmg dekat ngan Rumah Mayat. Ayooo, kang memlm sedar ader pompuan rambut panjang tido sebelah kang, pengsan aku.. hahaha...

So tido lah kat bench tuh until aku terjaga disebabkan nyamuk hanjeng yg banyak.. Sedap sgt ker darah akue neh?? Family aku mmg prone to mosquito bite, tah nape dorg suka pilih our blood line dulu.. hahaha.. Aku pun decide nak tido kat kerusi sebelah katil Chempiang. Aku ambik kerusi and aku rapatkan ke katil dier. Aku duduk kat kerusi tapi aku tiarapkan muka aku atas lengan aku, kat atas katil chempiang. Ala, mcm bebudak sekolah buat bila tido kat meje dalam kelas tuhh... Chempiang terjaga maser tuh, dier ajak aku tido sebelah dier. Sememangnya katil dier mmg la besar, tapi aku mcm hmm, takper lah aku tido kat kerusi ni jer.

So tido lah plak kat kerusi tuh untill aku terjaga sbb sakit bontot ngan pinggang. Last-last aku join Chempiang kat atas katil dier yg luas tuh... hahaha, tergelak akuh.... Mmglah puas hati tul aku tido, until aku terjaga and tengok chempiang kene pakai mask oksigen la plak. Asma katanye. Aku tengok blur2 pastuh sambung tido. Thanks nurse sbb tak kisah aku lepak skali atas katil tuh.. huhuhu...

So, paginya aku terjaga and solat subuh kat surau.

Aku tak ingat mcm mane, tapi aku rapat ngan sorg pesakit tua kat sebelah katil Chempiang. Aku ingat aku ade jaga dier gak. Aku jd Abg Misi.. hahaha.. Pagi tuh aku papah pakcik tu gi toilet. Dier ucap terima kasih dr mata dier. Aku tahu... Maybe dier mintak tolong sbb nampak aku papah Chempiang gi toilet gak. Opportunist gak org tue neh eh. hahaha....

Pagi tuh Chempiang dpt brekpas. And doc2 masuk untuk check pesakit, so semua pelawat kene keluar. Aku pun gi surau nak sambung tido, tapi sblum tu aku call maktab sekali lagi and call aku berjawab oleh seorg perempuan kerani katanya. Aku pun bgtau pasal aku kat Hospital tuh, aku soh bgtau warden pasal Chempiang. Pastu aku tido kat surau....

Hari dah nak masuk tengah hari. Aku tak ingat aku dah brekpas ker belum, tapi aku nih mmg jenis tak kisah mkn pagi punyee. Aku pegi kat katil Chempiang, aku nak balik maktab dah. Aku pun saje balik lambat2 sket. Malas nak gi kelas.. wah wah, pandai ponteng ek aku.. hahaha... Time aku kat katil Chempiang tuh tetiba dtg seorg yg aku kenal....

Ayoo, ustaz warden akuu... "Awak buat ape kat sini?", ustaz tanya aku. Aku pun jawablah bender yg sama berulang kalinya. Mcm nak record jer suare aku and pass kat dier.. hahaha.. Ustaz tuh rupanya dtg disebabkan phone call yg aku buat pg td. So semua misteri kehilangan aku terjawab oleh aku dalam kereta dier maser perjalanan balik ker maktab.

Sampai kat maktab aku masuk dorm aku, semua org takder mase tuh pegi prep petang. Aku lege ah, maleh nak layan seme org nanti tanya mcm2. Aku nak mandi puas-puas-puas-puas. hahaha... Dorm captain ader dlm dorm rupenyer, so kene la mengadap dier plak, menciterkan ape yg berlaku. Then aku mandi sepuas-puas-puas-puasnya. hahahaha... Ellow, seharian tak mandi okay, berus gigi pun tadak kat hospital tuh. huhuhu..

Pas mandi aku gi surau, semua student kat surau dah, time solat Asar. Abes kecoh biler aku masuk surau. Takder la kecoh cam bising2 tapi dorg dtg kat aku and tanya aku gi mana segala. Aku malas nak jawab, aku ckp adelahhh.... hehehe.....

Hmm, lepas kejadian tuh aku ngan Chempiang mcm renggang sket. Aku pun tak tau nape. Maybe dier rase terhutang budi or dier malu dgn peristiwa tuh. Or maybe dier berubah sikit after encounter dgn near death experience. Ntah lah... Tapi yg pasti aku sentiasa akan ingat peristiwa neh, bila masa aku selamatkan seorg kawan baik aku, tanpa aku sedari yg aku selamatkan dia..... hehehe.... lawoklah aku neh... :P

Aku tak ingat, aku makan ker tak lepas balik dr hospital tuh? huhuhu

Sekian..

mrFarhy: Kat maktab dulu aku neh mcm Abg Misi pun, suka jaga budak sakit. Bukan ape, time Maghrib takyah gi surau tapi student lain gi surau. Aku plak tido kat dorm ngan pesakit.. hahaha...

5 comments:

LiNdA @ Da-Da said...

at last, dpt gak tau ending nyer.. dalam baik2, farhy ni nakal jugak ekkk.. hehehe.. really enjoyed reading ur story.. ceritalah lagi kalau ada...

Anonymous said...

best la citer ko...hik hikk

Abe Dani said...

hahahaa...eee ur so kind and innocence..but et pandai gak curik masa tuk ponteng..hheh biasalah..zaman uni abg n sekolah sama gak..
ermm..yg pasti kwn fahy akan ingat jasa baik awk..glad to have a good friend like you..jadi misi ek..nanti org sakit orang talipon awk..hehehee

ezam said...

u r do funny dude!!!!

TGB said...

*big smile*

I really enjoyed reading your story la fahi, maybe because you are a good storyteller (well, capricorn tends to tell every detail of the story and not just bit and pieces!)...

anyway, i sakit nanti, meh jadi abg misi i buleh tak? huhuhuhu.... :p